penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

29 January 2011

P. Ramlee

Aku nak bercakap sedikit tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. aku memang peminat setia P.ramlee, banyak filem beliau aku ada dalam laptop aku ni. setiap hari, pasti aku akan tonton sekurang-kurangnya 2 atau 3 filem beliau. malah aku pernah berulang2 kali ulang filem yang sama dalam satu hari. tak pernah bosan mehh.

Hari ni aku baru je lepas menonton biografi tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Astro 555(History Channel) dan apa yang aku boleh katakan disini ialah perjuangan P.Ramlee di dalam bidang seni memang sangat-sangat mengagumkan sekali.

beliau bermula dari bawah, kerja sebagai pembantu biasa di set rakaman studio di Singapura. dari bawah, beliau melonjak ke atas sebagai pelakon pembantu dan akhirnya setelah lama beliau berusaha, berjaya berjaya menjadi seorang pelakon utama.

Filem pertama arahan P.ramlee ialah filem Penarek Becha. manakala filem terakhir dia Laksamana DoReMi. mengikut sumber yang aku tahu, filem komedi pertama beliau ialah Bujang Lapok. hahah. YES, aku suka gila tengok Bujang Lapok especially part Aziz menyindir Sudin dengan ayat begini "Yang dipanggil si cantik manis, sekali yang keluar si badak sumbu." HAHAHA!

Anda rasa artis malaysia zaman sekarang ni hebat sangat sebab menang anugerah itu, anugerah ini? memang anda salah duhh. P.Ramlee lah antara artis yang menang banyak anugerah di peringkat Antarbangsa. beliau sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. asia, eropah, apa ada hal? memang terbaik dari ladang. HAHAHA!

Btw, setelah aku habis menonton biografi P.Ramlee sebentar tadi, apa yang boleh katakan ialah aku memang agak kecewa dengan layanan media massa terutamanya para wartawan kerana mereke sudah banyak kali mengkritik P.Ramlee dengan teruk sekali. manakala syarikat rakaman EMI dan Shaw Studio juga turut memberi layanan yang buruk terhadap P.Ramlee, dengan mengatakan filem-filem dan lagu-lagu yang P.Ramlee hendak keluarkan pada masa akan datang semuanya tidak akan laku lagi. Shaw Studio didakwa berkata P.Ramlee sudah tidak mampu hendak menandingi filem-filem pengarah muda pada masa itu. manakala EMI pula kata lagu-lagu P.Ramlee yang berirama Tradisional tu sudah tidak boleh diterima lagi.

Ya. aku masih teringat lagi ada 1 babak didalam rancangan biografi itu yang mengatakan P.Ramlee dan para pekerja Shaw Studio terpaksa bekerja keras siang malam kerana hendak menyiapkan 4,5 buah filem dalam masa satu tahun sahaja. (damn! 50tahun lepas, kena siapkan banyak filem dalam masa satu tahun, itu sangat susah, bukan canggih macam sekarang. tetapi filem mereka tetap lebih berkualiti berbanding filem zaman sekarang ni. ini hanya pendapat aku je.) P.Ramlee SEORANG je kena mengarah filem sebanyak itu dalam masa satu tahun, itu belum masuk lagi pengarah-pengarah yang lain. memang untung besar betul Shaw Studio ni wehh.

Tetapi sedarkah mereka ni bahawa P.Ramlee lah yang telah mengkayakan mereka tu? dulu P.Ramlee betul-betul dihargai masa syarikat itu tidaklah seberapa kaya dan terkenal. tetapi setelah poket mereka penuh dengan duit, P.Ramlee ni dibuang begitu je. Shaw Studio hantar memo untuk 'membunuh' karier P.Ramlee. EMI pula taknak sambung kontrak dengan P.Ramlee. beliau betul-betul 'dihentam' sehingga karier beliau jatuh merudum. pada saat itu, beliau hanya mempunyai sedikit sahaja sahabat kerana beliau terpaksa pindah ke Kuala Lumpur disebabkan Shaw Studio terpaksa ditutup atas arahan PM singapura sendiri.

Di Kuala Lumpur, beliau bekerja dengan Studio Merdeka. pada masa itu, Studio Merdeka agak daif sedikit sebab tiada peralatan rakaman yang cukup, pekerja mahir pun tidak ramai. walaupun dalam keadaan camtu, P.Ramlee masih sempat lagi mengarahkan lebih kurang 30 buah filem semasa di Studio Merdeka. P.Ramlee dikatakan terpaksa bekerja keras disini kerana beliaulah pelakon, beliaulah pengarah, beliau jugalah yang menyunting filem dan macam-macam lagi kerja.

P.Ramlee bukan hidup senang, beliau bersusah payah hendak cari duit untuk menyara keluarga beliau. aku tak tahulah nak cakap apa sebab aku tak kenal P.Ramlee secara personal, but melalui apa yang aku pernah baca dan tahu, dia terkenal dengan sifat pemurah dan orang ramai selalu ambil kesempatan terhadap sifat murah hati beliau tu. hmm. entahlah.

Pada saat kematian beliau, ramai orang datang dan beri penghargaan pada jenazah beliau. aku rasa sedih gila duhh masa tengok rancangan biografi tu. sedih sebab beliau diberi layanan yang buruk dan  aku juga rasa sedih sebab aku tak dilahirkan awal untuk kenal P.Ramlee atau melihat beliau secara live. huh. tapi tidak apalah, aku tetap bersyukur sebab dapat hidup di muka bumi ni. semoga karya-karya agung beliau akan sentiasa disanjung tinggi oleh orang ramai untuk selama-lamanya.

"kalaulah Irama Tradisional ini tidak diketengahkan sekarang, mungkin ia akan pupus ditenggelami dengan muzik-muzik baru dalam masa 10,20 tahun lagi." - P.Ramlee.


TERIMA KASIH P.RAMLEE

Leave your comment