penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

24 February 2011

Mac OS X Theme on Window 7

selamat pagi mehh.

aku malas nak taip banyak. aku cuma nak beritahu yang aku dah ubah theme window 7 aku kepada theme apple mac os x. ya-ya, aku miskin. tak mampu nak beli apple Macbook yang 2kali ganda lagi mahal daripada laptop aku ni. so dapat guna theme yang dah hampir skala 1:1 dengan theme apple betul pun dah kira cukup bagus. HAHA.

*sila tekan gambar untuk membesarkannya.


so inilah rupa desktop aku sekarang ini. semua butang itu berfungsi ya. sekian terima kasih. chowwww.

Window 7 versi GodMode wehh!

selamat awal pagi mehh.

dah pukul 4am dan mata aku masih lagi segar-bugar. maybe excited sangat kot sibuk google cara-cara hendak melajukan pc ni. akhirnya aku terjumpa sebuah artikel yang bertajuk Window 7 GodMode. wow. aku agak terkejut juga sebab aku nak tahu juga apa yang godlike sangat dengan window 7 ni. HAHA. actually benda ni dah lama di kantoi kan. sejak bulan januari tahun 2010 lagi orang dah bongkarkan rahsia ni. but aku baru tahu hari ni. HAHA. dan mungkin juga ada antara korang ni pun tak tahu kan. 

ini adalah feature rahsia yang terdapat dalam window 7. maybe window lain pun boleh kot? aku tak tahu. cubalah buat. btw, korang dan aku ni beruntung dapat tahu pasal benda ni. HAHA. window 7 ni memang banyak rahsianya yang tersembunyi. hanya pakar IT ataupun para hacker je yang boleh bongkarkan segala maklumat pasal window 7 ke, Mac OS ke. so para pengguna window 7 akan dapat sebuah program yang dipenuhi dengan sistem penting seperti cara-cara hendak tukar kelajuan mouse ke, cara hendak kuatkan volume ke apa, kiranya apa-apa je la yang penting. memang korang boleh cari sendiri apa semua ni di Control Panel. tetapi dengan benda ini, korang dapat menyelesaikan segala masalah dengan hanya 1 klik sahaja. tak perlu nak masuk folder itu, masuk folder ini.

nak buat GodMode ni senang je;

korang perlu buat sebuah New Folder di desktop dengan code ini;
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

lepas letak code itu, ia akan berubah menjadi macam satu program lah.

korang perlu double click untuk membuka program tersebut. didalamnya akan terdapat segala sistem yang korang mahu. so lepas ni tak perlulah nak buka Control Panel lagi. HAHA.

*sila tekan gambar untuk membesarkannya.


so puas hati tak? itu je la benda yang aku nak share pagi-pagi ni. kalau ada lagi maklumat penting, aku share lah lagi ek? chowwwww.

p/s: korang boleh tukar nama GodMode tu ke nama yang lain.

*credit to Techmynd

23 February 2011

quote of the day

"You Don't Have To Believe In Your Government To Be A Good Citizen. You Just Have To Believe In Your Country."


seorang lelaki dari China ditemui mati selepas 3hari berada didalam cybercafe

selamat malam mehh.

berita ini boleh dijadikan pengajaran buat aku dan orang-orang diluar sana mehh. so aku malas nak taip banyak dalam ni. so silakan terus membaca entri ini ya.

ok-ok, ceritanya begini ya; seorang lelaki di China ditemui pengsan sebelum meninggal dunia di cybercafe selepas dia dikatakan terlalu khusyuk bermain online game selama 3hari berturut-turut tanpa tidur dengan hanya minum sedikit air dan menjamah sedikit makanan sahaja. lelaki berumur 30tahun yang tidak dikenali berkenaan dikatakan telah membelanjakan hampir 10,000Yuan (RM4500) hanya untuk bermain game sebulan sebelum kematian beliau dan kes ini juga hampir sama dengan kes yang terjadi pada tahun 2005 di Korea Selatan apabila seorang lelaki berumur 28tahun ditemui mati selepas dia dikatakan bermain online game selama 50jam tanpa berehat.

gambar sekadar hiasan


wow. aku agak terkejutlah sedikit kan dengan berita ni sebab aku ni pun hardcore gamer juga. pernah sekali aku bermain game selama 20jam berturut-turut tanpa berehat sekalipun dengan hanya makan sedikit je makanan masa tu. tapi adalah stop sekejap bila TERPAKSA pergi ke tandas. HAHA

so. berwaspadalah ya. nak main game tu, bawa-bawalah berehat juga. selang satu jam, berehat. apa salahnya? biar otak relaks, mata relaks, badan relaks juga wehh. chowwwww.

*credit to BBC News.

aku follow kau, kau follow aku?

selamat pagi mehh.

pagi ni aku nak bincang tentang tajuk "aku follow kau, kau follow aku." yang beribu-ribu blogger kat dunia ni dah katakan didalam blog masing-masing. so aku nak tambah bilangan itu lagi ya. HAHA. ok. aku blur sedikit pagi ni sebab aku masih tak tidur lagi ni. ya-ya, sama macam hari semalam. maybe sekejap lagi aku tidurlah.

aku follow kau, kau follow aku? apa benda ni? damn. buat apa aku tanya apa benda sedangkan semua blogger pun dah tau benda alah ni apa, kan? pada pendapat akulah, istilah "aku follow kau, kau follow aku." ni perlu dihapuskan sama sekali sebab ianya tidak bagus. ia merendahkan harga diri blog masing-masing. korang jadi terkenal sebab korang ada follower yang ramai je. apa gunanya? umpama macam aku follow 1000 blogger yang lain, tetapi pada masa yang sama aku harapkan 1000 blogger tersebut akan menjadi follower blog aku ni, baca entries aku dan komen segala entri aku tu. susah, betul tak? oh, but maybe tak susah sangatlah kalau korang ni COMEL or HENSEM. HAHA. aku pasti ramai tak setuju dengan kenyataan aku ni. but terimalah hakikatnya ya. sila jangan nak menafikannya lagi. sudah-sudahlah tu.

sebelum ni aku ada follow banyak sangat blog. aku malas nak taip berapa jumlah blog yang aku dah follow dulu. but now aku dah pun delete beberapalah blog dari senarai blog yang aku ikuti sebab aku tak buka pun blog mereka. ya-ya, aku kejam. korang pun sama kejam juga. tak payah nak mengaku macam korang ni baik sangat dengan mengatakan yang korang hari-hari blogwalking ke semua berpuluh-puluh, beratus-ratus blog yang korang follow tu. setakat blogwalking, lepas tu tinggalkan 'taik' kat shoutmix blog tersebut tu pun apa gunanya? ini semua bullshit belaka. aku pasti korang hanya buka blog yang korang minat je.

"aku follow kau, kau follow aku." ni memang aku ada praktikkan semasa aku baru aktif dalam dunia ni dulu. sedar tak sedar, aku dah follow 30,40 blog lain kot. padahal aku hanya buka dan baca 2,3 blog je daripada berpuluh blog yang aku ikuti tu. HAHA. dan apa yang aku boleh katakan ialah mungkin 30,40 blogger yang follow blog aku ni pun maybe daripada hasil "aku follow kau, kau follow aku." ni lah. HAHA. tapi sorry der. aku terpaksa kemas kini kan blog aku ni. terlalu 'bersepah' mehh. aku rasa serba salah sebab aku follow, tetapi aku tak buka blog korang pula. (rasa bersalahlah sangat, kan. HAHA.)

tetapi, now aku dah tetapkan prinsip bahawa aku hanya akan follow blog yang berkualiti sahaja. blog yang ada entri bagus, blog yang boleh buat aku tergelak-gelak, blog yang boleh membuatkan aku tersenyum macam kambing tak mandi pagi dan semestinya bukanlah blog yang suka bangga diri cerita pasal 'pageview naik mencanak tinggi gila babi' tu. HAHA. terasa? pergi mampus. ada pula aku kisah korang terasa ke apa?

dah puas dengan penjelasan aku? kalau rasa tak puas hati, silalah unfollow aku ya. HAHA. ada 88 orang blogger yang follow aku, tetapi rasanya tak sampai 10 orang blogger pun yang pernah buka dan baca entri-entri didalam blog aku ni. yang lain-lain tu follow aku sebab aku pernah menang contest KSB tu je. kalau aku tak menang, confirm blog aku ni kekal ada 10, 20 follower je sampai sekarang ni. HAHA.

22 February 2011

Ailurophobia - Fobia Terhadap Kucing

oh hai.

aku nak taip lagi 1 entri di pagi yang panas terik indah ini sebelum aku tidur jap lagi. arghhh. mata dah tak tahan kot. bantal pun dah memanggil-manggil suruh aku peluk dia dan masuk tidur. damn bantal! ya-ya, aku merepek je tu. tetapi kalau bantal boleh berkata-kata, mungkin dia akan maki hamun aku sebab aku selalu meninggalkan kesan "peta dunia" di atasnya. HAHA. ok, aku blur. aku merepek.

aku nak tanya ni, KENAPA ada segelintir manusia di luar sana yang takut kepada KUCING? why? why? whyyyyyyyy???? aku tak faham. adakah korang takut sebab korang tu de alahan pada bulu dia ke apa? ke korang ni takut sebab masa kecil dulu pernah kena "cakaran maut sejuta kali tahap dewa" daripada seekor kucing?

apa-apa pun, fobia terhadap kucing ni nampaknya teruk juga ek? ramai kot orang didalam dunia ini yang ada penyakit ni. kalau dah takut kucing, takkan korang nak bela cipan di dalam rumah pula? tetapikan, cipan pun comel apa. warna hitam putih tuuu. HAHA. ok-ok, aku bergurau je dohhh. why so serius mehh?

Ailurophobia - fobia terhadap kucing. sebenarnya susah juga kalau korang terkena benda camni. sebab kucing tu binatang yang comel. seronok bela kucing. korang yang ada ailurophobia ni pasti rasa geli dengan kucing, ya tak? come on. kawan-kawan aku ramai kot yang ada penyakit ni. semua pun bagi pendapat yang sama je, geli/jijik nak pegang kucing. apakah?

but aku tak boleh salahkan korang. aku sendiri pun ada fobia aku yang tersendiri iaitu fobia terhadap lauk ikan pari masak asam pedas. HAHA. masing-masing pasti ada fobia. tetapi selalunya fobia-fobia ni muncul bersebab. dia tak datang begitu je dalam diri kita. so pasti ada sesuatu yang telah membuatkan korang berasa takut dengan kucing ni.

aku pernah tengok orang sampai melompat-lompat, menjerit-jerit bila ada kucing lalu di kaki dia. HAHA. OMG. aku memang nak tergelak pun ada juga bila tengok kejadian tersebut. tetapi lebih kepada kesian lah kot sebab dia pasti takde pengalaman manis membelai kucing. HUHU. tetapi jangan risau, setiap perkara, pasti ada cara penyelesaiannya;

1.cara yang paling mudah adalah dengan mula membiasakan dengan diri dengan menyentuh berbagai jenis kain velvet. (maybe bulu kucing ada sama sedikit macam kain velvet kot?)

2.biasakan diri dengan mainan kucing.

3.bolehlah mula memegang anak kucing.

4.???

5.profit!

HAHA.

oh ya, ini adalah senarai orang-orang termashyur yang mempunyai penyakit ailurophobia ini;
 so? dah puas baca? ada faham tak? tak faham silalah baca maksud Ailurophobia di wilipedia ini.



 HAHAHAHAHA

18 February 2011

HAHAHAHAHA.

*sila klik gambar kalau tak nampak.
kebenaran yang jelas ternyata.
HAHAHAHA

credit to graphjam

12 February 2011

cerita yang sungguh menyedihkan di dalam hidup aku..

selamat malam..

aku tak tahu nak taip apa sekarang ni..

hati terasa sayu je..

oh ya, ini bukan kisah awek tinggalkan aku..

so, jangan nak bagi nasihat "chill lah bro, berlambak lagi awek kat luar sana tu, bro."

ini kisah pasal kucing kesayangan aku, Si Putih.

aku dapat berita pasal kehilangan dia ni daripada ibu aku sendirilah..

ibu aku cakap yang si Putih ni sejak 2,3 hari lepas lagi sudah tidak balik rumah..

aku tersentak, aku tergamam. .

aku tak boleh nak buat apa, aku duduk jauh..

tiada kenderaan nak berulang-alik dari hostel ke rumah..

aku sedih sebab aku jaga dia ni dah hampir 2 tahun..

aku rasa sangat mengamuk sekarang ini..

ya, ini mungkin hukum karma juga sebab si Putih ni bukan kucing aku pun..

dia sendiri yang datang ke rumah aku..

sebelum Putih, aku ada jaga beberapa ekor kucing lagi di rumah ni..

so, maybe dia kebuluran, lepas tu dah terhidu bau whiskas pula, mungkin tu sebab yang dia datang makan di rumah aku..

mula-mula, dia hanya datang sekali sehari je..

makin lama, makin kerap dia datang..

pada mulanya, aku risau juga nak jaga dia sebab dia masih pakai kolar berloceng..

so, sudah boleh agaklah kan yang dia ni ada tuan..

tapi setelah sebulan lebih, masih tiada sesiapa pun yang tuntut dia..

so, aku jaga dia..

aku layan dia macam aku layan kucing-kucing aku yang lain..

makin lama, makin menebal sayang aku ni terhadap si Putih..

aku bagi dia makan, aku berus bulu dia, aku mandikan dia, aku manjakan dia..

hasilnya, dia menjadi seekor kucing gemuk lagi pemalas. hehehe.

dia pun suka bermanja-manja dengan aku..

kadang-kadang dia akan tertidur di peha aku ni semasa aku usap-usap bulu badan dia..

oh ya, dia kucing betina ya..

tu mungkin sebab dia agak manja dengan orang..

gemuk, pemalas, penakut pula tu..

itu sebab dia asyik kena buli dengan kucing liar yang lain. =.="

oh ya, dia duduk diluar rumah..

tak dibenarkan duduk didalam rumah, sebab adik ku ini ada alahan pada bulu kucing or something like that lah..

dari beramai-ramai, akhirnya tinggal dia seekor je..

itu yang buat aku makin sayang pada dia..

dia lah tempat aku membebel disaat aku tension, marah, gembira, sedih..

bila aku usap bulu badan dia, itu boleh membuatkan hati ini berasa tenang sekali..

segala masalah seolah-olah hilang bila aku tengok wajah si Putih..

terukir satu senyuman bila dia berada disisi aku. :-)

dia hanyalah seekor binatang, tetapi aku sayang dia, ok..

aku pasti korang pelik kenapa pula dia boleh hilang, kan?

sebenarnya, kami sekeluarga baru berpindah rumah ke kawasan yang lain..

walaupun begitu, rumah lama dan rumah baru ini tidaklah jauh beza jaraknya..

dekat-dekat sahaja..

ya, barang-barang sudah siap di pindah..

tetapi dia tidak ikut sekali..

jadi, terpaksa berulang-alik antara rumah baru dan rumah lama ini..

kenapa dia tidak ikut sekali?

papa aku yang buat keputusan supaya jangan bagi dia tinggal dirumah baru ini. =.="

aku pastilah sakit hati dengan keputusan itu..

tapi apa boleh buat, kena hormat orang tua juga..

jadi, berulang-aliklah aku berjalan kaki ke rumah lama..

hanya untuk memberi sedikit makanan untuk kucing kesayanganku, si Putih..

tetapi minggu ini, aku tidak dapat balik ke rumah kerana aku duduk di hostel..

jadi, aku harapkan ibu dan papa akulah yang menjaga si Putih itu..

tetapi...

aku tidak tahu apa yang sudah terjadi..

aku tidak salahkan ibu papa aku tentang hal ini..

mereka sudah mencuba mencari si Putih..

tetapi dia gagal dikesan..

hmm..

tetapi aku masih risau sekarang ini sama ada dia sihat atau tidak..

aku juga risau kalau-kalau orang yang sama juga yang telah mengambil 3,4 ekor kucing aku dahulu..

si Putih ni kucing rumah, bukan kucing liar..

jadi, aku takut kalau-kalau dia tidak dapat survive dengan keadaan alam sekitar ini..

kalau orang yang ambil dia, aku harap orang itu jagalah dia ini betul-betul..

oh ya, aku ada satu-satunya gambar dia yang diambil pada tarikh 27 September 2009;

Terima Kasih Sayang..

terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjadi 'teman' aku selama hampir 2 tahun. ;)

09 February 2011

aku malas

ya.


seperti tajuk diatas.


aku rasa malas nak update blog.


aku takde idea nak taip apa-apa entri pun.


hidup aku membosankan, tiada apa-apa aktiviti yang menarik yang aku lakukan setiap hari. so, aku tak tahu nak taip apa yang dah terjadi hari ini atau sebelumnya.


so, lepas ni aku update bila aku rasa nak update lah ya.


take care now, bye-bye then.

08 February 2011

6 Jenis Orang Yang Menjengkelkan Di Dalam Facebook

semalatselamat malam dan selamat awal pagi mehh.

wahh. dah lama kot aku tak update entri awal pagi camni. selalunya waktu malam je aku dah stop update. biasalah, tidur awal pula sejak 2,3hari ni. HAHA. tapi apa korang kisah, kan? lol. ok-ok, cukuplah aku merepek. seperti yang korang semua tahu, facebook memang adalah satu alat medium yang cukup bagus terutamanya untuk berkenalan dengan orang baru ataupun ko nak cuba cari balik budak-budak sekolah lama ko dulu tu kan.

update status lah, boleh baca orang punya status lah. lepas tu gosip-gosip pasal status orang lain. HAHAHAHA. ok, aku gurau je tu. tak mungkin aku akan berbuat demikian...kot. HAHA. mehh aku nak taip banyaksedikit ayat tentang 6 jenis mangkuk tingkat yang menjengkelkan di facebook yo. maybe dalam website lain pun ada orang sebegini. so, mari kita kira bermula dengan nombor 1;

1.aku-suka-beritahu-segala-benda-yang-aku-lakukan-setiap-hari: "aku tgh makan satay", "aku baru lepas dating dgn bf/gf", "aku tgh main boling" bla bla bla etc. ko ni biar betul? setiap saat nak update. apakejadahnya ni? sebab ko ada ramai kawan, tak semestinya semua orang nak ambil tahu tentang apa yang ko lakukan setiap hari. go fuck yourself, please. thank you.

2.tukang-promosi-diri: ya-ya, mungkin kita semua ni pernah sekali jadi orang yang begini. sikit-sikit, nak kecoh kat org yg kononnya ko dapat 30A1 masa SPM, dapat main gigit-gigit ekor ikan jerunglah, tak habis-habis nak promosi blog sendirilah dan macam-macam2 lagi. HAHA. tetapi kalau dah setiap saat cakap pasal blog, pasal terer farmville, pasal berjaya rampas gf/bf org lain, pasti meluat juga org nak baca kan. memang sah ko ni spesis bangga diri, suka tarik perhatian, beb. (aku pun sama. HAHA!)

3.Friend-padder: apa itu friend padder? sila tekan sini. ok, secara puratanya setiap org didalam facebook akan mempunyai 120 kawan. tetapi kalau ko ni jenis yang suka berkawan, maybe munasabahlah kalau ko ada dalam 300 hgga ke 400 org kawan. banyak tu bai. tetapi 1,000+ kawan?? OMG. lainlah kalau ko ni artis terkenal atau org kenamaan ke, tak mungkin ko akan ada kawan sebanyak tu. so, jangan nak tunjuk berlagak sangatlah woii. sila terjun bangunan, ya.

4.juru-gosip-tidak-berbayar: hoho. aku suka org macam ini sebab aku tidak perlu baca Pancaindera untuk mengetahui gosip tentang artis malaysia. contoh: dia akan post status "artis A baru je terjatuh dalam longkang tadi! korang lah yang terawal mengetahuinya!". orang macam ini suka sebar sama ada gosip betul or gosip tipu. so sendiri faham-fahamlah, ya. HAHA. tetapi agak menjengkelkan kalau ko TERtahu gosip tentang kawan baik ko sendiri. wtf =.="

5.terlalu-banyak-maklumat: wohh. yang ni terlalu menjengkelkanlah sebab org begini suka sangat beri maklumat yang kita taknak tahu pun. contohnya: kaki artis A itu terlalu kurus, badan artis B itu macam tong dram, telinga artis C itu besar macam piring satelit Astro bla bla bla..... ya, terima kasih untuk maklumat tersebut.

6.english-tunggang-langgang: HAHA. aku selalu nampak orang2 begini cuba post status dalam english, tetapi habis tunggang terbalik grammar dia. adoiiii. contoh: "So sad about Artist A but Im so gladd its friday yippe" HAHA. bukanlah niat kami ini nak jadi Grammar Nazi ke apa, tetapi ko berbunyi terlalu bangang lah. *yawn*

so? dah faham? ko termasuk dalam kategori yang mana? HAHA. oh ya, aku cedok topik dari sini dan aku translate kan ayat-ayatnya dalam bahasa kebangsaan kita ini tetapi di dalam style aku sendiri, yo. HAHA. silalah tekan kalau nak tahu tentang 6 lagi kategori. (ada 12 semuanya). ok, sudah pukul 4.55am ni wehh. pukul 10am nanti mahu pergi The Mines pula. adehhh. tidur dululah. chowwwwwww.

07 February 2011

berbicara tentang Kasut bersama Izzat - Part 2

wassssssssssssssup yo???

aku dah letih menaip menggunakan bahasa kebangsaan yang tercinta tadi. so now aku nak menjadi diri aku semula. HAHA. so apa cer korang petang ni? takde keluar mana-mana ke woiii. HAHA. sorry, aku suka tanya soalan yang aku tak akan tahu jawapannya. jangan lengah masa lagi, so check it out yo senarai kasut mengikut pendapat aku;


aku suka gila tengok perempuan pakai kasut ini. sangat comel bila anda memakainya, ok. sila teruskan memakainya, ya.


tapaknya sangat unik duhh. kalau terajang orang, confirm berbekas kat muka. HAHA.


wow. "sangat" menarik kalau ada perempuan nak pakai ini. HAHA. wtf


HAHA. itulah dia antara gambar-gambar kasut yang aku rasa sangat unik. aku rasa kasut di gambar pertama itu memang tengah jadi trend sekarang terutamanya di Malaysia ini. gambar kedua aku pasti banyak atlet balapan je yang akan suka kasut camtu, atau buat pergi bersenam dimana-mana pun ok juga, kan? dan gambar ketiga - speechless. HAHA. ok-ok, mari kita check it out yang lain pula, yo;


ada sesiapa disini yang rasa dirinya kaya dan suka barangan berjenama mahal? bolehlah beli kasut ini. simple, tetapi bergaya yo(jangan lupa pula pasal harganya!) HAHA.


ini ialah sneaker pertama yang aku pernah beli, murah yo. rm99 je. HAHA. tapi dah hilang pula. cisss. so ini gambar yang aku cari kat google je lah.  kasut ini hampir sama macam gambar ketiga tadi tu.


ini pun kasut juga kan. cuma ada roda je dibawahnya. HAHA


kasut yang pelawak Gitu-Gitu tu suka pakai. HAHA.


kasut yang aku minat sangat masa zaman hiphop melanda Malaysia ini dulu. HAHA.


so amacam? inilah kasut-kasut yang aku rasakan menarik untuk ditengok didepan biji mata. HAHA. tapi aku tahu, kasut-kasut yang aku pilih ni kebanyakannya sampah-sampah belaka. lol. tapi ini blog aku woii. sesuka hati laki bini mereka dan keluarga merekalah aku nak letak isi macam mana pun. HAHA. ok, aku nak rehat jap, chowwwwwwwwww.

Followers atau Silent Readers [bahagian kedua] versi skema punyaaaa.

selamat tengahari, selamat petang dan selamat malam, juga selamat sejahtera.

apa khabar anda semua? oh ya, anda pasti tertanya-tanya kenapa ayat saya didalam entri ini skema semacam sahaja, betul? HAHA. sebenarnya saya sekarang ini sedang belajar hendak memperbaiki bahasa kebangsaan saya. jadi, saya hendak cubalah mengurangkan perkataan yang disingkatkan ya. jadi, entri ini akan menjadi tempat 'eksperimen' saya. saya harap anda semua akan memberi sokongan kepada saya. ya, saya faham. anda semua pasti naik menyampah hendak membaca ayat-ayat skema begini. ia seumpama seperti membaca buku teks sekolah pula, bukankah begitu? lol

tetapi saya tahu, jikalau menaip dengan ayat penuh begini, entri saya mungkin akan kelihatan lagi panjang jika dibandingkan dengan entri-entri yang sebelum ini dan semestinya anda akan menjadi sangat letih dan bosan hendak membaca entri yang panjang lebar seperti ini. HAHA. oh, sebenarnya saya mengambil masa sejam hendak menaip sampai sini sahaja kerana saya sibuk membaca kamus. saya takut tersalah menggunakan perkataan yang tidak sesuai pula seperti "tak", "nak", dan bermacam-macam lagi perkataan yang biasa disebut dalam perbualan harian rakyat Malaysia masa kini. HAHA. sudahlah, kata-kata pendahuluan sahaja sudah panjang sehingga dua perenggan. sakit hati, bukan? HAHA. mari mulakan apa maksud silent readers mengikut pendapat saya, ya;

  1. silent readers atau pembaca senyap tetapi tidak bermakna ia bisu. lol. silent readers adalah orang yang selalu membaca entri-entri anda, tetapi mereka ini tidak menjadi follower anda pun sebab blog anda terlalu buruk, siapa sanggup menjadi follower anda? HAHA.
  2. adalah penting untuk mempunyai silent readers didalam blog anda kerana followers anda tidak mahu membaca entri anda. jadi, silent readers andalah yang akan membacanya.
  3. selalunya silent readers jarang memberi komen didalam entri-entri anda melainkan anda mempunyai entri yang betul-betul bermakna bagi mereka atau entri anda itu betul-betul sudah membuatkan mereka mengamuk. HAHA.
  4. oh ya, selalunya pageviews anda meningkat sebab adanya silent readers yang melawat blog anda. anda tidak akan dapat mengesan mereka melainkan anda ini seorang pakar hack, dan boleh mengesan IP mereka. HAHA.
  5. tetapi jika anda memang seorang blogger yang hebat, Syukur Alhamdullilah. HAHA.
haha. sudah cukuplah saya merepek mengenai kebaikan silent readers ini. mari kita baca mengenai keburukan mereka pula;
  1. mereka ini tidak akan membuatkan anda ada follower yang ramai. sebab seperti yang saya taip tadi, tiada sesiapa mahu mengikuti blog buruk anda. HAHA. gurau-gurau.
  2. silent readers inilah yang paling kuat memuji atau mengutuk anda sebab mereka baca entri anda, jadi mereka tahu betapa hebat atau 'sampahnya' blog anda itu. HAHA.
  3. mereka yang akan menjadi penyebab kenaikan atau kejatuhan blog anda. jadi anda perlu berhati-hati apabila hendak membuat sesuatu entri.
  4. tetapi jika anda memang seorang blogger yang hebat, Syukur Alhamdullilah. HAHA.
jadi, adakah anda sudah membuat pilihan? anda perlu memilih sama ada hendak mempunyai follower yang ramai atau silent reader yang ramai. pilihan terletak dijari anda. anda mampu mempunyai kedua-duanya jika anda betul-betul mempunyai sebuah blog yang berkualiti. saya hendak menyatakan disini bahawa kuantitinya tidak penting jikalau kualitinya teruk. jadi, adakah anda puas hati dengan ulasan saya kali ini? silalah beri komen mengenainya. terima kasih.

oh ya, saya hendak mengingatkan anda sesuatu; sekali anda terlibat dalam dunia internet ini, bermakna tiada lagi makna 'privasi' dalam hidup anda. jadi, berhati-hatilah ya. sekian, terima kasih.

Followers atau Silent Readers [bahagian pertama]

selamat malam kepada bro & sis yang tengah baca entri gua ni. ok. malam ni gua malas nak beraku-aku dengan lu. gua tak tahu kenapa. tetapi kalau lu rasa gua macam kurang ajar pula didalam entri kali ini, dipersilakan tekan butang pangkah kat hujung atas kanan sekali tu ya ataupun lu boleh pangkah je tabs yang lu buka ni. apa ada hal? HAHA.

gua nak taip sedikit pendapat gua tentang followers atau silent readers ni. ya-ya, gua tahu lu orang dah berpuluh kali baca entri macam ini dalam blog orang lain. tetapi ini blog gua bai, bukan blog orang lain. jadi, gua punya pendapat pasti berbeza jikalau nak dibandingkan dengan pendapat orang lain, kan?

tetapi yang gua hairan tu, gua taip macam haram pun, ayat-ayat gua tetap skema juga, ya? tidak adalah sangat gua banyak menggunakan singkatan perkataan pun didalam entri-entri gua semenjak dua menjak ni. seperti yang gua selalu cakap sebelum ni "bahasa kita melambangkan diri kita sendiri". HAHA.ok-ok, gua sedar, gua yang sibuk bergua-lu ni pun patut sedar tentang hal ini. but hey, amacam? best tak baca intro aku yang panjang lebar ni? tak best? lol. ok, gua taknak buat lu naik darah sangat. so lu boleh start baca entri ni;

followers atau silent killers readers? itu persoalan gua disini; lu lagi mementingkan yang mana, wahai bro & sis sekalian? lu lagi mementingkan jumlah followers yang banyak nak mampus, tetapi silent readers yang betul-betul hendak baca entries lu itu sedikit atau lu lagi mementingkan silent readers yang banyak, tetapi followers lu sedikit nak mampus? tetapi kalau lu tamak haloba sangat, jadi lu cuba nak cuba dapatkan kedua-duanya sama banyak? HAHA.

kalau lu pilih followers, sudah tentu ada kebaikan dan keburukannya. ok, jadi sekarang ni gua nak terangkan sedikit apa kebaikan dan keburukan yang ada pada manusia yang sibuk nak pilih followers yang banyak berlonggok-longgok bagaikan buah durian yang dijual ditepi jalanraya itu. lu hendak tahukah apa beza antara kedua-dua ini menurut pendapat gua? sila baca ya;
  1. blog lu pasti jadi famous terus dohh. lu letaklah entri macam sampah sekalipun pasti akan ada orang like entri lu. kadang-kadang tu, tidak payah baca entri lu pun tetap akan ada orang yang akan like entri lu itu. amacam sekarang? teruja? HAHA.
  2. sekarang lu dah boleh letak iklan sampah berlambak-lambak didalam blog lu, lepas itu lu bolehlah mula kumpul Money, Money & Money, yo. apa guna follower ramai kalau lu tidak pandai menggunakan blog lu itu untuk menjana duit?
  3. lu akan jadi orang yang disegani ramai blogger diluar sana, diorang sebut saja nama lu, semua orang meremang bulu kaki, bulu ketiak, bulu tangan dan segala jenis bulu yang ada sebab diorang tahu betapa 'handalnya' lu ber-blogging walaupun lu lah si blogger yang selalu letak entri sampah.
  4. TETAPI, kalau lu betul-betul blogger yang berkualiti, syukur alhamdullilah. HAHA.
so dah faham? ini pendapat aku sahajalah. but, hey, itu kebaikan je, belum keburukannya lagi, kan. so, check it out, yo;
  1. lu ni hanya sekadar 'jaguh kampung' sahaja. hanya followers yang setia dengan lu sahaja akan terus-menerus menekan butang like walaupun diorang belum lagi membaca entri lu, padahal lu baru sahaja kot post entri itu 2 saat yang lepas. WOW! HEBAT! lol.
  2. lu tidak ada silent readers pun. what? ok-ok, dah tentulah ada. semua orang ada silent readers blog masing-masing. tetapi tidaklah ramai ya sebab lu kan 'jaguh kampung' saja woii. huh? lu tanya apa itu silent readers? nanti-nantilah gua terangkan, ek.
  3. lu hanya akan popular di dalam group blogger yang lu join. tetapi elehhhhh, nak popular, lu mestilah kena join banyak group punya, kalau tidak, pastilah bloggers tidak kenal lu ni siapa, kan? gua pasti dalam fb lu nanti akan ada 10-20 atau mungkin lebihlah group yang lu akan join. senang hendak promosi blog sampah lu kalau ada banyak group kan. LOL.
  4. TETAPI, kalau lu betul-betul blogger yang berkualiti, syukur alhamdullilah. HAHA.
masih lagi teruja? jadi, lu bolehlah mula mengumpul banyak follower mulai sekarang ya. get set, ready,....GO! HAHA. gua merepek je tu.

dahlah weii. jari gua penat. nanti gua terangkan tentang silent readers didalam bahagian kedua pula. chowwwwww.

06 February 2011

WOW.

aku kata WOW. yesss. WOW lagi sekali. WOW. yessss, dah betullah tu. lagi sekali kita ramai-ramai sebut WOW...WOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOW. ok-ok, sorry, itu dah kira SPAM dah tu. faham? dah faham apa maksud SPAM? tak faham lagi? aku malas nak terangkan panjang-panjang benda begini. korang semua dah besar, pandai-pandailah guna otak sendiri untuk berfikir gunakan teknologi yang ada.

oh ya, aku kata WOW bukan sebab apa. saja sebut WOW. tak salahkan kalau aku sebut WOW. maaflah, entri aku kali ni memang tiada apa-apa motif, dan ianya tidak bermakna langsung. HAHA. aku sebut WOW sebab aku terkejut sebenarnya. hari ni aku hanya update 2,3 entri je. WOW. tak ke hebat tu? WOW. memang betul-betul berehat aku hari ni. WOW. langsung tiada sesi perah-memerah otak pun. WOW. tapi aku pernah beritahu dulu, aku memang suka taip benda-benda merepek. WOW again. so, pasti korang tidak hairan pun dengan entri sampah aku ni. WOW. HAHA. oh ya, aku juga nak kata WOW dan berterima kasihlah kepada jiran baru aku iaitu Mr.Thomas, kerana dia memberi sekotak besar yang dipenuhi buah oren pada keluarga aku tadi. chinese makan buah oren kan masa CNY ni? ke buah limau? aku tak tahu apa beza nya. HAHA. apa-apa pun, terima kasih ya Mr.Thomas.

oh ya, sorry woiii. aku just nak warm-up otak ni untuk memerah idea untuk pos entri yang lebih bermakna nanti. so wait for my entry ya, chowwwwwww.

berbicara tentang Kasut bersama Izzat - Part 1

wassssssuuuuuupppp yo...???

what's up my nizzle? HAHA aku dah lama tak sebut wassup-wassup sana sini ni sejak dah kurangkan budaya hiphop dalam diri aku. mana aku pakai lagi dah seluar besar, kasut besar, baju besar, dompet berantai-rantai pagar ni. HAHA. ehh-ehh, baru aku perasan, sekarang ni ramai pula yang mula pakai kasut besar berjenama supra, skyline, subaru apa semua tu ek. nak kata lawa, aku rasa Nike Air Jordan one tu 100 kali ganda lagi lawa daripada kasut supra apa tu. HAHA. so check it out yo;



apa? Supra? *yawn*

sorry, tapi aku lagi suka SUPRA yang ini. HAHA

CONVERSE: aku suka pakai kasut ini. bergaya, simple aje.


ok-ok, cukuplah aku cakap pasal supra ni ek. aku tak minat pun kasut supra ke apa ni. sebab fesyen kasut besar hiphop ni dah tiada dalam diri aku. now style aku lebih kepada simple, tapi bergaya. tapi sudah tentulah aku taknak kelihatan simple sangat sampai orang pandang aku ni sebelah mata je. cisss. oh ya, mari aku cerita tentang kasut lagi ya;


ada sesiapa minat Nike disini? sila hantuk kepala pada keyboard sebagai tanda sokongan.


shoepants. WOW. kalau ada orang pakai ini, memang aku tak tahu nak kata apa.


sekarang ni pun banyak orang suka pakai kasut yang ni ek? cool juga.


oh ya, memang kasut-kasut yang aku tunjuk dalam entri ni kebanyakannya kasut untuk lelaki. dah aku ni lelaki kan. HAHA. tapi ada juga kan perempuan yang pakai kasut camni. perempuan pakai sneakers? sangat cantik lahhhh. silalah pakai ya. HAHA. aku pun sudah bosan tengok perempuan pakai selipar, high heels. tapi yang paling aku sakit mata bila nampak orang pergi Pavillion or shopping malls mana-mana je lah pun nak pakai selipar. apa cer? lelaki perempuan, sama je. serabai sungguh. pakailah molek sedikit oiii. tetapi kalau pergi kuliah atau kerja tahu pula nak pakai kasut. cisss. ok-ok, aku sambung cerita pasal kasut ni lagi, ok;

Supra? ini baru power. Kanye West for Louis Vuitton yo. HAHA


kasut MP3. HAHA. gila ar design dia. ada speaker tu.

kasut apakah ini?? macam kasut untuk ninja je. HAHA.


kasut yang aku nak beli nanti. sangat kemas.


dah alang-alang nak kasut cool kan, baik pakai ni terus. HAHA.

HAHA. sudah puas aku menaip entri ini dan sudah banyak kali Pakcik Google menolong aku mencari gambar-gambar yang cool yo. so aku nak rehat dulu. nanti aku sambung part 2 bila-bila yang aku nak. HAHA. chowwwwwww.

05 February 2011

antara Sekolah dan Universiti

selamat malam mehh.

ok, kali ni aku nak taip panjang lebar sedikit tentang isu beza antara sekolah dan universiti ni, ok. aku tahu, mungkin ada orang yang akan bersetuju dan mungkin juga akan ada orang yang tidak bersetuju dengan kata-kata yang aku bakal taip sebentar lagi. tapi apa ada hal? HAHA. silalah teruskan membaca ya;

sebelum itu, aku nak tanya sedikit, berapa ramai orang pelajar sekolah yang tengah baca entri ni rasa sangat bosan dengan keadaan di sekolah? mesti ramai kan. aku tahu. ada juga yang akan kata dia bosan dengan itu ini, but dah parents suruh, terpaksalah ikut kata mereka, kan? HAHA. chill la babe. aku yang tengah menaip entri ini pun ada juga perasaan macam itu dulu semasa aku menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang selama 5 tahun. itu tak boleh, ini tak boleh. buat salah sedikit kena denda masa perhimpunan sekolah. aduhhh. memang aku rasa nak mengamuk je bila kena begitu. banyak kali jugalah aku hampir bergaduh dengan pengawas. aku tahu, itu sangat tak cool yo. HAHA. ok, aku dah termerepek disitu pula. em. tapi korang kena ingat duhh, cikgu berbuat demikian supaya kita ni jadi orang yang berdisiplin mehh. biarlah keputusan peperiksaan kita teruk macam haram, asalkan disiplin diri itu ada dalam diri masing-masing yo. HAHA.

wait a minute, kau kata kau bosan dengan sekolah sampai ada rasa nak ponteng sekolah? wohhh. kau ni biar betul der. setahu aku, waktu sekolah dululah aku lagi banyak bermain berbanding waktu di universiti sekarang ni. waktu sekolah didalam kelas ada bangsa india, cina dan lain-lain, semua aku buat jadi member mehh. now di universiti, susah nak dapat member bangsa lain sebab masing-masing ada kelompok tersendiri.

yes, aku mengaku, di sekolah tiada pilihan lain melainkan kena berkawan juga dengan semua orang didalam kelas itu. tapi itulah yang bagusnya. ada sikap saling membantu antara satu sama lain. now kat universiti, nak bantu satu sama lain? jangan harap la der. aku gerenti kawan-kawan di universiti kau nanti banyak bangsa yang sama je. kalau melayu dengan melayu je, india dengan india, cina dengan cina. HAHA. setuju tak wahai blogger tua sekalian? tak setuju? lantak koranglah. HAHA.

what? korang rasa korang dah besar sangat bila masuk sekolah menengah? wohh. korang punya besar tu setakat disebalik dinding sekolah je yo. HAHA. bila dah masuk Universiti atau Kolej nanti, baru kau tahu besar korang tu hanyalah sebesar semut je. HAHA. ok-ok, cukuplah aku dok mengata budak-budak sekolah ni ya. aku nak berehat sekejap. penat jari aku menaip. stamina dah kurang lepas kena demam semalam. HAHA.

oh ya, entri aku ni memang ditujukan khas untuk budak-budak sekolah yang dok merengek sekolah tak best, sekolah membosankan tu. korang cakap sekolah boring ya? ok. fine. now aku nak ceritakan sedikit tentang 'keseronokan' berada di Universiti. memula sekali masa 1st time menjejak kaki di Universiti, memang korang akan rasa seronok sangat sebab dapat 'bebas' dari bebelan guru. HAHA. lepas tu korang akan rasa seronok juga bila korang dapat lepaskan diri dari kongkongan ibu bapa. ya lah, dah masuk duduk rumah sewa atau hostel, ibu bapa pasti dah tak kisah sangat sebab korang kan dah 'besar' sangat kan. yang paling seronoknya, korang boleh bergembira 24jam. lu nak pergi clubbing hari-hari pun takde hal bro. HAHA. ok, cukuplah aku merepek ya. tapi memang betul pun lu boleh pergi clubbing hari-hari. HAHA lagi sekali. lol

ok-ok, aku nak taip sedikit apa yang korang akan lakukan bila dah masuk universiti or kolej nanti. mula-mula sekali mungkin korang kena pergi ke sesi orientasi, ada 'ice-breaking'(sesi berkenalanlah dohh), kuiz sana sini lah. memang seronok sangat masa tu ya. lepas tu masa 1st week, korang mungkin tidak akan ada apa-apa pembelajaran, lecturer akan masuk dewan/bilik kuliah, dia just kenalkan diri lepas tu korang boleh angkat bontot berambus balik bilik masing-masing ya. HAHA

1st week rasa seronok kan? HAHA. bila dah masuk 2nd week baru korang akan rasa lagi 'seronok' sangat-sangat dalam kuliah bila korang dah mula kena print-out banyak nota. itu je dah keluar banyak duit dah bagi yang tidak ada printer, terpaksa print kat kedai buku. tak cukup dengan itu, korang akan diberi banyak tutorial, berpuluh-puluh tutorial kena disiapkan dalam masa sehari dua. yessss. tutorial bai. lu pasti boleh pecah kepala nak menjawab semua soalan tu. dan yang paling best sekali, korang kena keluarkan beratus-ratus ringgit untuk membeli buku teks nya. dahlah mahal, tebal nak mampus pula tu. HAHA.

last but not least, ini baru betul-betul 'seronok' wehhh. ASSIGNMENT yang berlambak-lambak. kalau di waktu sekolah korang ada kena guna scrap book ke apa benda namanya tu dan pada hujung tahun, baru buku tu habis guna, kan? tak eh? apa ada hal? HAHA. tetapi kali ni tak ada dah macam itu, dalam masa 1 semester, dah boleh habis guna buku tu, maybe berbuku-buku lah. tengok subjek masing-masinglah nanti. HAHA. woi budak-budak sekolah, korang masih belum rasa lagi 'keseronokan' buat assignments ni, so korang bolehlah cakap besar kat sekolah tu. kami yang di Universiti ni kadang-kadang mati akal nak buat 1 ayat sekalipun. akhirnya terpaksa tanya PAKCIK GOOGLE untuk mendapatkan jawapannya. HAHA. korang tahu tak, bila dah masuk universiti ni, pasti tiba-tiba boleh terasa hendak masuk sekolah balik. so bolehlah elak buat assignment apa semua ni. HAHA.

so? masih lagi berasa bosan di sekolah lepas baca apa semua ni? masih bosan lagi ke? LOL. biar betul kau ni. angkat bontot, pusing kiri, pusing kanan, lepas tu pergi mampus ya. sekian terima kasih.

Ada Apa Dengan Valentine's Day?

selalamat selamat petang mehh. ke patut aku ucap selamat malam je? apa-apa sajalah ek.

mehh aku nak taik taip sedikit cerita tentang Valentine's Day ni. aku tahu ada umat manusia diluar sana itu pasti tidak sabar hendak menyambut hari yang 'istimewa' ni pada 14 februari nanti, kan? come on. jangan nak bohong, mengaku je la der. HAHA.

ok, aku sepatutnya pos entri ni masa 14 februari nanti, tetapi apakan daya. aku ni jenis yang tidak suka sangat nak simpan benda-benda macam ini lama-lama didalam draf blog. bila idea sudah mari, aku akan taip dan aku akan pos didalam blog aku ni. ok, aku nak terangkan sedikit tentang perayaan Valentine's Day yang orang me-layu kat Malaysia ni suka sangat menyambutnya. bukan melayu ya, tetapi me-layu sepatutnya. sebab orang melayu pasti tidak akan menyambut benda-benda begini. HAHA. but hey, aku bukanlah kuat agama ke apa nak tegur-tegur orang ni. HAHA.

by the way, aku nak copy sedikit ayat-ayat dalam wikipedia mengenai Valentine's Day ni. aku copy je, tapi takde paste. taip sendiri ar bai. HAHA. ok, sila baca ya; Saint Valentine's Day ataupun lebih dikenali sebagai Valentine's Day ini adalah hari yang selalu disambut setiap tahun pada tarikh 14 Februari. ianya disambut kerana merayakan hari penyatuan cinta dan benda-benda camtu lah diantara lelaki dan perempuan. (lol. aku tidak pandai sangat nak translate english).

ia dinamakan sempena nama pejuang/pendakwah agama kristian iaitu Valentine. yesss, kawan-kawan ku yang tersayang(uwekkk.) hari 'istimewa' yang korang dok sambut tiap-tiap tahun tu sebenarnya hari sempena memperingati kematian pejuang kristian yang bernama Valentine ini lah. are you happy now? HAHA. silalah teruskan lagi buat macam itu pada setiap tahun ya. apa ada hal?

hari Valentine ini telah ditubuhkan oleh Pope Gelasius 1 pada tahun 500 masihi. maknanya ia dah ditubuhkan sejak 1500 tahun yang lepaslah. ada faham tak? secara tradisionalnya, ianya adalah hari para kekasih melafazkan kata cinta masing-masing terhadap kekasih sendiri dan menghadiahkan sejambak bunga, gula-gula camtu lah dan juga menghantar kad cinta(kad cinta ini dikenali sebagai Valentines). ohh, no wonder lah orang me-layu sekarang ni suka sangat dengan Valentine's Day ni sebab boleh dapat bunga taik ayam ros merah wohh. lepas tu boleh dapat makan manisan banyak-banyak sampai boleh rongak gigi masing-masing. HAHA. last sekali boleh dapat kad cinta(valentines) lagi tu. perggghhh. memang 'best' doh.

tapi kan, dizaman moden ni, berapa ramailah yang betul-betul sambut Valentine's Day tu dengan menghantar bunga, manisan, kad cinta tu, der? yang aku tengok kaum lain yang sememangnya boleh sambut Valentine's Day ini je yang masih menggunakan cara yang betul untuk menyambutnya. but, cara yang betul? entahlah. aku tidak pasti tentang itu sebab aku tidak menyambutnya. tetapi, aku bangga duhh sebab hanya orang me-layu ni je yang suka menyalah gunakan sesuatu perayaan itu untuk dijadikan alasan supaya boleh melakukan seks bebas. contohnya, sila baca perbualan dibawah ini;

GF: baby, i sayang you sangat-sangat tahu.
BF: hehe. i pun sayang you, ok.
GF: really? oh. so sweet sayang. sempena Valentine's Day yang special ni kan, you nak apa dari i?
BF: nak apa ekk? i tak tahulah sayang (tapi dalam hati: hehehe. gua ada peluang baik punyaaaaaaaa ni bai)
GF: oh come on, babe. takkan you tak tahu kot...?
BF: ermm. i nak $&*%# you boleh tak, baby?
GF: ermm... pasal you, i sanggup bagi semuanya tau. <3

lol

come on lah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak. tak kan lah kamu ni masih berfikir menggunakan bontot masing-masing kot. korang ni ada otak, tapi minda tak ada. spesis me-layu inilah yang betul-betul membuatkan kaum melayu dapat nama buruk sepanjang masa. ini bukan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" lagi dah. ini dah berjuta-juta titik nila woii. HAHA.

HAHA. ini versi wikipedia lah kan. aku mana ler tahu pasal benda-benda ni. aku kena guna mesin masa balik ke zaman dahululah baru aku tahu segala detail tentang Valentine's Day ni. HAHA. aku dengar ada banyak versi pasal Valentine's Day ini. sekejap itu, sekejap ini. well, i don't give a fuck about that. lantak lah. ko nak sambut, ko tak nak sambut, itu ko punya suka. HAHA. apa-apa pun, aku GALAKKAN korang sambut Valentine's Day ini sebab lagi 9 bulan, bolehlah aku baca/tengok berita tentang orang buang bayi lagi. aku memang SERONOK baca berita macam itu. HAHA.

ok, aku taip entri ini untuk tontonan umum ya, supaya boleh dijadikan pengajaran..kot? HAHA. hope tak adalah yang akan BUTTHURT bila baca entri aku ni. tapi apa ada hal? HAHA. lagipun kita sebagai manusia ni patut saling sayang-menyayangi setiap hari dohh, takkan setahun sekali je baru nak sayang-sayang? oh ya, aku maksudkan sayang-menyayangi itu maknanya sayang pada tuhan, keluarga, kawan-kawan ya. bukanlah sayang hari-hari nak buat seks bebas pula. cisss. kotor sungguh fikiran kamu ya. HAHA.

Sayangku... (ini bukan kisah cinta)

oiiii. apa gelak-gelak? ingat aku yang taip ganas-ganas ni takde perasaan ke? ciss. aku bukannya berhati batu, kayu, air lah. dalam hati ni ada taman bunga-bunga cinta, you know. lol. ok-ok. aku bergurau je kat situ, aku memang berhati batu pun. HAHA. sudah cukuplah aku merepek, merapu, meraban ya. mehh aku ceritakan sedikit tentang SAYANG aku n;

dia dah bersama dengan aku selama hampir 3tahun. setiap saat dia ada bersama aku. aku memang sayang gila dekat dia ni sebab dialah pelengkap hidup aku, tanpa dia, aku tidak akan dapat hidup di dunia yang fana ini. HAHA. aku tipu je. ok aku sambung balik; dia ni kalau tak bersama dengan aku, adoiii, rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap tau. seolah-olah aku pergi ber-window shopping di Pavillion tanpa pakai seluar,lepas tu semua pekedai gelakkan aku. haaa. camtu lah apa yang aku rasa.(apa gelak-gelak? ciss)

dia dah bersama dengan aku sejak tarikh 8hb Mac 2008 lagi. yup, betul-betul seminggu selepas hari jadi aku(aku nak bagitau korang yang birthday aku ni 1 mac la. takkan tak faham lagi. HAHA) dah faham kan? ke buat-buat tak faham? cisss. ok. setiap kali aku keluar berjalan-jalan, pasti aku akan bawa dia sekali sebab dia ni memang mengada-ngada, setiap masa nak ikut aku. nasib baik dia taknak ikut aku masuk jamban. HAHA.

masa tidur, wohh. ni yang special ni. aku malu + segan = tak tahu malu nak taip pasal ni sebenarnya. nanti korang kata entri aku ni boleh dicop sebagai 18SX pula. HAHA. tapi apa kisah, korang dah besar kan, pandai-pandailah nak baca ke taknak. HAHA. waktu tidur ni saat istimewa untuk aku dan si dia sebab kami akan tidur  sebelah-menyebelah yo. tapi aku pelik, macam mana kadang-kadang bila bangun tidur tu, dia akan dijumpai tertidur di bawah katil pula. ini cerita sebenar ok. tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. percayakah kamu gaji seorang penebar roti canai lebih tinggi dari gaji seorang penggali kubur. HAHA.

sorry, aku ter-quote kata-kata yassin didalam filem Lagi-Lagi Senario pula. HAHA. sorry lah kawan-kawan. aku memang suka merepek, percayalah kata-kata aku ni. tolonglah percaya ya. percayalah. percayalah. pleaseeeee. HAHA. korang pasti tertanya-tanyakan siapakah si dia yang aku sibuk sebut-sebutkan ini sampai tak tahu malu buat entri camni? korang tertanya-tanya, kan? kan? kan? haa? tak tanya pun? ciss. tidak apalah. biar aku beritahu sahaja siapakah si dia. si dia ialah sebuah telefon bimbit yang berjenama Nokia dan mempunyai kod nama iaitu N70-Music Edition. HAHA.

Thank You, Sayang. HAHAHA.

terima kasih mehh.

selamat pagi dan selamat sejahtera mehh.

hari ni aku tak akan dapat buat entri panjang-panjang sebab aku tengah demam. huh. ubat tu tak adalah, tapi aku dah telan 2 biji panadol tadi. bagi aku, ini adalah demam yang agak teruk yang aku pernah alami sepanjang hayat aku sebab aku langsung tak dapat nak gerakkan badan. adehh.

lepas tu on kipas dengan kekuatan no.1 pun dah cukup untuk membuatkan aku menggigil. memang aku berselubung dengan selimut saja lah sejak malam tadi sampailah sekarang ni. aishhhh. lepas tu kepala aku rasa berdenyut-denyut bagaikan dipukul dengan keyboard komputer. HAHA. ok, sorry, aku cuba melawak diwaktu aku sakit je.

apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada korang semua sebab sudi jadi follower aku. thanks a lot mehh. jangan lupa, rajin-rajinkanlah diri tu melawat blog buruk aku ni. HAHA. dan jangan lupa juga untuk tinggalkan komen korang di entries aku ni. HAHA.

ok, jari aku dah tak larat nak taip panjang-panjang. chowwwwwwwww.

04 February 2011

5 fakta tentang saya dan 5 fakta saya tidak suka

selamat petang mehh.

aku baru je tadi tekan butang 'attending' untuk menyertai satu pertandingan tentang Kami Si Blogger ni. aku tahu, inilah peluang aku untuk menjadi popular bersederhana je dalam dunia blog ini dan pada waktu yang sama pastilah aku nak meningkatkan gila-gila sedikit rating blog baru aku ni ya. si Wanz ni taip disitu yang ini bukanlah pertandingan. adehh. kalau dah ni bukan pertandingan, so aku tak tahulah nak panggil benda yang aku join ni apa. takkan nak cakap suka-suka je nak join? HAHA. ok, cukuplah aku merepek.

si owner group KSB  ni minta aku cerita sikit tentang 5 fakta berkaitan dengan diri aku. aku agak runsing dalam hal ni sebab aku pun tak tahu sangat pasal diri sendiri. HAHA. so aku taip je la ek apa yang aku tahu pasal diri aku ni;
  • aku rasa aku ni tidaklah kacak, tapi manisnya tu adalah. HAHA. perasan lebih dohh.
  • aku lebih suka terperap didalam bilik sendiri sebab dalam bilik aku ni ada TV, Laptop dan apa benda semua itulah. memang lengkap serba-serbi. Syukur Alhamdullilah. tapi jangan risau, aku ni dah puas bermain diluar sewaktu zaman sekolah. so korang jangan nak cakap aku ni takde life ek. HAHA.
  • aku sukakan permainan video ya. semua game aku rembat especially game yang bertemakan PERLUMBAAN. perghhhhhh....(pinjam ayat en.Perghh sekejap). memang aku boleh menghadap PS2 atau Laptop ni untuk berjam-jam lamanya. HAHA.
  • aku suka segala benda berkaitan KERETA. game kereta, model mini kereta, dan segala benda yang ada kereta pasti aku akan suka. tetapi aku sendiri yang sudah hendak masuk umur 21tahun ini masih lagi tidak mempunyai lesen kereta. HAHA.
  • aku mengaku, aku tidak pandai menaiki basikal. memang rasa jealous bila nampak orang lain bawa basikal bahkan adik aku yang masih kecil ni pun dah pandai bawa basikal. HAHA. kalau basikal pun tak tahu, korang jangan tanya ar pasal tunggang motor pula.
ok. itu je lah aku nak merepek tentang diri aku ni. sekarang ni aku nak kena taip tentang benda-benda yang aku tak suka. HAHA. ini satu soalan yang menarik sebab aku ada lagi banyak benda yang aku tak suka berbanding benda yang aku suka. ok, mari kita baca;
  • aku tak suka ... ok, lebih kepada aku fobialah sebenarnya kat lauk Ikan Pari Masak Asam Pedas ni. why? sebab lauk itulah yang telah menyebabkan aku terpaksa bertapa 3hari 2malam didalam jamban. yessss. lauk itulah penyebabnya! (maaf kepada orang-orang yang tengah makan asam pedas sambil baca blog aku ni.)
  • aku tak suka tengok perempuan merokok. why? bukan sebab diorang hisap or apa pun. relax, ini kan zaman 'moden' lah sangat kan. lelaki perempuan takde beza pun kan? kan? diorang nak hisap, lantak depa lah. aku tak suka sebab diorang ni hanya membazir je bila 'hisap' rokok. bukan hisap betul-betul pun, sedut sesaat, terus hembus keluar. langsung tak cool yo. lepas tu hisapnya 2,3kali dan dibiarkan je rokok tu habis terpadam camtu. cisss.(aku tak merokok ya.)
  • aku tak suka orang berlagak dengan aku sebab tindakan bangang+bodoh=budus itu hanya akan mengundang 'sup kaki kanan' aku ni di mulut mereka. HAHA.
  • aku juga tak suka orang menjahanamkan kereta sendiri. dah tahu bawa kereta perodua kancil tu, agak-agaklah nak pasang ekzos besar dan bising macam meriam buluh. aku cukup anti dengan orang camni. tahulah kereta sendiri, beli itu ini sendiri, tapi jangan sampai menjatuhkan maruah kereta itu. kalau kereta itu boleh bergerak sendiri, memang dia dah humban orang camtu keluar. HAHA. kereta anda, mencerminkan diri anda. ehh? bukan budi bahasa mencerminkan diri anda ke? lol
  • last but not least, aku cukup tak suka kalau ada orang sibuk blogwalking di blog orang lain, dah add, lepas tu tak tinggalkan link di shoutmix or mana-mana pun lah. arghhh. lepas tu nak add dia, dah tak boleh sebab tak tahu link blog dia. so jangan salahkan aku kalau aku tak dapat nak follow blog korang ya. HAHA.
now aku akan ceritakan 5 perkara yang aku suka tentang group Kami Si Blogger ni.

      saya suka ... saya? come on. aku akan guna aku suka Kami Si Blogger ni kerana group ni memang meriah dohh. setiap masa boleh penuhkan notification facebook aku. takde orang lain boleh buat camtu. HAHA. sebab ke-2, KSB ni penuh dengan blogger yang berpengalaman, sporting, tidak berlagak, dan mengamalkan sikap saling bantu-membantu antara blogger sesama blogger. malah owner KSB juga agak peramah ya, selalu berhubung dengan pengikut-pengikut KSB yang lain. oh ya, blogger disini juga mengamalkan sikap 'sharing is caring-lah', contohnya; anda tidak tahu sesuatu tentang blog? post sahaja soalan anda di group berkenaan dan insyaAllah, akan ada orang yang akan menjawab soalan anda itu. so. all the best Kami Si Blogger, korang semua memang best belaka.

itu je aku nak taip, chowwwwwwwwww.

Kami Si Blogger

selamat malam dan selamat awal pagi mehh.

aku memang suka sangat meng-update blog aku diwaktu macam ini sebab aku ni umpama seekor kucing; waktu siang aku buat taik mata, tapi waktu malam aku aktif. lol. ohh, korang pelik ek? korang tak tahu ek yang kucing ni spesis nocturnal? maknanya, waktu siang berehat/tidur, waktu malam aktif. hahah. ok. cukuplah dengan ilmu pengetahuan ni ya. mari aku mulakan entry ni;

    Pada suatu malam yang indah permai, aku berjalan-jalan seorang di langit memerhatikan bintang bulan Ultraman Superman terbang . . . . . . .  damn. apa aku merepek ni. FFFFUUU!!1!

maaf, waktu-waktu begini memang aku akan jadi blur. so aku pasti akan taip benda merepek dalam ini. sila teruskan membaca ya;  ok, tadi aku sibuk membelek-belek page group Kami Si Blogger aka KSB dan 'tuan tanah' KSB ni aka Wanz Mejuez ada sebut tentang post berkaitan KSB ni. dia minta kami, para blogger yang join KSB ni bagi review sedikit tentang KSB ni ya. kasi promosilah ini group. aku takde hal bro. so aku pun terikutlah kata tahi hati ini nak ambil bahagian dalam benda macam ni sebab mungkin aku boleh menaikkan gila-gila sedikit rating blog sampah aku ni. hahah.

so pendapat aku lah ek, aku rasa KSB ni satu group yang cukup hebat, tidaklah ramai orang sangat sebab mungkin ia baru dibuat. aku takde lah banyak benda nak ditaip dalam entry kali ni sebab aku baru saja join group KSB ni sejak 2,3hari yang lepas. hahah, so aku tidaklah seberapa tahu sangat tentang group ini ya.

apa yang aku nampak, group ini makin berkembang pesat dari hari ke hari, makin banyak blogger baru termasuk aku ni meninggalkan 'kesan taik' kami di group berkenaan. haha. ok, kesan taik tu maknanya tinggalkan link lah, ok. emm. ya, aku dapat banyak follower dari group KSB ni lah. sorry to say, tapi aku tak pasti yang jadi followers aku ni ikhlas ke tidak nak follow blog aku ni. aku tak pasti mereka buka dan baca ke tidak entries didalam blog aku. but nevermind, sikit pun tak kisah. apa ada hal? hahah

ok, sorry ter-off topic pula. aku pasti group KSB ni akan jadi nama besar sebaris dengan geng blogger or apa pun lah satu hari nanti. aku tengok dalam satu hari group KSB ni boleh dapat sampai 50,60 blogger woii. kalau group KSB ni adalah satu bisnes MLM, memang dah kaya-raya dah si owner group KSB. dia dah boleh berlagak bawa kereta kancil BMW depan 'downliners aka bloggers' yang lain. haha. merepek2.

apa yang pasti, para blogger didalam group KSB ini sangat peramah; baik lelaki mahupun perempuan. tiada beza gender didalam itu sebab itu hanyalah akaun facebook, bukan manusia, so memang takde beza gender pun. HAHAHA. ok, aku merepek lagi disitu. seperti kamu semua tahu, banyak blogger baru tumbuh "bagaikan cendawan lepas hujan" sekarang ni kan, jadi pastilah masing-masing masih terkial-kial nak hias blog camtu, camni, nak cari widget itu, widget ini. dengan join group KSB ni, para blogger tua otai yang hebat dalam bab hias-menghias dan bagi nasihat camne nak jadi blogger bagus ni pasti tiada masalah hendak menolong para blogger baru. kan? kan? kan?

oh ya, aku terlupa pula. baru semalam owner group ni memperkenalkan satu-satunya undang-undang didalam group berkenaan iaitu TIDAK BOLEH SPAM link blog korang itu didalam post orang lain. kalau korang spam, korang boleh dikenakan denda di banned seumur hidup tanpa penjamin dan korang tidak boleh merayu untuk kesalahan itu. (padahal masa aku 1st time join tu pun aku selalu spam post orang lain.HAHAHA!) walaupun ada peraturan macam itu, masih ramai lagi buat kesalahan yang sama. maybe sebab mereka orang baru kot ataupun mereka tak faham pun apa maksud jangan SPAM.

aku pun tengok si Wanz Mejuez aka owner KSB ni pun pandai bermain coding, ada widget hebat yang dia cipta istimewa untuk para pengikut group Kami Si Blogger ni sahaja. so, takkan korang yang dok baca entry aku ni boleh tak teringin nak follow KSB ni kot? hahah. silalah klik Kami Si Blogger ini dan korang hanya perlu LIKE untuk masuk group ni, mudahkan? hanya 2,3 step je untuk jadi pengikut tegar Kami Si Blogger. so lepas ni rating dan followers korang pun mencanaklah naik bila korang post link entry blog korang tu disana. hahaha. oh ya, link KSB yang aku bagi tu link page nya. bukan group, tu sebab ada 100+ orang je. hahaha.

Silalah Join Kami Si Blogger!
Marilah Meriahkan Lagi Group Blogger Malaysia Ini!

03 February 2011

8 cara Menjaga Komputer Supaya Tidak Mudah Rosak

selamat malam lagi sekali;

walaupun aku baru je post something beberapa puluh minit yang lepas, tapi aku tetap nak buat entry baru lagi ni. apa ada hal? blog aku. hahah. idea mencurah-curah pula malam ini. so kali ini aku nak taip sikit tentang adab-adab menjaga komputer supaya komputer korang tak slow macam siput.

ok. sebelum tu, aku nak tanya sikit. berapa ramai orang kat sini yang tahu sangat pasal laptop masing-masing melainkan guna untuk online fb,blog, edit pictures je?  hahah. mesti ramai tak tahu sangat pasal laptop masing-masing kan, lepas tu mula menggelabah kenapa laptop slow dan banyak sangat problem macam lahanat. hahah. ok-ok. berhenti merepek. aku terangkan cara-caranya dibawah ok;

1. pastikan korang tanggalkan bateri(bagi pengguna laptop) kalau laptop korang dah disambung dengan wayarnya kerana kalau korang tidak berbuat begini, ia akan memendekkan umur bateri korang je woii. elok-elok boleh tahan 3-4jam, now tak sampai sejam dah nak habis.

2.jangan on laptop korang terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan laptop korang menjadi terlalu panas dan akhirnya ia akan merosakkan komponen didalam laptop korang. jangan terlalu berharap pada cooler fan kalau korang berdegil nak on laptop itu selama 24jam. bagi pengguna desktop pun begitu juga, walaupun korang ada 100 super cooler yang mahal gila babi di pasang kat cpu, itu tidak bermakna korang patut on komputer tu 24jam.

3.cuba kurangkan aktiviti men-download lagu, movie atau apa pun kalau komputer korang tidak di install dengan anti-virus. aku syorkan korang beli dan install anti-virus Kaspersky lah sebab memang benda ni bagus dan ia dapat sambutan ramai daripada pengguna komputer diseluruh dunia ni. kalau rasa tak berduit sangat, boleh beli Kaspersky Anti-Virus je. murah, dan bagus. tapi lagi bagus kalau beli Kaspersky Internet Security sebab ia akan melindungi komputer korang disaat korang buka internet. kalau kaya, beli je Kaspersky Pure. hahahah. tapi terpulanglah pada korang nak guna anti-virus dari brand mana pun.

4.cuba delete segala benda yang tak penting dalam komputer korang tu sebab kalau terlalu banyak folder/file, memang komputer korang akan jadi terlalu slow sebab komputer korang tak cukup power nak proses semua benda. nak bagi power komputer? tukar je RAM yang lagi tinggi. itu kalau bagi laptop lah. kalau desktop, tukar je segala komponen cpu tu ke yang latest. HAHAHA.

5.aku syorkan korang install Tune-Up Utilities ni ya sebab dalamnya ada berbagai program yang boleh melajukan sedikitlah komputer korang tu. mana nak dapat benda ni? pandai-pandailah cari sendiri, tanya 'pakcik GOOGLE' mana nak cari benda tu ya. hahah. tapi dah tentulah aku harap korang beli yang original. ok. aku nak tunjuk sikit cara menggunakan Tune-Up ini ya;
  • korang boleh menggunakan program "Defragment hard disk" dibahagian "Optimize system" ini untuk men-defragment segala isi dalam komputer korang tu. bila dah selesai, korang akan dapati komputer korang dah ringan dan laju sikit berbanding sebelum korang defragment tadi.
  • "Gain disk space"; ini penting sebab korang akan dapat restore balik hard disk korang yang tiba-tiba jadi sikit tu. mesti korang akan dapat restore atleast 6-7GB atau lebih bila dah selesai guna program ni untuk kali pertama.
  • korang boleh juga guna "Defragment registry" untuk betul-betul melajukan komputer korang. aku cadangkan korang guna program ini masa dah nak tidur je sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk selesai. korang start program, tidur, dah bangun nanti, semua dah settle.
  • last sekali, korang boleh disable mana-mana program yang korang taknak guna. biar desktop yang menempatkan segala icons yang korang install tu jadi laju sedikit.
6.elakkan komputer korang dari berhabuk kerana ia boleh merosakkan isi-isi didalam komputer korang tu. rajinkan diri membersihkan pc masing-masing ya. jangan malas kerana korang nak guna pc ini untuk masa lama. lainlah kalau korang ni guna pc untuk sebulan dua je, lepas tu beli pc lain. haha.

7.bagi pengguna desktop, aku cadangkan korang cubalah untuk meng-update komponen komputer korang tu ke yang terbaru. biarlah berhabis duit sedikit asalkan korang akan puas hati dengan prestasi pc masing-masing.

8.kalau keadaan komputer korang teruk sangat, hantarlah ke kedai untuk dibaiki atau korang baikilah sendiri kalau korang mahir dalam bab membaiki komputer ni dan kalau korang rasa komputer korang masih terlalu slow disebabkan virus terlalu banyak didalamnya padahal korang dah ikut segala langkah-langkah yang aku taipkan tadi, so aku cadangkan korang format je lah komputer tu ya. pasti lepas itu komputer korang laju yang amat. hahaha.

errr. itu sajalah yang aku nak taip untuk entry kali ini. aku pun takde lah pandai sangat pasal komputer, but aku just kongsi tips je dengan pengalaman selama bertahun-tahun aku guna komputer ni. sayangilah komputer korang seperti korang sayangkan harta-harta korang yang lain tu. ;)

Fakta-fakta Yang Menarik - Part 3

selamat malam mehh.

rasanya dah 2,3 hari sejak kali terakhir aku post entry fakta-fakta ni kan. actually, aku rasa malas nak teruskan entry ni sebab dah berpuluh-puluh ribu blogger kat Malaysia ni dah buat entry pasal fakta. aku tak fikir pun ada orang nak baca entry aku ni. hahah. so aku anggap ni entry fakta aku yang terakhirlah kot.

1.anda terpaksa menggerakkan 54 otot di dalam tubuh badan anda setiap kali anda hendak melangkah ke hadapan.

2.orang yang menggunakan tangan kanan didapati hidup 9 tahun lebih lama berbanding orang yang menggunakan tangan kiri.

3.nama semua benua di dunia ini bermula dan berakhir dengan huruf yang sama iaitu huruf A.

4.wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

5.kucing tidak boleh merasa benda manis.

6.manusia akan hidup 5 minit setengah lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

7.pengcungkil gigi adalah objek biasa yang menyebabkan kematian tercekik bagi sesetengah rakyat Amerika Syarikat.

8.semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

9.ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun (wow!) dan boleh menghasilkan 30,000 biji telur setiap hari.

10.Olympus Mun yang terletak di planet Marikh adalah gunung berapi yang terbesar dalam sistem solar.

11.seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggal dan 240 bayi akan dilahirkan. kenapa? sebab pertambahan populasi dunia dianggarkan 140 orang seminit.

12.bilangan telefon di bandaraya Tokyo adalah lebih banyak dibandingkan dengan jumlah telefon seluruh Afrika.

13.raja Uganda, King Mutasa dianggarkan mempunyai 7,000 orang isteri.

14.tayar numat(berisi udara) diperkenalkan pada tahun 1888 oleh John Boyd Dunlop - seorang pakar bedah veterinar di Scotland.

15.masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening masing-masing sebagai tanda berkabung jika kucing kesayangan mereka mati.

haaa. itu je lah yang aku nak taip dalam entry kali ini. chowww.

Why Blogger, Whyyyyy???

assalammualaikum, selamat tengah hari, selamat sejahtera, what's up?

kali ni aku nak taip entry special untuk followers aku kali ni.

1st, aku nak ucap berbanyak terima kasih sebab korang sudi follow blog sampah aku ni samada korang baca or tak baca pun blog aku ni. tapi aku pasti ada jugalah blogger yang buka blog aku dan baca entries aku kat dalam blog ni. aku sikit pun tak kisah. apa ada hal? HAHAHA.

2nd, aku pun memang takde hal lah nak follow korang. yes, aku memang buka dan baca 2,3 post korang didalam blog masing-masing. ada yang menarik, ada juga yang suam-suam kuku macam entries didalam blog aku ni. HAHAHA.

3rd, aku memang kagum dengan kehebatan korang bermain coding untuk menghias blog masing-masing, ada yang sungguh cantik dihiasnya sampai aku jealous dibuatnya. lol. tapi ada juga blog yang buat mata aku 'berpusing-pusing' dikala aku cuba membaca post nya. HAHAHA.

4th, aku agak pelik sedikit bila ada orang follow blog aku, tapi tidak tinggalkan link. macam mana aku nak follow korang balik woiii. bijak sungguh. ubahlah setting supaya orang boleh lihat link blog kamu bila ada orang klik gambar kamu di bahagian Follower (Google Friend Connect) tu woii. nak hide pula, ingat ini FaceBook ke? cisss. HAHAHA.

5th, jangan salahkan aku kalau aku tidak follow blog korang balik sebab korang sendiri yang bijak pandai taknak tinggalkan link di ShoutMix aku. HAHAHA.

sampai sini je la aku taip kat keyboard laptop aku ni. chowww.

aku agak gila malam ini

HAHAHAH!

aku tak tahulah kenapa aku agak mereng malam ni. headbanging sana sini sampai naik sakit leher ni. hahaha. aku dengar lagu hiphop, aku goyang kepala. aku dengar lagu jiwang meleleh, goyang kepala juga. dengar lagu yang sepatutnya boleh buat aku tidur, pun goyang kepala juga. ini semua penangan lagu Tamilan Boyz - Goyang-Goyang la ni. hahah.

macam mana aku boleh tahu pasal lagu goyang-goyang ni? ni semua sebab pelajar-pelajar kaum india di hostel aku ni lah. diorang ni suka pasang lagu kuat-kuat sampai kadang kepala aku ni pun naik pening mendengarnya. bukan pening sebab lagu tak best, tetapi pening sebab diorang pasang kuat waktu malam lah. nak tidur pun susah. hahah.

tapi aku memang syok gila dengar lagu goyang-goyang ni sebab susunan muziknya sangat menarik. rancak gila sampai ber-headbanging aku ni mendengarnya. hahah. siapa yang suka mencuba mendengar lagu-lagu baru, bolehlah test dengar lagu ni. tak rugi wohh. kalau aku tahu bahasa tamil, maybe aku dah menyanyi lagu ni. serius wohh. hahah.

Apa Yang Anda Tidak Patut Lakukan Terhadap Blog Anda.

 kali ini saya nak terangkan tentang apa yang anda tidak patut lakukan terhadap blog anda;
  1. anda tidak patut letak LAGU di blog anda kerana bukan semua orang suka menikmati lagu sambil membaca post di blog anda. tetapi kalau anda memang teringin sangat-sangat hendak letak lagu, pastikan anda mempunyai satu playlist yang ada beberapa lagu didalamnya kerana orang tidak suka mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali. (jangan marah ya kepada sesiapa yang letak lagu dalam blog tu. lagu anda memang sedap-sedap belaka. serius ni. hahaha)
  2. anda tidak patut meletak terlalu banyak sangat gadget 'SAMPAH' kerana ia akan melambatkan masa untuk loading ke blog anda. anda kena ingat kerana tidak semua orang mempunyai internet yang laju untuk membuka blog anda dan tidak semua orang juga yang mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menunggu waktu loading habis apabila hendak masuk blog anda.
  3. elakkan header yang terlalu besar kerana orang PASTI rasa sangat menyampah apabila terpaksa scroll ke bawah banyak kali hanya untuk mencari post anda sahaja. cuba anda bayangkan; header punyalah besar, tetapi isi post nya sedikit. anda pasti akan sakit hati, kan? anda jangkakan anda akan dapat baca post yang best setelah scroll entah sudah berapa kali hanya untuk 'menghilangkan' header besar tu dari skrin laptop anda.
  4. last but not least, cubalah ubah setting anda supaya blog anda sekurang-kurangnya ada lima atau lebih post didalam satu halaman. rasa sangat-sangat sakit hati apabila sedang seronok membaca blog anda, tiba-tiba ada 2,3 post sahaja pada setiap halaman blog anda. terpaksa ke halaman yang seterusnya dan terpaksa lagi menunggu masa untuk loading. FFFFFFUUUUUUUUU!!!11! hahaha.
jangan marah ya pada sesiapa yang terasa sakit hati apabila membaca post saya ini. ini hanyalah sekadar pendapat saya je. kreatif itu terpulang pada hak masing-masing. saya hanya taip aje apa yang terlintas di fikiran aku ni. (perghhhh, formal betul ayat aku dalam post kali ni. HAHAHA!)

Selamat Ber-Blogging ya.

02 February 2011

Blog Walking

ok. aku nak taip tentang BW a.k.a Blog Walking

aku tengah dalam mood untuk blogwalking, moonwalking dan sebagainya sekarang ni. so aku dengan secara tiba-tibanya rajin hendak meninggalkan 'kesan taik' aku di blog-blog orang lain. ok, perkataan taik tu agak tak senonoh, apa yang aku maksudkan ialah aku tinggalkan link blog aku ni di blog orang lain.

aku buka dan baca 2,3 post didalam blog yang aku buka itu. kalau aku rasa blog itu menarik untuk diikuti, aku akan tinggalkan link aku di shoutmix dia atau apa-apa pun lah then aku akan sendiri akan follow blog berkenaan.

bukan nak menghina atau apa pun, but sesetengah blog itu agak menyakitkan biji mata aku ni untuk membaca post didalamnya. contohnya la kan; background warna putih, tulisan warna kelabu putih2 sikit, hampir tak boleh dibaca kan, betul tak? kreatif biar bertempat,  tapi jangan over kreatif sampai orang lain sakit mata, sakit otak disebabkan blog kamu. lol lol joke.

apa-apa pun, kalau korang hendak menambahkan ramai kawan baru sama ada kawan di blog je atau kawan betul, korang bolehlah join Kami Si Blogger & Sahabat Blogger. aku nak bagi link, but ni bukanlah page, tapi ianya Group. so korang kena search sendiri di Facebook. lepas tu pandai-pandailah request nak join ya. akhirnya korang bolehlah meninggalkan 'kesan taik' korang di group berkenaaan supaya orang ramai boleh menge-add anda di blog. hahahaha.

dah minta di add tu, rajin-rajinlah pula add blog orang lain ya.