penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

26 May 2012

Reviu Filem: Men In Black 3

oh hai. selamat malam mehh.

setelah 5hari aku tiada idea nak update blog, akhirnya datanglah satu idea iaitu dengan membuat reviu tentang filem Men In Black 3 yang aku baru tonton petang tadi. ya-ya aku tahu, ayat aku agak berbunyi skema babi. HAHA.

sekarang ni tengah cuti sem, so banyaklah aktiviti tidak berfaedah yang aku boleh lakukan di masa lapang ni seperti menghabiskan duit dengan menonton movies, beli komik dan benda-benda yang biasa di beli oleh budak tidak matang seperti aku ni. HAHA.

so filem ni mengisahkan tentang makhluk asing dari spesis Bogdolite yang bernama "Boris The Animal" yang melarikan diri daripada Penjara Lunar Max di bulan sana tu. biasa lah, dah nama pun spesis makhluk asing kan, pasti dia tiada masalah nak bernafas di atas bulan. HAHA.

oh ya, selepas Boris sampai ke bumi, dia menggunakan satu alat peranti gitu lah untuk pergi ke tahun 1969 untuk membunuh eK yang masih muda kerana ketika itu K telah menangkap Boris dan menyebabkan Boris kehilangan tangan kiri pada tahun 1969. well, dah kena penjara selama 40tahun, siapa yang taknak balas dendam, kan? HAHA.

tetapi selepas Boris telah pergi ke tahun 1969 dan berjaya membunuh K yang akhirnya telah mengubah sejarah dunia, J merasakan ada benda yang tak betul sebab semua orang di MIB seolah-olah tak pernah kenal siapa itu K selepas si J ni dok terpekik terlolong nama K di sana. HAHA.

akhirnya ejen O (pengganti kepada Zed yang pernah muncul di filem MIB 1 dan MIB 2) mengarahkan K mendapatkan alat peranti yang sama seperti Boris gunakan untuk pergi ke masa silam. selepas K berjaya pergi ke tahun 1969, di sana dia bertemu pula dengan ejen J yang masih muda.

dan selepas itu korang faham-faham je lah, ada adegan tembak menembak sana sini, lawak sana sini. kalau dah Will Smith yang berlakon, confirm lawak tak kering gusi di buatnya kan. HAHA. oh ya, nanti dah hujung-hujung cerita akan ada satu watak bernama Griffin yang ada kuasa boleh meramal masa depan.

kalau nak tahu lebih lanjut, silalah pergi menonton filem Men In Black 3 ni ya. tak rugi duit pun. support lah industri perfileman luar negara. kita mesti kaya kan mereka yang dah sedia kaya. HAHA. oh ya, ada lagi satu, sila bawa tisu ya bagi yang mempunyai emosi terlebih ni. takut nanti ada pula yang menangis tengok babak akhir filem ni. HAHA.

sampai sini je lah reviu dari aku. ciao.

20 May 2012

KISAH AKU: Aku Baik?

oh hai. selamat awal pagi mehh.

biasalah, hari ni kan hujung minggu, sudah semestinya aku akan tidur lewat. lebih-lebih lagi aku dah bawa speaker balik ke hostel ni, memang aku pasang lagu kuat-kuat bagaikan berada di nightclub lah agaknya. HAHA.

aku pasti ada yang termuntah terbaca tajuk entri aku kali ni. tetapi secara faktanya, ramai orang mengatakan aku ni boleh dikira sebagai 'baik' di sebabkan aku tak lakukan 4 perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan para remaja (aku remaja lagi,kan?) di zaman sekarang ini iaitu;

aku tak pernah masuk kelab malam.


aku tak pernah mabuk-mabuk.


aku tak layan dadah.


malah aku juga tidak merokok.






aku tak lakukan semua itu sebab aku terlalu malas dan juga kedekut.

19 May 2012

Boleh Tuju Lagu?

oh hai. selamat malam mehh.

rasanya dah hampir seminggu aku tak update blog sebab aku busy dengan life + minggu depan dah nak final exam. so, terpaksalah limit kan masa nak bersuka ria ni, kan? HAHA.

oh ya, aku nak tujukan lagu ni kepada sesiapa je lah diluar sana. well, lagu ni dah keluar tahun lepas, tetapi cuma baru-baru ni je aku dengar. biasalah, dah lama tak tengok tv mahupun mendengar radio. so aku agak SLOWPOKE lah di sini. HAHA.


GOTYE - Somebody That I Used To Know


bagi pendapat aku, music nya sangat menarik dan lirik nya pun MENARIK juga bila aku dengar betul-betul. HAHA.

11 May 2012

Permainan Tradisional

oh hai. selamat awal pagi mehh.

jam disini sudah menunjukkan masa pukul 2.10AM, tetapi aku masih lagi sempat buat entri baru. well, nak buat camne, aku dah puas tidur malam tadi. lagipun aku kan memang standard lah buat entri awal pagi waktu semua orang tengah nyenyak tidur sekarang ni. HAHA. oh ya, abang aku yang beri idea untuk aku buat entri ini. thanks, bro.

so, kali ni aku nak menaip tentang permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh generasi dahulu dan juga beberapa kerat lah dari generasi sekarang ni. aku pasti ramai orang-orang yang sebaya aku ataupun lagi tua daripada aku mungkin pernah main beberapa permainan tradisional yang aku bakal tunjukkan ini.

kalau generasi muda? well, maybe diorang pernah dengar tentang congkak, sorok sorok dan juga batu seremban je lah kot. permainan tradisional yang lain-lain mungkin agak blur bagi mereka. tetapi aku tak salahkan mereka sebab memang permainan video/rancangan televisyen/'bercinta' di zaman sekarang ini jauh lebih menarik di mata mereka. HAHA.

so, mari baca senarai permainan tradisional yang aku sediakan ini;

Batu Seremban.
hoho. ini permainan yang sangat menarik walaupun aku tak tahulah kalau permainan ini memang berasal dari Seremban ke apa. HAHA. cara nak mainnya ialah korang kena kutip satu per satu beg kecil itu sehingga habis. semakin lama, semakin banyak yang korang kena kutip. daripada satu beg, menjadi sampai 4-5 beg sekaligus. sebenarnya aku tak pasti aku terangkan cara yang betul untuk main permainan ini sebab aku sendiri dah berbelas tahun tak main permainan ini. HAHA.


Congkak
aku pasti ramai orang tahu cara main Congkak. punyalah famous permainan Congkak ni sampai ada filem pasal Congkak, kan? so, aku nak kena terangkan juga ke macam mana nak main Congkak ni?


Dam Aji
ini permainan wajib yang dimain di warung-warung dan permainan ini terkenal dikalangan pakcik-pakcik. well, aku bukan pakcik pun aku suka main Dam. HAHA. cara main nya lebih kurang hampir macam permainan Catur juga, cuma tak terlalu complicated sampai sangat lah sampai nak kena pakai pangkat Grand Master apabila main Dam Aji ni. tetapi aku tak tahulah kalau-kalau ada juga pangkat-pangkat sebegitu didalam permainan Dam ni?


Galah Panjang
"buah cempedak di luar pagar, ambil GALAH tolong jolokkan..."
ehh, sorry, aku rasa pantun ini tak ada kena-mengena dengan permainan Galah Panjang ni. ok berbalik kepada cara untuk bermain nya. so cara nak main ialah korang kena 3-4 orang rasanya yang bertindak sebagai 'pengawal garisan'. lepas tu kena ada seorang pemain pihak lawan kena berlari masuk ke garisan di sebelah mereka. TETAPI kena berhati-hati sebab kalau anggota badan disentuh oleh 'pengawal garisan' ini, maknanya korang akan dibelasah sampai lunyai dikira sebagai 'mati'


Gasing
permainan yang sangat cambest yang sudah 14tahun aku tak nampak lagi dah, tetapi aku bencikannya sebab aku tak reti nak baling dengan betul. arghhh, bila difikirkan balik yang aku tak tahu baling Gasing, terasa kenangan budak-budak lalu didalam diri aku ni telah musnah sedikit. tetapi aku pasti kalau aku terus berlatih sampai sekarang, confirm dah expert gila sampai boleh main Gasing atas laptop aku ni. HAHA. cara nak main 'senang' je, korang lilit tali tu pada badan Gasing, lepas tu baling atas lantai. kalau nak lagi best, baling atas kepala orang.


Guli
perkara yang wajib diguna apabila main Congkak. tetapi selain itu ia juga boleh diguna untuk bermain 'Baling Guli'. kalau korang tak pernah main baling-baling Guli ni, memang aku tak tahu nak cakap apa dah. HAHA. cara nak main senang juga, korang cuma kena panggil seberapa ramai kawan-kawan korang. lepas tu buat satu garis bulatan kecil di atas tanah gitu lah. lepas tu setiap kawan-kawan korang tu kena letak beberapa biji Guli masing-masing didalam bulatan tersebut. lepas tu setiap seorang akan dapat giliran untuk membaling Guli ke dalam bulatan tersebut. kalau ke semua Guli korang yang terdapat didalam bulatan tu tercampak keluar akibat impak 150KM/H balingan Guli kawan-kawan korang tu, korang dikira kalah. kalau nak lagi best, Guli korang yang terkeluar daripada bulatan tu terus jadi hak milik persendirian kawan-kawan korang terus. HAHA


Konda Kundi
oh ini antara permainan yang maybe susah lah nak dijumpa sekarang ni. malah tak semua orang pernah main pun. tetapi aku boleh dikira bertuah sebab aku pernah main permainan Konda Kundi ini diwaktu zaman sekolah rendah dahulu. cara nak bermain ialah korang kena korek satu lubang kecil. lepas tu letak ranting kecil di atas lubang tersebut. lepas tu korang baca lah sendiri cara-cara seperti yang tercatat didalam gambar tersebut. HAHA.


Teng Teng
Teng Teng ataupun Ketinting ini memang sangat digemari oleh kaum hawa. seperti yang korang nampak didalam gambar tu, korang kena lukis kotak-kotak tersebut, baling batu ke dalam mana-mana kotak tu. lepas tu kena lompat setiap kotak tersebut dengan sebelah kaki je. arghhh, susah aku nak terangkan sebab aku pernah main sekali je Teng Teng ni waktu dulu. so aku sendiri tak pasti camne nak terangkan pada korang. HAHA.


Sepak Raga
guna bola sama yang diguna untuk bermain Sepak Takraw, cuma korang tak perlukan jaring je. lagi seronok bila bermain beramai-ramai. ia juga boleh menjadi satu senaman yang bagus. aku pernah main permainan ni sehingga waktu sekolah menengah je. tetapi selepas itu terus berhenti bersenam dan mula mengumpul lemak badan di waktu universiti ini.


Aci Sorok
ya, aku tahu, nama permainan ini sangat pelik. yang aku tahu, aku panggil ia sebagai bermain Sorok Sorok je. tak tahu pula nama betulnya ialah Aci Sorok. HAHA. permainan paling senang, maybe? main dengan seberapa ramai yang boleh. lepas tu tentukan siapa 'hantu'. lepas tu si 'hantu' kena tutup mata dan kena mengira sampai angka 20-30. yang lain-lain tu kenalah pergi menyorok. selepas si 'hantu' habis mengira, dia kenalah mula mencari orang-orang yang menyorok tu. senang jumpa kalau main sorok-sorok di tempat yang kecil. kalau kena kat tempat yang besar, memang sampai ke malam lah baru dapat cari semua orang. HAHA.


Jentik Penutup Botol
ok, aku tak tahu apa nama permainan ini sebenarnya. aku main taip je apa yang terlintas kat otak aku ni. HAHA. ok, permainan ini senang je. korang perlukan 5 penutup botol seperti didalam gambar ini. korang kena campak ke atas lantai. lepas tu kawan korang akan bagi arahan untuk korang jentik penutup ini ke penutup itu contohnya. kalau penutup yang korang jentik tu terkena ke penutup yang bukan sasaran utama, maknanya korang dikira kalah lah ya.



so sampai sini je lah permainan tradisional yang aku boleh ingat. ada banyak lagi sebenarnya, tetapi aku tak ingat apa nama permainan-permainan tersebut. oh ya, aku nak minta maaf kalau cara aku terangkan setiap permainan ini macam bangang je sebab memang aku takde buat apa-apa kajian pun tentang cara nak main. aku just search gambar-gambar tersebut je. HAHA.

06 May 2012

Handbag Wanita = Lokasi Rahsia?

oh hai peeps.

ya, entri dari aku lagi. aku cuba buat entri sekurang-kurangnya satu lah setiap bulan. tetapi selalunya memang lebih dari satu pun. HAHA. so kali ni aku nak bercakap pasal handbag. no no no, aku tak pakai handbag. aku cuma tertanya-tanya adakah handbag ni sebenarnya mempunyai satu lokasi rahsia didalam nya?


handbag biasa? I DON'T THINK SO!


ianya bagaikan terdapat sebuah galaksi di dalam setiap handbag perempuan.


handbag kecil, tetapi didalam terdapat berbagai benda bagaikan poket ajaib Doraemon.


kenapa aku tiba-tiba bertanya pasal handbag apa kejadahnya semua ni? well, sebab memang aku tertanya-tanya bagaimana perempuan boleh menyimpan banyak barang didalamnya. dah banyak, pasti berat nak mampus agaknya dengan mekap apa semua tu disumbat dalam tu. tak sakit ke bahu?

ya, ada juga kaum hawa yang tak suka pakai handbag, maybe lagi suka pakai beg galas kot? tetapi benda yang sama juga akan berlaku tak kiralah mereka pakai handbag ataupun pakai beg biasa je, pasti kedua-dua jenis beg tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai barang sampai aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. HAHA.

tetapi yang paling pelik sekali ialah bagaimana kaum hawa ni boleh menjumpai segala barang didalam handbag yang dah dipenuhi dengan pelbagai barang yang lain dengan senang? padahalnya kadang-kadang ibu aku suruh aku ambil handphone mahupun purse dia didalam handbag dia, aku kadang-kadang gagal menjumpai barang-barang tersebut. (maybe aku perlu pakai cermin mata kot?)

tetapi bila ibu aku dengan senangnya boleh jumpa barang-barang tersebut, pasti reaksi aku akan jadi lebih kurang begini lah;


KISAH AKU: SO HARDCORE!

oh hai. selamat awal pagi mehh.

jam sudah menunjukkan hampir pukul 3pagi tetapi aku masih belum tidur lagi. SO HARDCORE

petang semalam aku pergi berjalan-jalan sambil membawa Galaxy Tab 10.1 di tangan. SO HARDCORE

aku makan pizza menggunakan tangan walaupun orang lain makan pizza menggunakan sudu dan garfu. SO HARDCORE

aku selalu berjalan-jalan tanpa mempedulikan orang di sekeliling aku sampai orang terpaksa cuit bahu ataupun jerit nama aku baru aku perasan. SO HARDCORE

aku suka makan di waktu awal pagi begini walaupun tak elok. SO HARDCORE

aku memang suka sindir orang walaupun pada orang yang terdekat dengan aku. SO HARDCORE

aku sentiasa membuat assignments di saat yang terakhir. SO HARDCORE

aku pernah guna komputer di CC selama 8jam tanpa sebarang bayaran pun. SO HARDCORE

aku tak pernah buang pun pembalut chewing gum ke dalam tong sampah. SO HARDCORE

aku tak pernah pun simpan duit ke dalam tabung, aku simpan dalam bank je. SO HARDCORE

aku suka menyanyi walaupun suara aku sumbang. SO HARDCORE

aku pernah mencuri pemadam di waktu sekolah dahulu. SO HARDCORE

aku pernah juga bawa GameBoy dan handphone ke sekolah dahulu. SO HARDCORE

bila ada notis/memo yang mengatakan "Dilarang Sentuh", pasti aku akan sentuhnya juga. SO HARDCORE

HotWheels untuk budak kecil je? NO! aku masih lagi mengumpul HotWheels. SO HARDCORE

aku pernah pecahkan tabung untuk mengambil duit semata-mata hendak bermain di CC. SO HARDCORE

dan untuk membuktikan betapa HARDCORE nya diri aku ni, aku sertakan gambar yang begitu HARDCORE sekali;

nampak? aku makan Chicken Foldover pada waktu 2.34pagi tadi.