penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

31 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum.

so esok umat islam mula berpuasa. sekejap betul dah nak puasa, kan? gua rasa macam baru je 4-5bulan lepas je habis puasa. HAHA. sedar2 je, dah setahun habis berpuasa di tahun 2010 yang lepas. damn. oh ya, gua baru je habis bertarawikh tadi. alhamdullilah. walaupun orang tidak ramai di masjid saujana impian tadi, tapi kira ok lah kan. tapi bila gua singgah Tesco tadi, ehh ramai pula orang dekat sini. agaknya semua 'bersolat' dekat sini tadi kot. HAHA. ramai gila sampai gua pun tak jadi nak beli apa2 barang pun tadi. takpe lah, maybe orang ramai berpusu2 datang shopping malam2 ni sebab nak berbuka esok, kan.

so gua disini nak ucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca blog buruk gua ni, ya. jangan ponteng puasa dan tolong kurangkan berdating, nanti batal puasa pula. HAHA. ok, gua gurau2 saja tu.


semoga ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding tahun2 sebelum ini.


Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 5)

oh hai. maaf ler. lama tak update. gua agak busy sejak 2-3hari ni. banyak benda nak dibuat memandangkan bulan ramadhan dah nak bermula esok hari.



29 July 2011

kerosakan kereta bernilai jutaan ringgit di Monaco

wassup?

gua dah 2-3hari tak buat entri rasanya. so kali ni gua ada 1 berita yang boleh buat peminat kereta rasa terharu, sedih dengan kejadian yang berlaku ni. HAHA. gua sebagai peminat kereta pun rasa nak hantuk2 kepala bila terbaca berita kemalangan yang berlaku ni. damn.


gua rasa lu sendiri boleh nampak apa yang dah berlaku dalam gambar ni kan? huh. sakit hati wohh tengok gambar kereta2 mewah  + supercar boleh jadi camni. ok, so kejadian ini berlaku dihadapan Monaco's Du Place Casino dan ia membabitkan 5 buah kereta mewah yang dianggarkan hampir RM7 juta. yaaa, RM7 JUTA tu! kereta yang terbabit didalam kemalangan itu ialah Bentley Azure(bernilai RM2.4 Juta), sebuah Mercedes S-Class(RM700 Ribu), sebuah Ferrari F430(RM1.4 Juta), sebuah Aston Martin Rapide(RM1.4 Juta) dan juga sebuah Porsche 911(RM780 Ribu). WOW.

mengikut apa yang dilaporkan oleh pihak Sky News (sebuah syarikat penyiaran di Britain), kejadian itu berlaku apabila pemandu Bentley itu telah bergesel dengan pintu Mercedes sebelum menyeret Ferrari F430 yang kecil cenonet dan selepas itu ia merempuh Aston Martin dan Porsche pula. *facepalm*

p/s: kaya, mampu beli kereta mahal2, tapi tak pandai nak mengawal kereta itu. oh ya, Bentley memang sebuah kereta yang tersangat2 besar ya. kalau Bentley rempuh Kancil, memang Kancil jadi besi buruk je lah. takde effect agaknya Bentley ni. HAHA.

credit to: DUBdaily

27 July 2011

nota untuk followers dan bakal-follower blog aku

oh hai.

selamat tengahari mehh. dah lama aku tak buat entri waktu camni. selalunya waktu malam or waktu awal pagi je aku buat entri baru. HAHA. oh ya, ni adalah entri aku yang ni ditujukan khas untuk followers aku yang sedia ada ni dan juga nota untuk orang yang nak follow blog aku pada masa akan datang nanti.

aku bukan nak kurang ajar ke apa, tapi please follow aku kalau korang betul2 berminat nak dengan blog aku ni. jangan hanya kerana ada 1 entri dalam blog aku ni yang 'best' bagi korang, korang terus nak follow apa semua ni. aku tak suka orang follow blog aku kalau kamu ni hanya berminat baca 1 je entri dalam blog aku ni. rasa macam membazir je aku buat entri banyak2, tapi aku sorang yang nak baca. tapi kalau taknak follow, dan cuma nak jadi silent reader pun ok juga. gua takde hal lah bro/sis. HAHA.

tapi aku juga tak harap pun ada orang nak baca segala entri aku ni. because there is nothing special about my blog. HAHA. so yes, please do follow me if you really interested to be my follower. well, i'll try to update it everyday with more interesting entries just for my followers and silent readers. thank you, i love you too. HAHA

Angry Birds

oh hai peeps.

skrg ni sudah pukul 6am. yess. sudah dekat waktu subuh, dan aku masih belum lagi tidur. HAHA. biasalah, aku ni spesis nocturnal. so that means aku aktif waktu malam, dan membuta je waktu siang sampai ke petang. HAHA. pagi2 blur. gilo gapo aku ni.

oh ya, aku bukannya slowpoke ya. aku sejak awal tahun yang lepas lagi dah install game Angry Birds dalam pc aku ni. cuma baru2 ni je aku agak aktif nak menghabiskannya. HAHA. tapi baru2 ni juga aku dah update game AB aku ni kepada Western Style camtu lah kot sebab ada tema ala2 cowboy gitu. dan apa yang pasti, tema cowboy ni sangat2 ler susah. dapat 1star & 2star je. adehhh. selagi tak habis western theme ni, selagi tu aku takkan install versi RIO punya. HAHA.

so ini lah intro game ni. menarik. gambar burung dengan babi. LOL


169/189 star tuuu. tertinggal 20 star lagi. HAHA


stage pertama. semua 3 star. (senang sangat. HAHA)

masa ni stage 3-1. korang boleh nampak begitu banyak babi hijau disitu. HAHA

burung merah terbang tepat ke arah TNT. wooot!

selepas beberapa insiden bom meletup, batu terbang sana sini, so inilah score yg aku dapat.

menarik huh? kalau ada yang masih tak tahu mana nak cari game ni, errr... tanyalah Pakcik GOOGLE ya. HAHA. oh ya. ni ada 1 info lagi. Angry Birds versi PC lebih menarik & banyak level berbanding versi iPhone, iPad etc ya. tapi tu lah, dekat PC tak boleh nak touchscreen pula. damn!

untitled

selamat malam meh.

gua sebenarnya langsung tidak ada mood hendak berblogging sekarang ni. sebab gua rasa, entri2 gua sekarang ni terlalu sampah berbanding2 entri gua 5-6 bulan yang lepas. oh ya, yang dulu2 tu pun entri bangang2 juga, tapi gua rasa entri yang sekarang ni lagi bangang daripada yang dulu. siapa setuju? #LOL

gua rasa dulu lagi banyak gua menaip berbanding sekarang. sekarang ni gua banyak post gambar2 je sebab memang gua tiada idea hendak buat entri baru. ya2, gua tahu, pasti lu akan cakap "dah tau takde idea nak buat entri, buat apa ko gatal2 tangan nak update blog ko yang buruk ni, gila!" HAHA. gua tak kisah semua tu. apa ada hal bro? lulz.

gua perasan, sesetengah blogger boleh buat entri baru setiap hari, setiap jam, setiap saat sebab mereka banyak buat entri tentang apa yang berlaku dalam kehidupan mereka seharian. kalau gua ni, gua taknak ar asyik nak bercerita tentang hidup gua. memang ini blog gua, tapi rasa bosan ler kalau hari2 post entri gua pergi makanlah, gua pergi jalan2 lah. HAHA. lebih2 lagi gua ni lelaki, ada sesiapa kat sini nak baca kehidupan gua? kalau gua ni perempuan, maybe ar ada yang SUDI dan RAJIN nak baca entri tentang aktiviti harian gua. HAHA. oh ironinya, gua sibuk berkata2 tentang taknak taip entri tentang kehidupan gua, tapi gua sendiri yang tengah buat entri berkaitan hidup gua sekarang ni. #LOL

MOOD. OII MOOD. DATANGLAH KAT GUA NI OII. GUA NAK BUAT ENTRI YANG BERNAS SIKIT BERBANDING ENTRI2 BANGANG YANG SEDIA ADA SEKARANG NI OII.

26 July 2011

Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 4)

oh hai.

ini ialah part 4 untuk gambar2 yang gua kumpul selama ni. actually dah tak banyak yang gua dapat kumpul sebab internet problem sekarang ni. slow bebenor. haisyy.




25 July 2011

Botol Shisha Rekaan Porsche

oh hai peeps.

lu suka hisap shisha? gua pasti ada yang suka shisha, dan ada juga yang tak boleh tahan dengan bau shisha yang kuat pekat melekat tu, kan? HAHA. so disini gua nak perkenalkan botol shisha yang direka oleh pembuat kereta terkenal german iaitu PORSCHE. yaaa pembaca2 sekalian, PORSCHE design botol shisha.

gua rasa rekaannya sangat menarik. dah terlalu bosan tengok botol2 shisha yang ada dipasaran sekarang ni. design sama, corak & warna je yang lain. sekurang2 nya yang ini boleh jadi hiasan rumah sekali. HAHA. so setakat ni shisha rekaan porsche ini hanya boleh didapati di kedai barangan mewah HARRODS yang terletak di London sahaja. 

The Porsche Design Shisha ini berukuran 55cm (21.7inci) dan dibahagian atasnya di terdapat logo porsche yang diperbuat daripada aluminium, manakala yang lain2 diperbuat daripada bahan TecFlex.

credit to: DUB Daily

20 July 2011

contest & hadiah mengarut2

oh hai.

gua bukan nak buat contest pun. tapi gua nak bercakap tentang contest yang para blogger di dalam dunia internet ni suka anjurkan. gua bukan nak condemn sesiapa lah kan. tapi gua nak tertanya2 juga kenapa lu orang ni suka buat contest sampai 2-3bulan baru nak umum nama pemenang? ini bukan contest petronas ke apa.

kalau lu boleh bagi hadiah yang bernilai atleast RM100++ tu pun kira bagus lah. tapi ni bagi hadiah yang bernilai bawah rm50 je pun. lepas tu merepek2 je hadiah. alahai. dahlah hadiah bangang. lepas tu nak buat contest lama2 sampai sebulan, 2bulan, 3bulan baru nak habis. bangang, bangang, bangang. kalau dapat hadiah kereta ke, hadiah rumah ke, bagus juga kan. HAHA.

gua tahu lu pasti guna alasan bangang lagi sampah iaitu "Siapa nak bagi rm20 free oii cibaiiii! easy money woi!" heh. rm20 free? gua minta kat abang gua pun dia boleh bagi free apa? dan yang pasti, tak perlu nak tunggu 2bulan baru dia nak bagi rm20 kat gua. on the spot dia bagi. HAHA. puas hati dengan jawapan gua tu? kalau lu tak puas hati lagi, sila pergi mati.

inilah dia typical blogger. nak dapat rating, view yang tinggi dengan buat contest menarik, tetapi boleh menang hadiah yang mengarut2 dan perlu tunggu sampai sebulan dua baru nak umum pemenang. lepas tu kalau nak join, kena like facebook fan page dululah, itu lah, ini lah. lepas ni maybe lu suruh orang add page lu kat myspace, friendster, google+ apa semua tu pulak kan. apa salahnya just suruh diorang promosi nama blog lu tu je di blog diorang je? heh.

gua tak kisah lu nak buat contest ke apa. itu memang bagus. menggalakkan persaingan sesama blogger. TETAPI PERLU KE TUNGGU SEBULAN DUA UNTUK UMUM NAMA PEMENANG UNTUK HADIAH SECIPUT TU JE? itu je gua nak tanya lu. PERLU KE, HAH?? no wonder lah tak banyak orang nak join contest2 camni kalau dah hadiah mengarut2 dengan masa nak umum nama pemenang yang begitu lama. tapi lu apa kisah, ya tak? asalkan view, ranking blog lu mencanak2 naik dalam masa tarikh contest tu berlangsung, itu lu dah cukup puas hati, kan? HAHA. dan lagi satu ek, kalau camni lah cara2 nak naikkan rating & view blog dengan pantas, memang tiap2 bulan gua buat contest pun boleh. lepas tu bagilah hadiah RM20-RM30 je. apa kisah setakat keluar rm50 je tiap2 bulan, ya tak? HAHA.

p/s: oh ya, kalau lu BUTTHURT, sila angkat bontot lu yang sakit tu, lu belok kanan, lu belok kiri, lepas tu sila pergi mampus. adios.

19 July 2011

janganlah cerewet sangat!

selamat malam mehh.

so malam ni aku nak taip sebuah entri tentang manusia2 yang terlalu memilih sangat tentang nak ber-couple ni. aku sedar, zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu lagi dah. dulu mungkin sikap cerewet itu masih tidak menebal didalam diri masing2, jadi mereka lebih tahu menghargai orang lain. dizaman ini, sikap cerewet masing2 menebal tinggi didalam diri masing2 sehingga aku sendiri tak tahu nak bercakap camne lagi dah.

sekarang ni, aku boleh cakap ar yang KEBANYAKAN orang nak pasangan yang hensem/cantik & berpoket tebal. kalau poket tak tebal pun, dapat yang kacak/cantik tu pun dah kira cukup baguslah, ya tak? kalau muka macam tongkan pecah, tetapi berpoket tebal, itu pun dah kira ok. tetapi kalau muka takde, duit pun takde, tapi ada kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana2 macam motor ke, kereta ke, itu pun orang terima. HAHA.

what? aku taip apa yang benar je. memang zaman sekarang ni, zaman materialistik. zaman orang pentingkan kebendaan dan juga pentingkan paras rupa. biarlah sikap teruk sekalipun, tetapi kalau ada rupa, ada harta, pasti ada orang nak juga. am i right? HAHA. aku rasa, paling kelakar bila ada orang buat senarai ciri2 yang perlu ada pada seseorang tu sebelum nak ber-couple. walaupun ramai orang cakap nak dapat lelaki atau perempuan penyayanglah, baiklah, caring lah, tapi akhirnya wajah/harta juga yang dipilih. betul? tak betul ek? apa ada hal.

ok2. aku silap ar pasal harta apa tu sebab orang tak pandang harta sangat. kebanyakannya pandang wajah yang hensem/cantik menarik tertarik ko memang da bom je lah. HAHA. tu pasallah kadang2 aku rasa nak gelak siap guling2 atas lantai lagi bila tengok orang putus 'cinta' sebab memang dah ternyata, korang ni dah salah pilih kekasih. nak sangat yang kacak/cantik kan, so kena ar pandai jaga. biasalah, bila ada rupa ni, 'maintenance' tinggilah dohh. tak pandai jaga, memang senang2 je disambar orang lain. HAHA. korang kena ingat tu, tidak semuanya yang cantik diluar, didalamnya juga cantik seperti luarannya. TIDAK SEMUA, ok.

aku pelik, ada yang hatinya telah berkali2 dikecewakan oleh orang2 yang ada rupa ni, tetapi dia masih lagi hendak mencari pasangan yang wajahnya hensem/cantik. kenapa? kenapa? aku tidak pasti. tetapi mungkin sebab mereka yang ada rupa ni lebih pandai bergaya dari orang yang sikap & hatinya baik tu. orang kata "lebih nampak BadAss" begitulah agaknya. ini pendapat aku je. HAHA.

kena sedar, orang tidak berduit, tidak mempunyai rupa yang menawan itu, mungkin hatinya lebih baik. lebih pandai menyayangi & menghargai diri korang andai diberi peluang hendak ber-couple. mereka juga mempunyai perasaan macam manusia yang lain, ok. tidak salah hendak mencari yang hensem/cantik, tetapi berjaga2 lah. andai diri telah ditipu berkali2 dengan orang begini, apa salahnya korang cuba 'longgarkan' sedikit syarat2 hendak ber-couple korang tu. korang tak rugi apa pun. entah2, korang bertemu cinta sejati korang ke. manalah tahu kan. andai ada jodoh.

oh ya, entri aku bukan bermaksud hendak cemburu pada sesiapa pun. tetapi ianya cuma sekadar memberi pengingatan sahaja. korang nak ikut, taknak ikut, itu korang punya pasal. kubur lain2 lah kata orang. aku buat post ini sekadat nak mengingat je yang kita tidak boleh terlalu cerewet dalam hendak ber couple ni. kalau letak ciri2 yang terlalu 'perfect', memang sampai ke tua lah korang takkan berkahwin. HAHA. so, janganlah cerewet sangat!

couple berkali-kali, tetapi cinta sejati hanya muncul sekali sahaja dalam seumur hidup...

mesej2 merepek dari iPhone.

selamat petang mehh.

minggu ni gua agak aktif sikit nak buat entri baru. lu orang taknak baca, takpe. gua takde hal lah bro & sis sekalian. ini blog memang gua buat suka2 untuk gua baca sorang2 je. HAHA.




18 July 2011

ianya betul-betul menyedihkan...

ianya.... betul-betul.... menyedihkan....




Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 3)

selamat malam lagi skali.

ok, so ni post yang ke-3 untuk entri G.M.Y.A.K aku. enjoy.







header baru

wassuuuuuuuuuuuupppppppppppppppppppppp???????

selamat malam mehh.

so kalau korang perasan, aku dah tukar header baru.

actually rekaannya sama je macam header lama.

cuma yang baru ni boleh berkelip2 je lah. HAHA

ok, tu je yang aku nak taip untuk entri ni.

adios!

Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 2)

selamat tengahari mehh.

ok bro & sis sekalian. ini adalah post GMYAK part 2. kalau korang ni main serbu je baca part 2 terus dan masih belum baca part 1, so korang boleh baca part 1 disini.


 


Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (PART 1)

wassuuuuuuuuppppppppppppp bro & sis sekalian.

sebulan berlalu, sampai dah bersawang dah blog aku ni. HAHA.

so malam ni aku nak post gambar2 merepek je lah. takde idea nak buat entri apa pun. ni aku main bantai je lah letak gambar banyak2. HAHA

aku akan post dalam 10 gambar je lah dalam setiap entri untuk Gambar2 Merepek Yang Aku Kumpul (GMYAK) ni.