penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

25 April 2011

kehidupan lama (edisi Sandarkan Pada Kenangan.)

oh hai.

selamat malam mehh.

aku nak taip sedikit isi hati, isi otak, isi perut aku tentang kehidupan lama aku ni. ada orang setuju tak kalau aku katakan yang korang pasti rindukan kehidupan lama korang? kehidupan yang tidak bergantung pada mana-mana teknologi yang ada zaman sekarang ni. well, aku bukan cakap pasal teknologi kereta ke apa, but teknologi IT ni hah. komputer, handphone, internet, facebook, bla bla bla. (aku tak pasti pun ada orang nak baca blog aku ni. HAHA.)

aku nak sandarkan pada kenangan sebentar. tak salah bukan? HAHA. ayat skema babi tul entri aku ni. hmm. sebenarnya aku rindu pada kehidupan lama sebab aku tak perlu bergantung pada teknologi IT ni semua. aku masih ingat lagi, aku still bermain di taman dengan kawan-kawan aku ni sampai umur aku 14tahun. selepas tu, dah kurang dah. cuma banyak berjumpa kawan-kawan di sekolah je. lepas habis sekolah, terus kurang masa nak berjumpa. almaklumlah, masing-masing ada hal sendiri. masuk U sana, masuk U sini. kerja sana, kerja sini. bila pula nak berjumpa, kan? buatlah reunion tiap-tiap tahun sekalipun, belum tentu semuanya hadir.

aku mengaku yang aku ni tak begitu mendalam dalam bab teknologi ni ke apa sebab aku dah masuk U baru aku sedar tentang semua ni. masa waktu sekolah dulu, aku mana ada handphone pun sehingga umur 15tahun. dah dapat handphone pun just buat hiasan je. bukan ada nak aweks nak sms or call aku pun. HAHA. aku umur 18tahun baru dapat guna internet dengan sebetul-betulnya. sebelum tu banyak online di CC je. pergi CC, buka friendster or myspace (facebook belum famous lagi masa ni.) HAHA. tapi ya lah, makin canggih teknologi, makin jauh hubungan masing-masing. kalau dulu nak berborak, pasti lepak dikedai mamak ke apa. lepas tu boraklah sampai lebam. HAHA. tapi sekarang ni kalau nak berborak just guna handphone je, facebook ada, YM, Skype apa semua tu ada, kan. bak kata siapa entah aku tak ingat "teknologi dihujung jari anda" je katanya. memang teknologi dihujung jari, tapi hubungan sesama manusia ni "dihujung tanduk" pula.

jadi, aku kira, aku ni antara orang-orang bertuah yang ada memori indah bersama kawan-kawan sendiri. bukan memori camtu-camtu je, tapi yang lebih hebatlah kan. pergi mencuri gula-gula(LOL), main mercun bersama, main gelongsor bukit sana sini, keluar beramai-ramai dengan niat untuk pergi bermain-main di taman atau yang sewaktu dengannya. ya, sekarang ni pun budaya lepak keluar beramai-ramai tu masih ada, tetapi korang ni lepak di shopping malls je. tak bermakna langsung. lepak, tengok wayang, tangkap gambar macam photographer betul. (LOL) itu membosankan, bro.

benda yang sama korang ulang-ulang tiap-tiap minggu. sekejap pergi pavi, sekejap pergi klcc, sekejap pergi mid, sekejap bb pula. itu je lah kan yang korang tahu. HAHA. tapi, dengan teknologi canggih ni lah yang meluaskan lagi jurang antara manusia ni. adanya twitter, facebook, myspace ni semua, manusia dah makin sukar hendak berkomunikasi secara berdepan antara satu sama lain. dulu kalau takde pun laptop ke, handphone ke, internet ke, aku masih boleh lagi menikmati kehidupan ni. now kalau takde hanphone, laptop apa semua benda ni, pasti masing-masing rasa nak mampus kot. aku tahu, kita kena teruskan kehadapan, tak perlu toleh ke belakang semula.

aku tahu, kita kena menikmati teknologi yang ada ni. tapi aku sedar yang kita semua ni dah sampai satu tahap, kita bukan menikmati teknologi menikmati lagi dah, tetapi lebih kepada ketagih terhadap teknologi ni. dulu handphone takde wifi, takde screen colour, takde video call, takde touchscreen, org masih boleh je gunakannya. tapi sekarang ni berapa ramai yang sanggup nak guna handphone begitu lagi? dah ada iPhone, BlackBerry, HTC, bla bla bla. setahu aku lah kan, handphone ni bukan dicipta untuk buka facebook, main games, buka email, buat video call ke apa. ianya cuma berfungsi untuk menghubungi orang je. tapi tu lah, teknologi canggih. semua ada. "teknologi dihujung jari anda" lah katakan. mudahkan urusan kerja, tapi pada masa yang sama melalaikan kita. HAHA.

makin canggih teknologi, makin hilang budi bahasa kita ni. HAHA. kenapa pula aku taip camni? well, korang tengok je lah apa yang terjadi bila manusia menyalahgunakan teknologi yang ada. twitter, facebook, jadi medium untuk orang menghina orang lain. kutuk ex-bf lah, kutuk ex-gf lah, kutuk kawan sendirilah. yup, satu dunia boleh baca pula tu. memang TERBAIKKKK lah kan. HAHA. lepas tu kalau kena marah dengan bos, kena marah dengan pensyarah, terus orang buka facebook guna handphone, then letak status "babi betul bos @ pensyarah aku ni. ko ingat aku ni kuli batak ko ke, cibai?" (LOL). HAHA.

makin canggih teknologi, makin melalaikan kita dalam urusan kerja. kalau dulu semua orang bersungguh-sungguh buat assignments, buat kerja. tetapi sekarang ni bila ada free time je, terus online facebook, borak-borak sampai lebam. lepas tu bising-bising assignments tak siaplah, kerja tertangguhlah. dan yang paling penting sekali, ramai orang dah tak reti nak menulis termasuklah aku ni. HAHA. dulu note ambil depan-depan, now note semua terus download dalam komputer masing-masing je. camne tak malas menulis? assignment pun buat dalam komputer. dah takde lagi dah tulis assignment guna pen. so, memang teknologi ni buat kita naik lemak, membuatkan kita bertambah MALAS. HAHA. well, aku taknak 'sandarkan pada kenangan' sampai ke waktu kecil pula sebab tu dah jauh sangat. waktu kecil memanglah takde pun nak guna handphone laptop apa semua ni. HAHA.

well, dulu memang aku tak bergantung sangat pada teknologi ni sebab mungkin sebab keluarga aku bukanlah keluarga berada untuk beli teknologi yang ada. paling hebat pun ada tv, Hi-fi je lah. (bukan Wifi ya.) tapi aku tahulah juga tentang kewujudan handphone, komputer ni semua. aku pun ada juga teknologi canggih zaman tu iaitu Digivice (sila google kalau tak tahu benda ni apa.) tapi budak-budak sekarang ni advance lagi, diorang dah ada PS3, PSP, apa kisah pasal Digivice bodoh ni kan? HAHA.

nak taip camne lagi, permintaan terhadap teknologi canggih sekarang makin meningkat hari demi hari, setiap hari pasti ada je benda baru dicipta. dan makin canggih teknologi, makin ramai lagilah yang menyalahgunakannya. aku pasti ramai yang mampus bunuh diri kalau satu hari nanti komputer, handphone, internet apa semua ni tidak berfungsi lagi. bunuh diri sebab dah tak tahu nak buat apa dengan hidup ni. ada internet, boleh online. takde internet, apa yang ko boleh buat, hah? kalau aku dah tak dapat online, guna laptop lagi, mungkin aku akan teruskan balik minat membaca yang dah lama aku abaikan bertahun dahulu. yes, i'm fucking serious.

so tu lah sebab aku rindukan kehidupan lama. banyak benda yang aku tinggalkan dulu disebabkan terlalu ke 'hadapan' sangat sekarang ni. buatlah camne pun, there's no turning back. oh ya, aku sebenarnya tak tahulah aku bercerita tentang kehidupan lama atau keburukan teknologi ni. HAHA. korang fikirlah sendiri ya apa tajuk yang sesuai untuk entri aku ni.

maaf ya, panjang lebar sangat entri aku ni. entah ada orang ke tak nak baca. huh. tak sangka ambil masa sejam lebih aku nak buat entri ni je. dari pada awal pukul 7pm, sedar-sedar je dah pukul 8pm lebih. so now aku nak rehat. ciao.

2 Comments:

syairahmohdanuar said...

first henpon masa umur 15?hebat! >.<

nice post btw :)

p/s : esok pengumumang pmng contest tau.jgn lupa :)

Izzat said...

hahah. 'hebat' kan?

esok ek? hahah. ok-ok. thanks.