penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

30 December 2011

perihal maharaja lawak mega

oh hai

susah betul nak menaip guna Samsung Galaxy Tab 10.1 ni ek? HAHA. ok, aku pasti ramai tengah tengok MLM sekarang ni. but aku just lepak dalam bilik ni  je coz tak minat sangat nak tengok MLM. biasalah, aku ni dah lama sangat tak tengok tv, so memang aku dah tak berminat nak tengok mana2 channel hiburan KECUALI channel berinformasi seperti Discovery Channel, History Channel & National Geographic. tetapi kalau balik rumah, sempatlah tengok MLM ni sekejap untuk 5-6minit je.

berdasarkan berita2 yang aku baca di blog hiburan semenjak dua menjak ni, aku perhatikan nama Datuk Chef Wan agak "HOT" dihimpit berbagai kontroversi dengan peserta2 MLM ni ek. mula2 aku tengok entah apa nama mamat dari kumpulan Bawel Power tu keluarkan statement tak puas hati pada DCW. lepas tu Adlin suam2 kuku tu pula kutuk DCW after dia tersingkir dan malam tadi Afdlin Shauki "OTAI BESOR" pula keluarkan statement 'kutuk dalam diam' kepada DCW, kononnya nak back-up kawan2 dia yang dah tersingkir dari MLM. cehhhh.

tapi aku memang nak tergelak tengok gelagat 3 orang manusia ni sebab masing2 langsung tak nampak professional bila keluarkan statement begitu. kononnya PELAWAK OTAI, but langsung tak boleh terima kritikan pedas daripada DCW. bila dah tak kelakar tu, maknanya tak kelakar lah oii. lainlah kalau para juri tu dah diberi rasuah untuk memuji korang walaupun korang buat lawak bangang tahap dewa sekalipun. aku sempatlah tengok beberapa babak DCW beri komen pada peserta2 MLM ni, but you know what? aku setuju dengan segala komen yang dia berikan. komen2 yang dia lontarkan memang tepat sekali dengan apa yang aku fikirkan dalam kepala otak berjambul aku ni.

oh ya, aku bukanlah nak back-up DCW ke apa, but aku just sokong dengan apa yang dia kata kan je dan DCW pun tak patut ler bagi komen panjang lebar selepas pertandingan tu habis walaupun pihak astro beri arahan untuk berbuat demikian. just bagi komen pendek, tetapi penuh info kira bagus dah. ini dia menaip macam nak buat essay. LOL. lagi satu, aku rasa DCW ni dah terlalu lama sangat menggunakan bahasa inggeris kan sampai segala komen yang dia berikan pasti 50% BM + 50% BI. tak pernah full BM. HAHA.

btw, aku rasa ADLIN sangatlah bangang dengan cuba mengajak DCW bergaduh ayat di facebook. BANGANG, BANGANG, BANGANG bak kata Sokernet. aku tak pastilah samada Adlin betul yang ajak atau admin page Adlin tu yang cuba nak "berperang", tetapi yang pasti dengan buat camtu memang membuatkan kebangangan nya sungguh terserlah. oh ya, baru aku perasan, sewaktu episod dimana Adlin & Bawel Power terkeluar, aku tertanya2 juga kenapa Adlin & BP tiba2 je beri kata2 terakhir mereka di pentas MLM tu dengan menggunakan bahasa inggeris, adakah ini bertujuan untuk menyindir DCW yang selalu menggunakan "Bahasa Rojak" ketika memberi komen? *FACEPALM


p/s: Samsung Galaxy Tab 10.1 sangat best dohh!


UPDATED:
OSBON menang. aku tak tahu apa jenis jenaka yang diorang buat, tetapi kira ok lah tu. OSBON lebih layak sebab mereka sangat COOL, kan? tidak seperti Afdlin yang "berani mati" memberi komen tentang DCW sehari sebelum pertandingan akhir MLM ni. lepas tu berani pula peluk DCW didalam pertandingan tu tadi. BANGANG, BANGANG, BANGANG. so, selepas ini AFDLIN "OTAI BESOR" pasti akan keluarkan statement DCW yang buat team Boboi kalah di facebook nanti. just wait and see saja lah. LOL.

10 December 2011

rantai burung hantu haram? kesian burung hantu.

oh hai peeps.

aku memang dah lama tak update blog dan aku langsung tak memberi seketul taik tentang blog ini lagi. tetapi entahlah tiba2 je aku terbuka pula 1 link artikel tentang burung hantu punya rantai ni semalam. aku kesian dengan burung hantu ni sebenarnya, rantai dia juga yang jadi topik hangat sekarang ni. kesian kesian.


hodoh nak mampus rantai ni rupanya..
matanya boleh diletak camera mini, buat skodeng orang lah bro.


so, seperti yang aku agak, yang kecoh-kecoh ini semua pasti ada kaitain dengan freemason, illuminati. biasalah, ini kes banyak sangat tengok the arrival lah ni. entah siapalah yang nak tengok video lebih 50 episod tu? aku pasti ramai orang dah off video tu bila masuk minit ke-2 didalam episod pertama sahaja. mehh.

jajajaja, aku tahu pasal dajjal apa semua tu yo, bukannya aku tak pernah belajar agama. so kamu tak payahlah nak cuba berkata-kata "kau sanggup buat bodoh je tentang dajjal ni? dunia dah akhir zaman dah, kafir kau ni izzat." pada aku. tetapi sebenarnya aku tidak memberi seketul tahi pun tentang rantai HODOH sebegini. siapa yang nak pakai rantai HODOH sebegini, ek? tak tahulah kalau-kalau ada blogger nak kata "ini style zaman sekaranglah, bodoh" pula pada aku dan ini tak lupa juga pada yang akan menjadi ustaz & ustazah pilihan yang akan reply "tak boleh letak gambar menyerupai manusia bla bla bla bla bla bla bla didalam rumah" pada aku juga nanti. aku tahu semua itu lah, bodoh.

tetapi lepas kamu semua baca blog tu, ada lagi ke yang nak kata rantai HODOH ni style zaman sekarang? HAHA. by the way, kebanyakan orang yang pakai rantai tu, memanglah nawaitu mereka hanya sekadar nak pakai rantai untuk bergaya, am i right? aku tak tahulah kan kalau-kalau rantai tu ada aura freemason dan illuminati yang boleh menyesatkan iman seseorang selepas memakainya pula, kan. HAHA.

so, kamu semua sepatutnya BERTERIMA KASIH pada tuan empunya blog tu yang telah BAIK HATI memberitahu tentang freemason/illuminati apa semua ni ya. aku pasti dah elok-elok ramai perempuan mahupun lelaki membeli rantai tersebut dengan niat hendak bergaya sahaja, tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut kerana ada orang beritahu "Ini semua kerja dajjal! freemason! illuminati syaitan! bla bla bla" dan seterusnya didalam blog.

aku tertunggu-tunggu jika ada blogger nak beritahu bahawa kereta, bangunan, makanan, rumah mahupun pakaian aku (kamu semua juga) ini pun ada aura freemason. so lepas ni semua manusia boleh berbogel dan tinggal di tepi jalan tanpa sehelai wang (wang/pakaian pun illuminati lah bro) pula. HAHA


pakai ini lagi bagus daripada owl necklace HODOH tu.

09 November 2011

cinta muka buku?

oh hai, selamat pagi. 

baru aku sedar rupanya dah 3bulan lebih aku tak update blog sampah aku ni. kalau sampah betul dibiarkan selama 3bulan, mau berulat = jadi lalat/lipas + berkulat agaknya. oh ya, pagi2 ni aku bukan nak bercerita tentang ulat sampah. takut nanti ada yang termuntah atas keyboard pc masing2 pula.

aku sebenarnya nak biarkan je blog ni terkubur begitu saja, tapi entahlah tiba2 je pagi ni datang satu idea untuk buat entri baru. nothing special sebenarnya. aku guna title "cinta muka buku" ni sebab lagu ni tengah famous sekarang ni kan walaupun aku hanya tengok video + dengar lagu dia tak sampai 20saat. (geli bulu ketiak tengok budak2 bercakap tentang cinta walaupun sekolah pun tak habis lagi. lol)

aku agak slowpoke sikit pagi2 ni sebenarnya, mata tak tidur lagi dari semalam sebab sibuk main GT4 di PS2 sampai ke waktu subuh tadi. lol. oh btw, apa yang aku nak katakan disini ialah setelah bertahun2 aku buat akaun di laman sosial seperti Tagged, Myspace, Friendster, Facebook dan lain2 ni kan, aku perasan bahawa 85% orang2 yang sibuk 'menjaja' kisah cinta sendiri di profile masing2 akhirnya akan putus. tetapi dalam hal ni, aku merujuk pada Facebook a.k.a MukaBuku je lah ya. ok, so setelah aku amati selama ni, kebanyakan orang yang letak 'in a relationship with bla bla bla bahlol' @ "married to bla bla bla samdol" dalam profile masing2 akhirnya putus, clash, break-up dan yang bahasa sewaktu dengannya.

yang letak gambar pakwe/makwe dalam profile masing2 pun lama-kelamaan akhirnya putus. apa sudah terjadi? aku tidak pasti. tetapi teori aku mengatakan bahawa bila bercinta/bercouple/berpasangan ni, kita kena bersederhana saja. tidak perlulah hendak heboh dalam fb dengan meletak gambar BF/GF kamu, bangga pergi holiday sana-sini dengan yang tersayang lah kononnya. tidak perlu semua itu. ini tidak, pergi makan dengan si dia pun nak bergambar bagai. kalau makan candle light dinner ke, bolehlah accept juga. ini gambar makan dekat restoran fastfood je pun, lepas tu upload dalam fb guna BlackBerry lah, iPhone lah, apa lanciao mehh? alahai. ni memang confirm jenis attention seeker. nak cuba cari berapa banyak like kamu boleh dapat ek? ptuihh.

btw, aku nak bagi nasihat sikit lah ya. silalah bersederhana je ya bila 'bercinta' dalam facebook ni. tak perlulah sepanjang masa nak buat status jiwang2 utk kekasih masing2. takut nanti jodoh tak panjang, kamu pula yang rasa malu sebab selalu sangat kecoh2 tentang GF/BF tersayang, tetapi diakhirnya clash. dan lagi satu, tak perlulah nak 'in a relationship' sangat lah kan, macamlah ada orang peduli pula kalau kamu ni in a relationship pun. yang like2 status/relationship kamu tu pun dikalangan bestfriend kamu je. yang budak2 guna 'married to .....' tu lagilah bullshit.

31 August 2011

cara2 tukar ke Facebook chat lama semula. (Google Chrome & Mozilla Firefox)

*sticky post*

wasssssssssup

gua tengok ramai sangat yang membebel chat baru fb ni susah sangatlah, tak best lah. gua pun rasa IM baru ni susah coz gua tak tau sape yang online, sape yg tak online. lepas tu IM baru ni just tunjuk senarai orang2 yg kita berborak selalu je. so kalau lu ada 1000++ kawan, memang ini menyusahkan. HAHA. so disini gua nak kongsi tips simple mendapatkan semula IM lama fb lu orang tu hah.




kalau lu guna Google Chrome, memang senang je nak dapatkan IM lama tu semula. lu just perlu klik SINI je. so, kat dalam Script page ni lu just perlu tekan butang "Install" di atas kanan website tu hah.


so bila Install Popup tu muncul, lu just klik 'Install' kat dalam kotak tu. tadaaaaaaaa. dah siap install script tu kat dalam google chrome lu orang tu hah.


sekarang ni script dah installed. so lu orang kena LogOut dulu facebook lu tu dulu, lepas tu lu LogIn balik. so lu dah boleh nampak dah yang lu dah dapat semula IM facebook yang lama. ada puas hati tak? HAHA. kalau lu tak dapat tengok IM lama, maknanya lu kena bersihkan cache browser lu tu dulu. oh ya, lu boleh remove bila2 script ni masa je kalau tiba2 je lu rasa nak gunakan semula IM yang baru tu. HAHA.





tadi gua bagi tips untuk pengguna Google Chrome, so sekarang ni gua nak taip pasal dapatkan IM facebook lama bagi pengguna2 Mozilla Firefox pula. gua antara pengguna setia Firefox, so gua memang pasti akan gunakan tips ini. HAHA.

Firefox ni agak old school sikit, so lu kena install Grease Monkey dulu untuk menggunakan script untuk dapatkan IM facebook lama di Firefox. so lu boleh install Grease Monkey add-on di SINI. sila install, ok. penting.


lepas lu tekan butang "Add to Firefox" tu, nanti popup akan tanya nak install ke tak. so dah tentu lah kan lu kena tekan "Install".


so lu dah siap install Grease Monkey ni kat dalam Mozilla Firefox lu tu, kan. so lu boleh masuk page Script sama macam pengguna Google Chrome tu di SINI. butang "Install" di bahagian atas kanan website tu. sama je lah cara install macam step2 untuk pengguna Google Chrome tu, ok. gua malas nak terangkan banyak2. HAHA.

lepas dah install benda tu. lu bolehlah LogOut facebook lu tu dan lepas tu LogIn semula. kalau lu tak dapat IM lama, lu kena bersihkan cache browser lu ya. lu pun boleh remove Grease Monkey ni bila2 masa yang lu suka kalau lu nak gunakan semula IM baru di facebook lu tu, ok.

so sampai sini je lah gua punya tutorial. adios!

31 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.

so esok umat islam mula berpuasa. sekejap betul dah nak puasa, kan? gua rasa macam baru je 4-5bulan lepas je habis puasa. HAHA. sedar2 je, dah setahun habis berpuasa di tahun 2010 yang lepas. damn. oh ya, gua baru je habis bertarawikh tadi. alhamdullilah. walaupun orang tidak ramai di masjid saujana impian tadi, tapi kira ok lah kan. tapi bila gua singgah Tesco tadi, ehh ramai pula orang dekat sini. agaknya semua 'bersolat' dekat sini tadi kot. HAHA. ramai gila sampai gua pun tak jadi nak beli apa2 barang pun tadi. takpe lah, maybe orang ramai berpusu2 datang shopping malam2 ni sebab nak berbuka esok, kan.

so gua disini nak ucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog buruk gua ni, ya. jangan ponteng puasa dan tolong kurangkan berdating, nanti batal puasa pula. HAHA. ok, gua gurau2 saja tu.


semoga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding tahun2 sebelum ini.


Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 5)

oh hai. maaf ler. lama tak update. gua agak busy sejak 2-3hari ni. banyak benda nak dibuat memandangkan bulan ramadhan dah nak bermula esok hari.



29 July 2011

kerosakan kereta bernilai jutaan ringgit di Monaco

wassup?

gua dah 2-3hari tak buat entri rasanya. so kali ni gua ada 1 berita yang boleh buat peminat kereta rasa terharu, sedih dengan kejadian yang berlaku ni. HAHA. gua sebagai peminat kereta pun rasa nak hantuk2 kepala bila terbaca berita kemalangan yang berlaku ni. damn.


gua rasa lu sendiri boleh nampak apa yang dah berlaku dalam gambar ni kan? huh. sakit hati wohh tengok gambar kereta2 mewah  + supercar boleh jadi camni. ok, so kejadian ini berlaku dihadapan Monaco's Du Place Casino dan ia membabitkan 5 buah kereta mewah yang dianggarkan hampir RM7 juta. yaaa, RM7 JUTA tu! kereta yang terbabit didalam kemalangan itu ialah Bentley Azure(bernilai RM2.4 Juta), sebuah Mercedes S-Class(RM700 Ribu), sebuah Ferrari F430(RM1.4 Juta), sebuah Aston Martin Rapide(RM1.4 Juta) dan juga sebuah Porsche 911(RM780 Ribu). WOW.

mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak Sky News (sebuah syarikat penyiaran di Britain), kejadian itu berlaku apabila pemandu Bentley itu telah bergesel dengan pintu Mercedes sebelum menyeret Ferrari F430 yang kecil cenonet dan selepas itu ia merempuh Aston Martin dan Porsche pula. *facepalm*

p/s: kaya, mampu beli kereta mahal2, tapi tak pandai nak mengawal kereta itu. oh ya, Bentley memang sebuah kereta yang tersangat2 besar ya. kalau Bentley rempuh Kancil, memang Kancil jadi besi buruk je lah. takde effect agaknya Bentley ni. HAHA.

credit to: DUBdaily

27 July 2011

nota untuk followers dan bakal-follower blog aku

oh hai.

selamat tengahari mehh. dah lama aku tak buat entri waktu camni. selalunya waktu malam or waktu awal pagi je aku buat entri baru. HAHA. oh ya, ni adalah entri aku yang ni ditujukan khas untuk followers aku yang sedia ada ni dan juga nota untuk orang yang nak follow blog aku pada masa akan datang nanti.

aku bukan nak kurang ajar ke apa, tapi please follow aku kalau korang betul2 berminat nak dengan blog aku ni. jangan hanya kerana ada 1 entri dalam blog aku ni yang 'best' bagi korang, korang terus nak follow apa semua ni. aku tak suka orang follow blog aku kalau kamu ni hanya berminat baca 1 je entri dalam blog aku ni. rasa macam membazir je aku buat entri banyak2, tapi aku sorang yang nak baca. tapi kalau taknak follow, dan cuma nak jadi silent reader pun ok juga. gua takde hal lah bro/sis. HAHA.

tapi aku juga tak harap pun ada orang nak baca segala entri aku ni. because there is nothing special about my blog. HAHA. so yes, please do follow me if you really interested to be my follower. well, i'll try to update it everyday with more interesting entries just for my followers and silent readers. thank you, i love you too. HAHA

Angry Birds

oh hai peeps.

skrg ni sudah pukul 6am. yess. sudah dekat waktu subuh, dan aku masih belum lagi tidur. HAHA. biasalah, aku ni spesis nocturnal. so that means aku aktif waktu malam, dan membuta je waktu siang sampai ke petang. HAHA. pagi2 blur. gilo gapo aku ni.

oh ya, aku bukannya slowpoke ya. aku sejak awal tahun yang lepas lagi dah install game Angry Birds dalam pc aku ni. cuma baru2 ni je aku agak aktif nak menghabiskannya. HAHA. tapi baru2 ni juga aku dah update game AB aku ni kepada Western Style camtu lah kot sebab ada tema ala2 cowboy gitu. dan apa yang pasti, tema cowboy ni sangat2 ler susah. dapat 1star & 2star je. adehhh. selagi tak habis western theme ni, selagi tu aku takkan install versi RIO punya. HAHA.

so ini lah intro game ni. menarik. gambar burung dengan babi. LOL


169/189 star tuuu. tertinggal 20 star lagi. HAHA


stage pertama. semua 3 star. (senang sangat. HAHA)

masa ni stage 3-1. korang boleh nampak begitu banyak babi hijau disitu. HAHA

burung merah terbang tepat ke arah TNT. wooot!

selepas beberapa insiden bom meletup, batu terbang sana sini, so inilah score yg aku dapat.

menarik huh? kalau ada yang masih tak tahu mana nak cari game ni, errr... tanyalah Pakcik GOOGLE ya. HAHA. oh ya. ni ada 1 info lagi. Angry Birds versi PC lebih menarik & banyak level berbanding versi iPhone, iPad etc ya. tapi tu lah, dekat PC tak boleh nak touchscreen pula. damn!

untitled

selamat malam meh.

gua sebenarnya langsung tidak ada mood hendak berblogging sekarang ni. sebab gua rasa, entri2 gua sekarang ni terlalu sampah berbanding2 entri gua 5-6 bulan yang lepas. oh ya, yang dulu2 tu pun entri bangang2 juga, tapi gua rasa entri yang sekarang ni lagi bangang daripada yang dulu. siapa setuju? #LOL

gua rasa dulu lagi banyak gua menaip berbanding sekarang. sekarang ni gua banyak post gambar2 je sebab memang gua tiada idea hendak buat entri baru. ya2, gua tahu, pasti lu akan cakap "dah tau takde idea nak buat entri, buat apa ko gatal2 tangan nak update blog ko yang buruk ni, gila!" HAHA. gua tak kisah semua tu. apa ada hal bro? lulz.

gua perasan, sesetengah blogger boleh buat entri baru setiap hari, setiap jam, setiap saat sebab mereka banyak buat entri tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka seharian. kalau gua ni, gua taknak ar asyik nak bercerita tentang hidup gua. memang ini blog gua, tapi rasa bosan ler kalau hari2 post entri gua pergi makanlah, gua pergi jalan2 lah. HAHA. lebih2 lagi gua ni lelaki, ada sesiapa kat sini nak baca kehidupan gua? kalau gua ni perempuan, maybe ar ada yang SUDI dan RAJIN nak baca entri tentang aktiviti harian gua. HAHA. oh ironinya, gua sibuk berkata2 tentang taknak taip entri tentang kehidupan gua, tapi gua sendiri yang tengah buat entri berkaitan hidup gua sekarang ni. #LOL

MOOD. OII MOOD. DATANGLAH KAT GUA NI OII. GUA NAK BUAT ENTRI YANG BERNAS SIKIT BERBANDING ENTRI2 BANGANG YANG SEDIA ADA SEKARANG NI OII.

26 July 2011

Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 4)

oh hai.

ini ialah part 4 untuk gambar2 yang gua kumpul selama ni. actually dah tak banyak yang gua dapat kumpul sebab internet problem sekarang ni. slow bebenor. haisyy.




25 July 2011

Botol Shisha Rekaan Porsche

oh hai peeps.

lu suka hisap shisha? gua pasti ada yang suka shisha, dan ada juga yang tak boleh tahan dengan bau shisha yang kuat pekat melekat tu, kan? HAHA. so disini gua nak perkenalkan botol shisha yang direka oleh pembuat kereta terkenal german iaitu PORSCHE. yaaa pembaca2 sekalian, PORSCHE design botol shisha.

gua rasa rekaannya sangat menarik. dah terlalu bosan tengok botol2 shisha yang ada dipasaran sekarang ni. design sama, corak & warna je yang lain. sekurang2 nya yang ini boleh jadi hiasan rumah sekali. HAHA. so setakat ni shisha rekaan porsche ini hanya boleh didapati di kedai barangan mewah HARRODS yang terletak di London sahaja. 

The Porsche Design Shisha ini berukuran 55cm (21.7inci) dan dibahagian atasnya di terdapat logo porsche yang diperbuat daripada aluminium, manakala yang lain2 diperbuat daripada bahan TecFlex.

credit to: DUB Daily

20 July 2011

contest & hadiah mengarut2

oh hai.

gua bukan nak buat contest pun. tapi gua nak bercakap tentang contest yang para blogger di dalam dunia internet ni suka anjurkan. gua bukan nak condemn sesiapa lah kan. tapi gua nak tertanya2 juga kenapa lu orang ni suka buat contest sampai 2-3bulan baru nak umum nama pemenang? ini bukan contest petronas ke apa.

kalau lu boleh bagi hadiah yang bernilai atleast RM100++ tu pun kira bagus lah. tapi ni bagi hadiah yang bernilai bawah rm50 je pun. lepas tu merepek2 je hadiah. alahai. dahlah hadiah bangang. lepas tu nak buat contest lama2 sampai sebulan, 2bulan, 3bulan baru nak habis. bangang, bangang, bangang. kalau dapat hadiah kereta ke, hadiah rumah ke, bagus juga kan. HAHA.

gua tahu lu pasti guna alasan bangang lagi sampah iaitu "Siapa nak bagi rm20 free oii cibaiiii! easy money woi!" heh. rm20 free? gua minta kat abang gua pun dia boleh bagi free apa? dan yang pasti, tak perlu nak tunggu 2bulan baru dia nak bagi rm20 kat gua. on the spot dia bagi. HAHA. puas hati dengan jawapan gua tu? kalau lu tak puas hati lagi, sila pergi mati.

inilah dia typical blogger. nak dapat rating, view yang tinggi dengan buat contest menarik, tetapi boleh menang hadiah yang mengarut2 dan perlu tunggu sampai sebulan dua baru nak umum pemenang. lepas tu kalau nak join, kena like facebook fan page dululah, itu lah, ini lah. lepas ni maybe lu suruh orang add page lu kat myspace, friendster, google+ apa semua tu pulak kan. apa salahnya just suruh diorang promosi nama blog lu tu je di blog diorang je? heh.

gua tak kisah lu nak buat contest ke apa. itu memang bagus. menggalakkan persaingan sesama blogger. TETAPI PERLU KE TUNGGU SEBULAN DUA UNTUK UMUM NAMA PEMENANG UNTUK HADIAH SECIPUT TU JE? itu je gua nak tanya lu. PERLU KE, HAH?? no wonder lah tak banyak orang nak join contest2 camni kalau dah hadiah mengarut2 dengan masa nak umum nama pemenang yang begitu lama. tapi lu apa kisah, ya tak? asalkan view, ranking blog lu mencanak2 naik dalam masa tarikh contest tu berlangsung, itu lu dah cukup puas hati, kan? HAHA. dan lagi satu ek, kalau camni lah cara2 nak naikkan rating & view blog dengan pantas, memang tiap2 bulan gua buat contest pun boleh. lepas tu bagilah hadiah RM20-RM30 je. apa kisah setakat keluar rm50 je tiap2 bulan, ya tak? HAHA.

p/s: oh ya, kalau lu BUTTHURT, sila angkat bontot lu yang sakit tu, lu belok kanan, lu belok kiri, lepas tu sila pergi mampus. adios.

19 July 2011

janganlah cerewet sangat!

selamat malam mehh.

so malam ni aku nak taip sebuah entri tentang manusia2 yang terlalu memilih sangat tentang nak ber-couple ni. aku sedar, zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu lagi dah. dulu mungkin sikap cerewet itu masih tidak menebal didalam diri masing2, jadi mereka lebih tahu menghargai orang lain. dizaman ini, sikap cerewet masing2 menebal tinggi didalam diri masing2 sehingga aku sendiri tak tahu nak bercakap camne lagi dah.

sekarang ni, aku boleh cakap ar yang KEBANYAKAN orang nak pasangan yang hensem/cantik & berpoket tebal. kalau poket tak tebal pun, dapat yang kacak/cantik tu pun dah kira cukup baguslah, ya tak? kalau muka macam tongkan pecah, tetapi berpoket tebal, itu pun dah kira ok. tetapi kalau muka takde, duit pun takde, tapi ada kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana2 macam motor ke, kereta ke, itu pun orang terima. HAHA.

what? aku taip apa yang benar je. memang zaman sekarang ni, zaman materialistik. zaman orang pentingkan kebendaan dan juga pentingkan paras rupa. biarlah sikap teruk sekalipun, tetapi kalau ada rupa, ada harta, pasti ada orang nak juga. am i right? HAHA. aku rasa, paling kelakar bila ada orang buat senarai ciri2 yang perlu ada pada seseorang tu sebelum nak ber-couple. walaupun ramai orang cakap nak dapat lelaki atau perempuan penyayanglah, baiklah, caring lah, tapi akhirnya wajah/harta juga yang dipilih. betul? tak betul ek? apa ada hal.

ok2. aku silap ar pasal harta apa tu sebab orang tak pandang harta sangat. kebanyakannya pandang wajah yang hensem/cantik menarik tertarik ko memang da bom je lah. HAHA. tu pasallah kadang2 aku rasa nak gelak siap guling2 atas lantai lagi bila tengok orang putus 'cinta' sebab memang dah ternyata, korang ni dah salah pilih kekasih. nak sangat yang kacak/cantik kan, so kena ar pandai jaga. biasalah, bila ada rupa ni, 'maintenance' tinggilah dohh. tak pandai jaga, memang senang2 je disambar orang lain. HAHA. korang kena ingat tu, tidak semuanya yang cantik diluar, didalamnya juga cantik seperti luarannya. TIDAK SEMUA, ok.

aku pelik, ada yang hatinya telah berkali2 dikecewakan oleh orang2 yang ada rupa ni, tetapi dia masih lagi hendak mencari pasangan yang wajahnya hensem/cantik. kenapa? kenapa? aku tidak pasti. tetapi mungkin sebab mereka yang ada rupa ni lebih pandai bergaya dari orang yang sikap & hatinya baik tu. orang kata "lebih nampak BadAss" begitulah agaknya. ini pendapat aku je. HAHA.

kena sedar, orang tidak berduit, tidak mempunyai rupa yang menawan itu, mungkin hatinya lebih baik. lebih pandai menyayangi & menghargai diri korang andai diberi peluang hendak ber-couple. mereka juga mempunyai perasaan macam manusia yang lain, ok. tidak salah hendak mencari yang hensem/cantik, tetapi berjaga2 lah. andai diri telah ditipu berkali2 dengan orang begini, apa salahnya korang cuba 'longgarkan' sedikit syarat2 hendak ber-couple korang tu. korang tak rugi apa pun. entah2, korang bertemu cinta sejati korang ke. manalah tahu kan. andai ada jodoh.

oh ya, entri aku bukan bermaksud hendak cemburu pada sesiapa pun. tetapi ianya cuma sekadar memberi pengingatan sahaja. korang nak ikut, taknak ikut, itu korang punya pasal. kubur lain2 lah kata orang. aku buat post ini sekadat nak mengingat je yang kita tidak boleh terlalu cerewet dalam hendak ber couple ni. kalau letak ciri2 yang terlalu 'perfect', memang sampai ke tua lah korang takkan berkahwin. HAHA. so, janganlah cerewet sangat!

couple berkali-kali, tetapi cinta sejati hanya muncul sekali sahaja dalam seumur hidup...

mesej2 merepek dari iPhone.

selamat petang mehh.

minggu ni gua agak aktif sikit nak buat entri baru. lu orang taknak baca, takpe. gua takde hal lah bro & sis sekalian. ini blog memang gua buat suka2 untuk gua baca sorang2 je. HAHA.




18 July 2011

ianya betul-betul menyedihkan...

ianya.... betul-betul.... menyedihkan....




Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 3)

selamat malam lagi skali.

ok, so ni post yang ke-3 untuk entri G.M.Y.A.K aku. enjoy.







header baru

wassuuuuuuuuuuuupppppppppppppppppppppp???????

selamat malam mehh.

so kalau korang perasan, aku dah tukar header baru.

actually rekaannya sama je macam header lama.

cuma yang baru ni boleh berkelip2 je lah. HAHA

ok, tu je yang aku nak taip untuk entri ni.

adios!

Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 2)

selamat tengahari mehh.

ok bro & sis sekalian. ini adalah post GMYAK part 2. kalau korang ni main serbu je baca part 2 terus dan masih belum baca part 1, so korang boleh baca part 1 disini.


 


Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 1)

wassuuuuuuuuppppppppppppp bro & sis sekalian.

sebulan berlalu, sampai dah bersawang dah blog aku ni. HAHA.

so malam ni aku nak post gambar2 merepek je lah. takde idea nak buat entri apa pun. ni aku main bantai je lah letak gambar banyak2. HAHA

aku akan post dalam 10 gambar je lah dalam setiap entri untuk Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (GMYAK) ni.




06 June 2011

Jenis-jenis manusia didalam dunia internet ini

ok. ini ialah pic yg dibuat masa zaman myspace dulu. so ni pic lamalah. mungkin korang pun pernah tengok pic ni. walaupun tertulis myspace disitu, tapi ia boleh juga di apply ke facebook, tagged dan juga lain-lain dunia sosial internet ni ek. hahah. actually aku tak tau apa yg aku taip kan ini. adehh.



HAHAHAHA

25 April 2011

kehidupan lama (edisi Sandarkan Pada Kenangan.)

oh hai.

selamat malam mehh.

aku nak taip sedikit isi hati, isi otak, isi perut aku tentang kehidupan lama aku ni. ada orang setuju tak kalau aku katakan yang korang pasti rindukan kehidupan lama korang? kehidupan yang tidak bergantung pada mana-mana teknologi yang ada zaman sekarang ni. well, aku bukan cakap pasal teknologi kereta ke apa, but teknologi IT ni hah. komputer, handphone, internet, facebook, bla bla bla. (aku tak pasti pun ada orang nak baca blog aku ni. HAHA.)

aku nak sandarkan pada kenangan sebentar. tak salah bukan? HAHA. ayat skema babi tul entri aku ni. hmm. sebenarnya aku rindu pada kehidupan lama sebab aku tak perlu bergantung pada teknologi IT ni semua. aku masih ingat lagi, aku still bermain di taman dengan kawan-kawan aku ni sampai umur aku 14tahun. selepas tu, dah kurang dah. cuma banyak berjumpa kawan-kawan di sekolah je. lepas habis sekolah, terus kurang masa nak berjumpa. almaklumlah, masing-masing ada hal sendiri. masuk U sana, masuk U sini. kerja sana, kerja sini. bila pula nak berjumpa, kan? buatlah reunion tiap-tiap tahun sekalipun, belum tentu semuanya hadir.

aku mengaku yang aku ni tak begitu mendalam dalam bab teknologi ni ke apa sebab aku dah masuk U baru aku sedar tentang semua ni. masa waktu sekolah dulu, aku mana ada handphone pun sehingga umur 15tahun. dah dapat handphone pun just buat hiasan je. bukan ada nak aweks nak sms or call aku pun. HAHA. aku umur 18tahun baru dapat guna internet dengan sebetul-betulnya. sebelum tu banyak online di CC je. pergi CC, buka friendster or myspace (facebook belum famous lagi masa ni.) HAHA. tapi ya lah, makin canggih teknologi, makin jauh hubungan masing-masing. kalau dulu nak berborak, pasti lepak dikedai mamak ke apa. lepas tu boraklah sampai lebam. HAHA. tapi sekarang ni kalau nak berborak just guna handphone je, facebook ada, YM, Skype apa semua tu ada, kan. bak kata siapa entah aku tak ingat "teknologi dihujung jari anda" je katanya. memang teknologi dihujung jari, tapi hubungan sesama manusia ni "dihujung tanduk" pula.

jadi, aku kira, aku ni antara orang-orang bertuah yang ada memori indah bersama kawan-kawan sendiri. bukan memori camtu-camtu je, tapi yang lebih hebatlah kan. pergi mencuri gula-gula(LOL), main mercun bersama, main gelongsor bukit sana sini, keluar beramai-ramai dengan niat untuk pergi bermain-main di taman atau yang sewaktu dengannya. ya, sekarang ni pun budaya lepak keluar beramai-ramai tu masih ada, tetapi korang ni lepak di shopping malls je. tak bermakna langsung. lepak, tengok wayang, tangkap gambar macam photographer betul. (LOL) itu membosankan, bro.

benda yang sama korang ulang-ulang tiap-tiap minggu. sekejap pergi pavi, sekejap pergi klcc, sekejap pergi mid, sekejap bb pula. itu je lah kan yang korang tahu. HAHA. tapi, dengan teknologi canggih ni lah yang meluaskan lagi jurang antara manusia ni. adanya twitter, facebook, myspace ni semua, manusia dah makin sukar hendak berkomunikasi secara berdepan antara satu sama lain. dulu kalau takde pun laptop ke, handphone ke, internet ke, aku masih boleh lagi menikmati kehidupan ni. now kalau takde hanphone, laptop apa semua benda ni, pasti masing-masing rasa nak mampus kot. aku tahu, kita kena teruskan kehadapan, tak perlu toleh ke belakang semula.

aku tahu, kita kena menikmati teknologi yang ada ni. tapi aku sedar yang kita semua ni dah sampai satu tahap, kita bukan menikmati teknologi menikmati lagi dah, tetapi lebih kepada ketagih terhadap teknologi ni. dulu handphone takde wifi, takde screen colour, takde video call, takde touchscreen, org masih boleh je gunakannya. tapi sekarang ni berapa ramai yang sanggup nak guna handphone begitu lagi? dah ada iPhone, BlackBerry, HTC, bla bla bla. setahu aku lah kan, handphone ni bukan dicipta untuk buka facebook, main games, buka email, buat video call ke apa. ianya cuma berfungsi untuk menghubungi orang je. tapi tu lah, teknologi canggih. semua ada. "teknologi dihujung jari anda" lah katakan. mudahkan urusan kerja, tapi pada masa yang sama melalaikan kita. HAHA.

makin canggih teknologi, makin hilang budi bahasa kita ni. HAHA. kenapa pula aku taip camni? well, korang tengok je lah apa yang terjadi bila manusia menyalahgunakan teknologi yang ada. twitter, facebook, jadi medium untuk orang menghina orang lain. kutuk ex-bf lah, kutuk ex-gf lah, kutuk kawan sendirilah. yup, satu dunia boleh baca pula tu. memang TERBAIKKKK lah kan. HAHA. lepas tu kalau kena marah dengan bos, kena marah dengan pensyarah, terus orang buka facebook guna handphone, then letak status "babi betul bos @ pensyarah aku ni. ko ingat aku ni kuli batak ko ke, cibai?" (LOL). HAHA.

makin canggih teknologi, makin melalaikan kita dalam urusan kerja. kalau dulu semua orang bersungguh-sungguh buat assignments, buat kerja. tetapi sekarang ni bila ada free time je, terus online facebook, borak-borak sampai lebam. lepas tu bising-bising assignments tak siaplah, kerja tertangguhlah. dan yang paling penting sekali, ramai orang dah tak reti nak menulis termasuklah aku ni. HAHA. dulu note ambil depan-depan, now note semua terus download dalam komputer masing-masing je. camne tak malas menulis? assignment pun buat dalam komputer. dah takde lagi dah tulis assignment guna pen. so, memang teknologi ni buat kita naik lemak, membuatkan kita bertambah MALAS. HAHA. well, aku taknak 'sandarkan pada kenangan' sampai ke waktu kecil pula sebab tu dah jauh sangat. waktu kecil memanglah takde pun nak guna handphone laptop apa semua ni. HAHA.

well, dulu memang aku tak bergantung sangat pada teknologi ni sebab mungkin sebab keluarga aku bukanlah keluarga berada untuk beli teknologi yang ada. paling hebat pun ada tv, Hi-fi je lah. (bukan Wifi ya.) tapi aku tahulah juga tentang kewujudan handphone, komputer ni semua. aku pun ada juga teknologi canggih zaman tu iaitu Digivice (sila google kalau tak tahu benda ni apa.) tapi budak-budak sekarang ni advance lagi, diorang dah ada PS3, PSP, apa kisah pasal Digivice bodoh ni kan? HAHA.

nak taip camne lagi, permintaan terhadap teknologi canggih sekarang makin meningkat hari demi hari, setiap hari pasti ada je benda baru dicipta. dan makin canggih teknologi, makin ramai lagilah yang menyalahgunakannya. aku pasti ramai yang mampus bunuh diri kalau satu hari nanti komputer, handphone, internet apa semua ni tidak berfungsi lagi. bunuh diri sebab dah tak tahu nak buat apa dengan hidup ni. ada internet, boleh online. takde internet, apa yang ko boleh buat, hah? kalau aku dah tak dapat online, guna laptop lagi, mungkin aku akan teruskan balik minat membaca yang dah lama aku abaikan bertahun dahulu. yes, i'm fucking serious.

so tu lah sebab aku rindukan kehidupan lama. banyak benda yang aku tinggalkan dulu disebabkan terlalu ke 'hadapan' sangat sekarang ni. buatlah camne pun, there's no turning back. oh ya, aku sebenarnya tak tahulah aku bercerita tentang kehidupan lama atau keburukan teknologi ni. HAHA. korang fikirlah sendiri ya apa tajuk yang sesuai untuk entri aku ni.

maaf ya, panjang lebar sangat entri aku ni. entah ada orang ke tak nak baca. huh. tak sangka ambil masa sejam lebih aku nak buat entri ni je. dari pada awal pukul 7pm, sedar-sedar je dah pukul 8pm lebih. so now aku nak rehat. ciao.

23 April 2011

Tudung

oh hai. pe kabar?

TUDUNG.

yup. aku nak menaip entri tentang tudung. aku tahu, isu ini sensitif sedikit dikalangan wanita. tetapi aku ni lelaki, so aku takde rasa sensitif ke apa. HAHA. i'm just kidding. aku bukan nak kutuk ke apa, chill la der. tapi sindir tu adalah kot. HAHA. aku pun malas nak taip panjang-panjang sebab ini hari minggu, hari bermalas-malasan.

oh ya, aku tak tau apa jenis tudung yang ada diluar sana ya. so aku panggil jenis tudung tu ikut sesuka rasa hati aku je la ya. HAHA.

aku cuma nak katakan yang aku rindukan fesyen tudung 'lama' @ tudung bawal ke apa namanya tu. yang gadis-gadis dahulu dan sekarang selalu pakai. nampak sesuai & manis sekali bila melihat wanita Malaysia memakainya. mungkin sebab bentuknya memang sesuai dengan raut wajah orang Malaysia.

cuma..... sejak 2,3 tahun ini fesyen tudung 'lama' ni telah bertukar kepada tudung 'litup-buat-muka-nampak-bulat-macam-donut' pula. ada sesetengah orang je lah yang sesuai dengan tudung camni. tetapi aku boleh katakan 80% wanita Malaysia memang tak sesuai pun pakai tudung begini. muka sekejap nampak macam lonjong, sekejap cengkung macam alien, sekejap nampak bulat. nak jumpa muka yang sesuai memang rare sekali. HAHA. tetapi, itu pilihan masing-masing. gambar2 jenis tudung selepas 'read more'.

22 April 2011

tiada masa nak siapkan assignment? No Problemo.

aku tak pasti idea ini berkesan ke tidak sebab kebanyakan assignment kat U malaysia kena dihantar dalam bentuk nyata seperti buku or something like that. tetapi kalau ada assignment dihantar guna email, mungkin cara ni boleh digunakan.

sila tekan read more untuk lebih lanjut mehh.


iPhone? fikir 10kali dulu sebelum beli wehh!

oh hai lagi sekali.

kenapa aku tiba-tiba cakap pasal iPhone? aku bencikannya sebab aku tidak seberapa suka benda-benda rumit, canggih, seperti iPhone ataupun handphone model lain dipasarann sekarang ini. aku kutuk-kutuk ni tengok-tengok aku pakai handphone canggih juga, kan? HAHA. takde lah. aku masih lagi menggunakan handphone model 5tahun lepas iaitu Nokia N70 Music Edition. HAHA. aku takde wifi, kamera pun 2MP je. tidak seperti zaman sekarang, kamera sampai 10MP pun ada. damn.

sebenarnya aku agak lari tajuk sedikit daripada apa yang aku nak taip. HAHA. ok-ok. sebenarnya teknologi zaman sekarang ni memang boleh meng-detect korang pun walaupun dimana jua korang berada. apa maksud aku ni? ok. baru-baru ini terdapat sebuah maklumat yang mengatakan bahawa iPhone iaitu telefon bimbit buatan Apple ini menyimpan segala maklumat perjalanan korang secara tersembunyi tanpa pengetahuan korang dan ia menyimpan maklumat-maklumat tersebut ke komputer korang secara synchronize.

read more yo, read more.

cermin mata 2D

oh hai.

aku tak typo. memang aku taip 2D ya. bukan 3D. tapi apa kejadahnya benda ni?

benda ni sebenarnya ialah cermin mata 2D untuk orang yang tidak suka menggunakan cermin mata 3D apabila menonton wayang 3D di pawagam. so secara teknikalnya ialah kamu pergi menonton filem 3D yang berharga RM18 tu, tetapi apabila memakai cermin mata 2D ini, kamu terasa bagaikan menonton filem bukan 3D yang berharga RM10 je. ya-ya, aku tahu. bunyinya terlalu bodoh. baik menonton filem biasa je. jimat RM8 bai! HAHA.

but aku pasti, ramai yang mengadu pening kepala bila menonton filem 3D, kan? so inilah peralatan yang kamu perlukan! lepas ni tak perlu nak bising-bising pening kepala lah, nak muntah lah, nak terberaklah semasa menonton filem 3D! HAHA.

tekan read more untuk lihat gambarnya.

21 April 2011

Tahniah Real Madrid!

oh hai.

aku ucap tahniah bukan sebab diorang menang perlawanan pagi tadi ke apa. aku tak tengok pun, tidur lagi bagus. HAHA. apa yang aku nak taip disini adalah tentang pasukan kebanggaan ramai orang ini telah berjaya meng-famous-kan lagi diri mereka selepas Sergio Ramos secara tidak sengaja telah terjatuhkan piala "Copa Del Rey" yang mereka menang pagi tadi dihadapan sebuah bas yang bergerak.

begini agaknya reaksi wajah Sergio Ramos sewaktu terjatuhkan piala.

Oh ya, mereka celebrate dengan menaiki bas yang tiada bumbung ya. so, agaknya bangga sangat sampai terlupa diri. tengah sibuk mengangkat piala, tiba-tiba terjatuhlah pula kan. well, manusia tak perfect. semua orang melakukan kesilapan. tetapi terjatuhkan PIALA dihadapan jutaan penyokong? DISASTER sial! dahlah terjatuh, siap piala tu dilenyek bas pula. HAHA. setelah bertahun-tahun tak menang piala, tiba-tiba dapat disaster camni kan. nak buat camne lagi kan.

tak pasti samada piala itu piala betul atau replika je. apa-apa pun, layan aje lah video dibawah yang mengandungi SAAT-SAAT PENTING tersebut. wakaka.



SHIT HAPPENS, YO!

26 March 2011

Earth Hour dohh.

tutup lampu je, tetapi segala peralatan elektrik di on. HAHA.

pasangan kekasih lagi suka menyambut Earth Hour ni, boleh berdua-duaan dalam gelap. romantik gila dohh. candle light dinner pun bolehhh. HAHA

tak puas hati

gua marah ar, gua tak puas hati ar dengan lu ni bai!

ye ar, gua tak puas hati dengan lu, tahu tak?!

pasal lu tak puas hati dengan gua!

sebab tu ar gua tak puas hati!

dan gua juga tak puas hati dengan lu sebab apa lu tak puas hati dengan gua!

tu yang gua tak puas hati!


malam2 ni merepek

HAHAHAHAHAHAH

cheating? NO PROBLEMO!

lu nak menipu semasa Final Exam universiti/kolej? TAKDE HAL BRO!

ini gua ada sekeping gambar seorang "sifu" yang sudah terbukti kehebatannya didalam menipu exam. memang confirm boleh dapat 4 flat je CGPA dia setiap sem. HAHA.

25 March 2011

style baru mengikat tali kasut

tajuk macam haram jadah je entri aku kali ni. agak kebudak-budakan tajuknya. but who cares? HAHAH.

ya-ya, hari ni aku agak rajin membuat entri baru. aku tak tau la kenapa. aku dahlah sehari suntuk lepak dalam bilik je hari ni, so tu mungkin faktor penyebab aku jadi rajin sekejap hari ni. esok mulalah aku malas balik dan akhirnya blog bangang aku ni akan terbiar untuk berminggu lamanya...kot. HAHA.

kali ni aku nak pos gambar cara-cara mengikat tali kasut yang unik, lain dari yang lain. jadi, kepada bro sis yang agak kreatif atau ambil berat dalam bab berpakaian ni mungkin akan sukalah style baru ni kot. aku? aku malas nak buang masa buka then pasang balik tali kasut tu, menyusahkan. memang aku ni sejak azali lagi dah malas. HAHA.

sila tekan Read More untuk melihat gambar tersebut.

lagu FRiDAY versi Death Metal.

oh hai. it's me again. how are you mehh?

sekarang ni aku nak tanya, siapa pernah dengar nama Rebecca Black dan menonton video lagunya yang tengah hangat di internet sekarang ini iaitu lagu FRIDAY. ya-ya aku tahu, lagu ni memang terlalu shit, boleh bagi keluar segala taik telinga bila mendengarnya. HAHA.

but now, aku bukan nak share link video lagu dia yang terlalu 'auto-tune' tu, tetapi aku nak share lagu FRIDAY dia yang telah di 'Death Metal' kan. HAHA. di bahagian komen ada yang kata metalcore lah, itu core lah, ini metal lah. but aku tak peduli semua tu. aku memang headbanging mendengar lagu ni. over 9000 kali ganda lagi bagus daripda original version. LOL. bagi sesiapa yang tak pernah dengar lagu genre Death Metal ni, better slow kan sedikit volume tu. takut terkejut kena serangan jantung pula mendengarnya. HAHA. i'm just kidding.




HAHAHAHAHAHAHAHA

24 March 2011

tukar header baru

selamat malam mehh.

setelah seminggu lebih tak update, kali ni aku just nak buat pengumuman bahawa aku sudah tukar header blog ni kepada yang lebih cantik sedikit....kot. HAHA.



ini header lama. sangat bosan dengan design terlalu simple ini.




ini pula header baru. ya, transparent mehh. nampak canggih sikit. lol


so tu je la yang aku nak taip kali ni. ciao.

04 March 2011

Love is Friendship.

"What is love? Love is friendship. If she can't be my best friend, I can't be in love with her. Without friendship there is no love." - Anonymous

24 February 2011

Mac OS X Theme on Window 7

selamat pagi mehh.

aku malas nak taip banyak. aku cuma nak beritahu yang aku dah ubah theme window 7 aku kepada theme apple mac os x. ya-ya, aku miskin. tak mampu nak beli apple Macbook yang 2kali ganda lagi mahal daripada laptop aku ni. so dapat guna theme yang dah hampir skala 1:1 dengan theme apple betul pun dah kira cukup bagus. HAHA.

*sila tekan gambar untuk membesarkannya.


so inilah rupa desktop aku sekarang ini. semua butang itu berfungsi ya. sekian terima kasih. chowwww.

Window 7 versi GodMode wehh!

selamat awal pagi mehh.

dah pukul 4am dan mata aku masih lagi segar-bugar. maybe excited sangat kot sibuk google cara-cara hendak melajukan pc ni. akhirnya aku terjumpa sebuah artikel yang bertajuk Window 7 GodMode. wow. aku agak terkejut juga sebab aku nak tahu juga apa yang godlike sangat dengan window 7 ni. HAHA. actually benda ni dah lama di kantoi kan. sejak bulan januari tahun 2010 lagi orang dah bongkarkan rahsia ni. but aku baru tahu hari ni. HAHA. dan mungkin juga ada antara korang ni pun tak tahu kan. 

ini adalah feature rahsia yang terdapat dalam window 7. maybe window lain pun boleh kot? aku tak tahu. cubalah buat. btw, korang dan aku ni beruntung dapat tahu pasal benda ni. HAHA. window 7 ni memang banyak rahsianya yang tersembunyi. hanya pakar IT ataupun para hacker je yang boleh bongkarkan segala maklumat pasal window 7 ke, Mac OS ke. so para pengguna window 7 akan dapat sebuah program yang dipenuhi dengan sistem penting seperti cara-cara hendak tukar kelajuan mouse ke, cara hendak kuatkan volume ke apa, kiranya apa-apa je la yang penting. memang korang boleh cari sendiri apa semua ni di Control Panel. tetapi dengan benda ini, korang dapat menyelesaikan segala masalah dengan hanya 1 klik sahaja. tak perlu nak masuk folder itu, masuk folder ini.

nak buat GodMode ni senang je;

korang perlu buat sebuah New Folder di desktop dengan code ini;
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

lepas letak code itu, ia akan berubah menjadi macam satu program lah.

korang perlu double click untuk membuka program tersebut. didalamnya akan terdapat segala sistem yang korang mahu. so lepas ni tak perlulah nak buka Control Panel lagi. HAHA.

*sila tekan gambar untuk membesarkannya.


so puas hati tak? itu je la benda yang aku nak share pagi-pagi ni. kalau ada lagi maklumat penting, aku share lah lagi ek? chowwwww.

p/s: korang boleh tukar nama GodMode tu ke nama yang lain.

*credit to Techmynd

23 February 2011

quote of the day

"You Don't Have To Believe In Your Government To Be A Good Citizen. You Just Have To Believe In Your Country."


seorang lelaki dari China ditemui mati selepas 3hari berada didalam cybercafe

selamat malam mehh.

berita ini boleh dijadikan pengajaran buat aku dan orang-orang diluar sana mehh. so aku malas nak taip banyak dalam ni. so silakan terus membaca entri ini ya.

ok-ok, ceritanya begini ya; seorang lelaki di China ditemui pengsan sebelum meninggal dunia di cybercafe selepas dia dikatakan terlalu khusyuk bermain online game selama 3hari berturut-turut tanpa tidur dengan hanya minum sedikit air dan menjamah sedikit makanan sahaja. lelaki berumur 30tahun yang tidak dikenali berkenaan dikatakan telah membelanjakan hampir 10,000Yuan (RM4500) hanya untuk bermain game sebulan sebelum kematian beliau dan kes ini juga hampir sama dengan kes yang terjadi pada tahun 2005 di Korea Selatan apabila seorang lelaki berumur 28tahun ditemui mati selepas dia dikatakan bermain online game selama 50jam tanpa berehat.

gambar sekadar hiasan


wow. aku agak terkejutlah sedikit kan dengan berita ni sebab aku ni pun hardcore gamer juga. pernah sekali aku bermain game selama 20jam berturut-turut tanpa berehat sekalipun dengan hanya makan sedikit je makanan masa tu. tapi adalah stop sekejap bila TERPAKSA pergi ke tandas. HAHA

so. berwaspadalah ya. nak main game tu, bawa-bawalah berehat juga. selang satu jam, berehat. apa salahnya? biar otak relaks, mata relaks, badan relaks juga wehh. chowwwww.

*credit to BBC News.