penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

22 April 2011

cermin mata 2D

oh hai.

aku tak typo. memang aku taip 2D ya. bukan 3D. tapi apa kejadahnya benda ni?

benda ni sebenarnya ialah cermin mata 2D untuk orang yang tidak suka menggunakan cermin mata 3D apabila menonton wayang 3D di pawagam. so secara teknikalnya ialah kamu pergi menonton filem 3D yang berharga RM18 tu, tetapi apabila memakai cermin mata 2D ini, kamu terasa bagaikan menonton filem bukan 3D yang berharga RM10 je. ya-ya, aku tahu. bunyinya terlalu bodoh. baik menonton filem biasa je. jimat RM8 bai! HAHA.

but aku pasti, ramai yang mengadu pening kepala bila menonton filem 3D, kan? so inilah peralatan yang kamu perlukan! lepas ni tak perlu nak bising-bising pening kepala lah, nak muntah lah, nak terberaklah semasa menonton filem 3D! HAHA.

tekan read more untuk lihat gambarnya.


 
bentuknya pun seperti spek rayban palsu yang budak-budak sekarang suka pakai. HAHA.


ini pula video promosi 2D Glasses.


so? anda mahukannya? bolehlah beli sebuah 2D Glasses dengan harga USD7 di website ini


Leave your comment