penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

29 July 2011

kerosakan kereta bernilai jutaan ringgit di Monaco

wassup?

gua dah 2-3hari tak buat entri rasanya. so kali ni gua ada 1 berita yang boleh buat peminat kereta rasa terharu, sedih dengan kejadian yang berlaku ni. HAHA. gua sebagai peminat kereta pun rasa nak hantuk2 kepala bila terbaca berita kemalangan yang berlaku ni. damn.


gua rasa lu sendiri boleh nampak apa yang dah berlaku dalam gambar ni kan? huh. sakit hati wohh tengok gambar kereta2 mewah  + supercar boleh jadi camni. ok, so kejadian ini berlaku dihadapan Monaco's Du Place Casino dan ia membabitkan 5 buah kereta mewah yang dianggarkan hampir RM7 juta. yaaa, RM7 JUTA tu! kereta yang terbabit didalam kemalangan itu ialah Bentley Azure(bernilai RM2.4 Juta), sebuah Mercedes S-Class(RM700 Ribu), sebuah Ferrari F430(RM1.4 Juta), sebuah Aston Martin Rapide(RM1.4 Juta) dan juga sebuah Porsche 911(RM780 Ribu). WOW.

mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak Sky News (sebuah syarikat penyiaran di Britain), kejadian itu berlaku apabila pemandu Bentley itu telah bergesel dengan pintu Mercedes sebelum menyeret Ferrari F430 yang kecil cenonet dan selepas itu ia merempuh Aston Martin dan Porsche pula. *facepalm*

p/s: kaya, mampu beli kereta mahal2, tapi tak pandai nak mengawal kereta itu. oh ya, Bentley memang sebuah kereta yang tersangat2 besar ya. kalau Bentley rempuh Kancil, memang Kancil jadi besi buruk je lah. takde effect agaknya Bentley ni. HAHA.

credit to: DUBdaily

Leave your comment