penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

10 December 2011

rantai burung hantu haram? kesian burung hantu.

oh hai peeps.

aku memang dah lama tak update blog dan aku langsung tak memberi seketul taik tentang blog ini lagi. tetapi entahlah tiba2 je aku terbuka pula 1 link artikel tentang burung hantu punya rantai ni semalam. aku kesian dengan burung hantu ni sebenarnya, rantai dia juga yang jadi topik hangat sekarang ni. kesian kesian.


hodoh nak mampus rantai ni rupanya..
matanya boleh diletak camera mini, buat skodeng orang lah bro.


so, seperti yang aku agak, yang kecoh-kecoh ini semua pasti ada kaitain dengan freemason, illuminati. biasalah, ini kes banyak sangat tengok the arrival lah ni. entah siapalah yang nak tengok video lebih 50 episod tu? aku pasti ramai orang dah off video tu bila masuk minit ke-2 didalam episod pertama sahaja. mehh.

jajajaja, aku tahu pasal dajjal apa semua tu yo, bukannya aku tak pernah belajar agama. so kamu tak payahlah nak cuba berkata-kata "kau sanggup buat bodoh je tentang dajjal ni? dunia dah akhir zaman dah, kafir kau ni izzat." pada aku. tetapi sebenarnya aku tidak memberi seketul tahi pun tentang rantai HODOH sebegini. siapa yang nak pakai rantai HODOH sebegini, ek? tak tahulah kalau-kalau ada blogger nak kata "ini style zaman sekaranglah, bodoh" pula pada aku dan ini tak lupa juga pada yang akan menjadi ustaz & ustazah pilihan yang akan reply "tak boleh letak gambar menyerupai manusia bla bla bla bla bla bla bla didalam rumah" pada aku juga nanti. aku tahu semua itu lah, bodoh.

tetapi lepas kamu semua baca blog tu, ada lagi ke yang nak kata rantai HODOH ni style zaman sekarang? HAHA. by the way, kebanyakan orang yang pakai rantai tu, memanglah nawaitu mereka hanya sekadar nak pakai rantai untuk bergaya, am i right? aku tak tahulah kan kalau-kalau rantai tu ada aura freemason dan illuminati yang boleh menyesatkan iman seseorang selepas memakainya pula, kan. HAHA.

so, kamu semua sepatutnya BERTERIMA KASIH pada tuan empunya blog tu yang telah BAIK HATI memberitahu tentang freemason/illuminati apa semua ni ya. aku pasti dah elok-elok ramai perempuan mahupun lelaki membeli rantai tersebut dengan niat hendak bergaya sahaja, tetapi terpaksa membatalkan niat tersebut kerana ada orang beritahu "Ini semua kerja dajjal! freemason! illuminati syaitan! bla bla bla" dan seterusnya didalam blog.

aku tertunggu-tunggu jika ada blogger nak beritahu bahawa kereta, bangunan, makanan, rumah mahupun pakaian aku (kamu semua juga) ini pun ada aura freemason. so lepas ni semua manusia boleh berbogel dan tinggal di tepi jalan tanpa sehelai wang (wang/pakaian pun illuminati lah bro) pula. HAHA


pakai ini lagi bagus daripada owl necklace HODOH tu.

Leave your comment