so malam ni aku nak taip sebuah entri tentang manusia2 yang terlalu memilih sangat tentang nak ber-couple ni. aku sedar, zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu lagi dah. dulu mungkin sikap cerewet itu masih tidak menebal didalam diri masing2, jadi mereka lebih tahu menghargai orang lain. dizaman ini, sikap cerewet masing2 menebal tinggi didalam diri masing2 sehingga aku sendiri tak tahu nak bercakap camne lagi dah.
sekarang ni, aku boleh cakap ar yang KEBANYAKAN orang nak pasangan yang hensem/cantik & berpoket tebal. kalau poket tak tebal pun, dapat yang kacak/cantik tu pun dah kira cukup baguslah, ya tak? kalau muka macam tongkan pecah, tetapi berpoket tebal, itu pun dah kira ok. tetapi kalau muka takde, duit pun takde, tapi ada kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana2 macam motor ke, kereta ke, itu pun orang terima. HAHA.
what? aku taip apa yang benar je. memang zaman sekarang ni, zaman materialistik. zaman orang pentingkan kebendaan dan juga pentingkan paras rupa. biarlah sikap teruk sekalipun, tetapi kalau ada rupa, ada harta, pasti ada orang nak juga. am i right? HAHA. aku rasa, paling kelakar bila ada orang buat senarai ciri2 yang perlu ada pada seseorang tu sebelum nak ber-couple. walaupun ramai orang cakap nak dapat lelaki atau perempuan penyayanglah, baiklah, caring lah, tapi akhirnya wajah/harta juga yang dipilih. betul? tak betul ek? apa ada hal.
ok2. aku silap ar pasal harta apa tu sebab orang tak pandang harta sangat. kebanyakannya pandang wajah yang hensem/cantik menarik tertarik ko memang da bom je lah. HAHA. tu pasallah kadang2 aku rasa nak gelak siap guling2 atas lantai lagi bila tengok orang putus 'cinta' sebab memang dah ternyata, korang ni dah salah pilih kekasih. nak sangat yang kacak/cantik kan, so kena ar pandai jaga. biasalah, bila ada rupa ni, 'maintenance' tinggilah dohh. tak pandai jaga, memang senang2 je disambar orang lain. HAHA. korang kena ingat tu, tidak semuanya yang cantik diluar, didalamnya juga cantik seperti luarannya. TIDAK SEMUA, ok.
aku pelik, ada yang hatinya telah berkali2 dikecewakan oleh orang2 yang ada rupa ni, tetapi dia masih lagi hendak mencari pasangan yang wajahnya hensem/cantik. kenapa? kenapa? aku tidak pasti. tetapi mungkin sebab mereka yang ada rupa ni lebih pandai bergaya dari orang yang sikap & hatinya baik tu. orang kata "lebih nampak BadAss" begitulah agaknya. ini pendapat aku je. HAHA.
kena sedar, orang tidak berduit, tidak mempunyai rupa yang menawan itu, mungkin hatinya lebih baik. lebih pandai menyayangi & menghargai diri korang andai diberi peluang hendak ber-couple. mereka juga mempunyai perasaan macam manusia yang lain, ok. tidak salah hendak mencari yang hensem/cantik, tetapi berjaga2 lah. andai diri telah ditipu berkali2 dengan orang begini, apa salahnya korang cuba 'longgarkan' sedikit syarat2 hendak ber-couple korang tu. korang tak rugi apa pun. entah2, korang bertemu cinta sejati korang ke. manalah tahu kan. andai ada jodoh.
oh ya, entri aku bukan bermaksud hendak cemburu pada sesiapa pun. tetapi ianya cuma sekadar memberi pengingatan sahaja. korang nak ikut, taknak ikut, itu korang punya pasal. kubur lain2 lah kata orang. aku buat post ini sekadat nak mengingat je yang kita tidak boleh terlalu cerewet dalam hendak ber couple ni. kalau letak ciri2 yang terlalu 'perfect', memang sampai ke tua lah korang takkan berkahwin. HAHA. so, janganlah cerewet sangat!
couple berkali-kali, tetapi cinta sejati hanya muncul sekali sahaja dalam seumur hidup...
Leave your comment
Post a Comment