oh hai. selamat malam mehh.
sebelum apa-apa, aku nak beritahu yang ini adalah entri aku yang paling terpanjang sekali. kalau ada yang baca sampai habis, memang aku tabik spring toing toing lah. HAHA.
kali ni aku nak buat entri mengenai filem Jangan Pandang Pandang yang aku baru je lepas menonton petang tadi di Jusco Cheras Selatan. well, aku rasa ini bukan review. tetapi lebih kepada menceritakan jalan cerita filem ni. HAHA. kalau korang taknak spoilt mood, sila jangan baca, ok. HAHA.
so filem ni bermula dengan watak Yaya(
Sara Ali) berada di dalam sebuah gua tengah mengorek batu or something like that lah. selepas dok mengorek batu tu, tiba-tiba ada hantu perempuan muncul, then Ajis(
Zizan) pun muncul dengan gaya ala Indian Jones pula. lepas itu Ajis terangkan yang hantu tu awek dia. (WHAT THE FUCK IS THIS SHIT?). Yaya pun terus menjerit lah kan. oh, rupanya semua benda yang berlaku tu terjadi dalam mimpi si Yaya ni je. CEHHHHHHHH.
memang seronokkan tengah dalam kelas pun boleh mengigau terjerit-jeritoh ya, Jaafar Onn juga ada didalam filem ni, dan dia memegang watak sebagai profesor bagi Yaya, Ajis, Ben(
Nas-T) dan semua tu lah. so Profesor ni pun bagi tugasan penting iaitu kena pergi buat expedition, experiment lebih kurang camtu lah di
Gua Bewah kalau diorang nak dapat markah tambahan yang banyak.
kalau korang nak tahu, Ajis berkapel dengan Yaya ni lah. but lepas tu bermula lah aksi lawak bila Ajis terkantoi di rakam dalam hp dok sibuk "bermain cinta" dengan freshie baru yang dipegang oleh pelakon kontroversi pernah masuk tv tunjuk tindik dekat lidah tu lah. siapa entah nama dia. HAHA. ok, itu tak penting.
Profesor arahkan mereka membentuk kumpulan yang terdiri dari 5 orang. so Ajis, Ben, dan perempuan gedik Diana(
Anith) jadi lah satu team. but lepas tu Yaya muncul kembali untuk join team Ajis ni. kira nak berdamai lah agaknya. selepas dok membebel-bebel dekat tangga kolej tu, tiba-tiba muncul si Marsha(
Miera) gothic. ni bukan gothic, tapi dah macam momok dah aku tengok. HAHA.
Marsha ni cakap dia ada peta harta karun gitu lah daripada zaman tok kaduk nenek moyang dia dulu yang terletak berdekatan Gua Bewah. well, nak pendekkan cerita, diorang pun setuju lah biar Marsha join team diorang. keesokan harinya, diorang pun pergi lah mengembara menaiki kereta ke jeti camtu lah. dan diorang pun bertemu dengan pemandu bot, Abang Bob yang dipegang oleh pelakon + arkitek iaitu Azhar Sulaiman.
dan disebabkan diorang pun dah sampai lewat petang di bot Abang Bob, so diorang terpaksalah bermalam dahulu di dalam bot sebelum diorang bertolak ke Gua Bewah di keesokan harinya. masa waktu malam tu, aku tak ingatlah samada Marsha or Yaya nak pergi turun tangga, then dia terpijak tangan hantu yang kononnya nak cuba takutkan dia lah. HAHA.
keesokan pagi nya, diorang pun bertolak ke Gua Bewah. semasa di dalam perjalanan ke Gua Bewah, masa ni bolehlah lihat aksi sindir-menyindir antara Ajis dan Yaya. Ben pula sibuk nak mengorat Marsha. yang Diana pula sibuk complain BlackBerry dia takde line, so tak boleh nak update twitter facebook. HAHA. ok, so bila diorang dah sampai ke dek berdekatan, Marsha pun beri idea untuk pergi ke gua yang mengandungi harta karun seperti yang terkandung didalam peta tok nenek moyang dia tu.
bila dah sampai ke gua yang dikehendaki tu, Ajis dengan beranikan diri cuba jadi hero lah dengan menjadi orang pertama masuk ke dalam gua tersebut. but you know, ini filem "kelakar" kan, so pastilah watak Ajis ni dijadikan sebagai watak "takut-takut berani" bila masuk gua gelap. so dia pun keluar balik, then Ben pun cakap "Ladies First" lah sebab si Ben pun penakut juga. HAHA. so ke tiga-tiga orang gadis ni pun masuk ke dalam gua tersebut.
masa kat dalam gua ni, si Marsha gothic
malam edan pun memberanikan diri lah menuju ke hadapan walaupun Diana ni dah macam nak terkencing ketakutan ke apa agaknya bila masuk gua. biasalah, asalkan watak gedik je, mesti penakut juga. tak boleh ke bagi watak gedik tetapi berani? HAHA. so dipendekkan cerita, Marsha pun jumpa harta karun.
waktu dia nak ambil kotak harta karun tu, tiba-tiba boleh muncul pula hantu berdekatan harta karun tersebut. apa lagi? menjerit lah semua. Yaya dan Diana dah lari keluar dari gua. Marsha pula terjatuh bila nak cuba larikan diri. waktu tu hantu tu dah main tarik-tarik kaki dia, tetapi si Marsha ni sempat ambil penyodok kat tepi tu, then dia lempang muka hantu dengan penyodok tersebut sebelum dia ambil harta karun tu dan lari keluar dari gua.
bila semua sibuk nak larikan diri, Ben relaks je boleh baring-baring depan gua tu. yang si Ajis pula balik ke bot dengan alasan tak tahan nak terberak. HAHA. bila dah nampak Yana dan Diana dok menjerit-jerit, Ben pun bangun lah tanya "apahal ni?". tetapi diorang just suruh balik je. bila Ben nampak Marsha keluar dari gua pula, dia bertanya soalan sama. tapi tak diendahkan. lepas dia dengar suara hantu tadi tu meraung/menangis gitu lah muncul dari dalam gua, terus Ben cepat-cepat ambil beg dan larikan diri juga. HAHA.
dan semasa di bot ni, macam-macam benda pelik berlaku seperti Yaya dirasuk hantu setan, tetapi Ajis datang menyelamatkan keadaan dengan aksi seolah-olah nak halau jin setan hantu yang merasuk badan si Yaya dan ditambah pula si Diana gedik ni on lagu Waheeda Wassini di BlackBerry dia tu. lepas tu ajis ambil BB Diana tu dan letak ia di sebelah telinga Yaya. (kelakar lah kononnya) MEHHH.
bila diorang rasa keadaan dah ok, rupanya hantu setan jin yang merasuk Yaya tu dah terbang keluar dan masuk pula ke dalam badan si Ben ni. lepas tu Abang Bob muncul, dan baca jampi serapah menghalau setan. selepas dah baca apa semua tu, Ben yang dirasuk ni terjun ke dalam sungai dan Abang Bob pun terjun ke dalam sungai untuk selamatkan Ben.
selepas aksi cemas apa semua tu. diorang semua masuk tidur lah. but si Marsha ni dia keluar senyap-senyap ke luar bilik dan dia cuba buka kotak harta karun yang dia ambil tadi. but tiba-tiba je Abang Bob muncul dan rampas kotak tersebut sebelum sound direct baeeek punyeeee dekat Marsha.
but keesokan harinya, bila semua dah bangun tidur, diorang dapati yang Abang Bob sudah tiada lagi didalam bot. dan masa ni lah Marsha mengaku pasal dia ambil kotak harta karun apa semua tu lah. waktu ni Ajis nak tunjuk hebat dengan cuba memandu bot. but masa ni Ajis sibuk bertanya pasal GPS Kompas tu lah. lepas tu Marsha bawa keluar sejadah yang mengandungi kompas kiblat di tengah-tengah nya.
dan disebabkan Ajis nak tunjuk berlagak handal sangat memandu bot & baca kompas, kan. akhirnya diorang semua tersesat entah ke celah pulau mana agaknya. HAHA. lepas dah sesat dan ditambah pula dengan bot yang dah kehabisan minyak, so diorang pun buat keputusan untuk naik ke darat dan berjalan kaki untuk meminta bantuan pada sesiapa saja.
sewaktu didalam hutan ni, diorang masih lagi tersesat disebabkan betapa "hebatnya" si Ajis ni baca peta. HAHA. jadi diorang buat keputusan untuk berkhemah disebabkan hari pun sudah hampir malam. bila dah malam tu, Diana gedik ajak Ben untuk tolong teman pergi kencing. but Ben taknak, so Ajis offer diri untuk temankan. but Yaya pun terus sindir Ajis dan lepas tu terus Yaya bawa Diana pergi masuk hutan sana untuk membuang air. HAHA.
Ajis pun buat keputusan untuk membuang "Air Pundi" dia selepas dah mengamuk-ngamuk dengan sindiran Yaya tadi. HAHA. masa ni bila Yaya dan Diana kat hutan, diorang berdua dikacau hantu terbang-terbang gitu lah. Ajis juga dikacau hantu waktu tu, but dia pergi londehkan seluar dia untuk takutkan hantu tu lah (macam aksi di dalam filem Hantu Bonceng). tetapi sayang seribu kali sayang, rupanya hantu yang kacau Ajis tu hantu bapok daaaa. apa lagi, terus lari mencicir lah Ajis dibuatnya lepas tu. HAHA.
masa ni ditunjukkan babak Ben tengah berdua-duaan lah dengan Marsha kat tepi sungai. punya feeling sampai pegang-pegang tangan. lepas tu tiba-tiba Marsha muncul dari entah mana terus sound Ben sebab tinggalkan dia seorang diri di khemah. Ben terkejut sebab rupanya tangan yang dia sibuk pegang tadi tu rupanya tangan hantu. terus Ben bangun & dukung Marsha dan diorang larikan diri dari situ. HAHA.
oh ya, masa ni lah ditunjukkan adegan Yaya, Diana, Ajis, Ben dan Marsha dikejar oleh tiga ekor hantu. HAHA. selepas tu diorang semua bertembung dekat simpang celah hutan mana agaknya. HAHA
sampai satu masa, Ben dan Ajis bergilir-gilir untuk jadi mengawal khemah. but lepas tu diorang berdua tiba-tiba terdengar lagu techno gitu lah dari dalam hutan. diorang pun pergilah cari dari mana datangnya bunyi tu. bila diorang sampai, diorang nampak orang bunian dok menari-nari tengah malam ni. lepas tu diorang berdua boleh pula join orang bunian tu menari-nari. HAHA.
keesokan paginya, Ben dan Ajis dapati yang diorang berdua dah terbaring tertidur setengah bogel gitu lah di sebelah kubur-kubur lama orang bunian semalam. HAHA. apa lagi, terus lari lah ke arah khemah sebelum diorang suruh perempuan-perempuan tu kemas barang-barang untuk pergi ke tempat lain.
SERIOUSLY, aku rasa taknak sambung entri aku ni lagi sebab selepas adegan ni, tiba-tiba je jalan cerita dia bertambah BODOH. entah dah berapa IQ aku kurang selepas menonton filem ni tadi. damn it. kalau korang nak baca juga, nanti lah aku sambung ek or korang pergilah tengok sendiri. HAHA.