penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

30 January 2011

Fakta-fakta Yang Menarik - Part 2

kali ni aku nak persembahkan fakta-fakta yang menarik di part 2 pula.

1.tahukah anda pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir untuk seketika waktu kerana terdapat bongkah ais menghalang Sungai Niagara dari mengalir ke arah air terjun ini.

2.ikan Haruan dikatakan sejenis ikan yang paling sensitif deria baunya kerana ia dapat menghidu sekurang-kurangnya 27,000 jenis bau.

3.mengikut kajian, purata setiap manusia akan bercakap sebanyak 30,000 perkataan dalam sehari dan akan mengambil masa 3 1/2 jam untuk sehari untuk bercakap. (kalau rappers bagaimana pula? lol)

4.semut menpunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan jika dibandingkan dengan saiz badannya.

5.gajah afrika akan bunting selama 640 hari.(hampir 2tahun!)

6.Zeuxis, pelukis terkenal di Greek dikatakan meninggal dunia ketika sedang bergelak-tawa melihat hasil lukisannya sendiri.(kelakar sangat agaknya. HAHAHA!)

7.Chimpanzee dikatakan mempunyai rambut/bulu lebih banyak daripada manusia padahal ia sama sahaja, cuma bulu binatang itu lagi tebal.

8.petir enam kali lebih mudah menyambar lelaki berbanding perempuan.

9.setiap 45 saat, sebuah rumah di USA akan dijilat api.

10.menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh menurunkan berat badan. (boleh mula diet sebegini. HAHAHA!)

11.pada tahun 1905, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat kesemua 729 anak tangga di Menara Eiffel,Perancis dan dia hanya mengambil masa 3minit 12saat sahaja untuk sampai ke puncak. (wow!)

12.setiap hari darah didalam badan manusia ini akan bergerak sejauh 180,000 Kilometer.

13.secara purata seseorang akan menghabiskan masa selama 2 tahun dengan bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

14.seekor singa boleh mengaum sehingga ia boleh didengari sejauh 3 Kilometer.

15.jika anda menjerit selama lapan tahun, 7 bulan dan enam hari, anda akan dapat menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

sampai sini je la aku taip dulu ek. nanti aku sambunglah part 3 pula. hahah.

Leave your comment