penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

15 July 2013

Lagu Raya Yang Wajib Didengar

oh hai. selamat malam mehh.

maaf sebab sudah hampir 3bulan tak update blog ni. bukan takde masa nak update, cuma aku ketandusan idea apa yang perlu aku update. tak kan lah aku asyik nak letak gambar aku memasak je kat dalam blog, aku sendiri naik muak tengok muka aku dalam blog ni. HAHA.

kalau korang pernah baca entri aku yang lepas-lepas tu, pasti korang akan terbaca 5 buah entri istimewa tentang lagu-lagu yang wajib didengar ketika sewaktu raya nanti. well, kebanyakan lagu-lagu ni memang korang pernah dengar, tetapi aku pasti ada beberapa lagu tu korang tak pernah dengar pun.

so, kalau korang nak dengar semua lagu tu, bolehlah masuk ke setiap entri tersebut;

BAHAGIAN PERTAMA.

BAHAGIAN KEDUA.

BAHAGIAN KETIGA.

BAHAGIAN KEEMPAT.

BAHAGIAN KELIMA.

and yes, aku minta maaf sebab baru aku perasan ada sesetengah video yang aku share ni rupanya sudah ditutup oleh pihak youtube. so, korang kena search video lain sendiri lah ya. HAHA.

walaupun ni baru nak masuk hari ke-6 puasa, tetapi aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA awal-awal lah pada korang. andai ada silap salah, aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. ciao.

22 April 2013

Tolong Jangan Biadab

oh hai. selamat petang lagi sekali.

yaaaaa, aku lagi. selang berapa minit je dari entri tadi. HAHA. ok so kali ni aku nak buat 1 entri istimewa untuk golongan 'istimewa + bangang nak mampus' jenis tak tahu nak menjawab soalan dengan sopan santun. tetapi kenapa aku kata begini?

well, sebab kebelakangan ni aku sering terbaca komen-komen didalam group facebook yang aku sertai, dimana ada orang bertanyakan soalan, tetapi spesis bangang yang menjawabnya langsung tiada adab. sudahlah tidak menjawab soalan berkenaan, lepas tu siap perli + kutuk lagi disebabkan orang yang bertanyakan itu tidak 'membaca peraturan', 'tidak membaca file, nota' dan segalan kebabian yang lagilah yang terdapat didalam group berkenaan.

macam ni lah ek, memang salah orang tu bertanyakan soalan berkenaan tanpa membaca & merujuk kepada fail-fail yang terdapat group berkenaan, tetapi itu tidak bermakna orang itu patut dicaci kerana HAL KECIL sebegitu. malah MEMANG ramai orang ada akaun facebook, tetapi itu tidak bermakna mereka betul-betul tahu akan kegunaan facebook ni selain chatting, buat status, upload gambar je.

malah kalau baru 1st time sertai group didalam facebook ni, adakah mereka terus dikira CEKAP menggunakan facebook ni? aku pasti ramai yang join group difacebook, tetapi korang tak akan check satu persatu pun apa yang terkandung didalam group berkenaan.

sama juga macam beli kereta, adakah korang akan baca BUKU MANUALnya? pastinya tak kan? pasti korang akan bertanyakan soalan tentang hal yang korang tak faham tentang kereta itu pada orang yang lebih pakar. tetapi korang akan sakit hati tak kalau 'si pakar kereta' ni tiba-tiba menyindir, mengutuk korang sebab korang tak baca buku manual kereta tersebut sebelum bertanyakan soalan? silap haribulan 'si pakar kereta' tu makan penendang dekat muka sebab buat sikap camtu.

so, kepada sesiapa yang bangang buat camni, aku nasihatkan satu je lah ek. memang korang dah expert, tetapi tidak perlulah nak kutuk, tidak perlu mencaci kepada orang yang kurang pengetahuan itu. kalau korang malas sangat nak jawab pun, sekurang-kurangnya cakaplah dengan sopan. tak perlu biadab. jangan nak jadi 'keyboard warrior' sangat kat dalam facebook tu mahupun website lain sebab kalau korang buat camni depan-depan, memang makan penumbuk kat muka jawab nya.

so, please lah ek, jawab dengan sopan. orang tanya elok-elok, korang pun jawab elok-elok. lainlah kalau yang bertanyakan tu memang biadab, then ikut suka hati korang lah nak jawab camne pun. ini sudahlah korang jawab dengan biadab, lepas tu berani pula nak meniaga jual barangan kat dalam group tu. gila ke? good luck lah ek dapat pelanggan dengan sikap bangang tak sudah korang tu. HAHA.

p/s: kalau malas sangat nak jawab setiap soalan pun, korang copy paste je lah jawapannya. itupun susah sangat ke? cuba bangang tu simpan sikit, jangan tunjuk sangat dekat orang.


golongan macam ni memang buat aku facepalm.

argghhh. sudahlah. sampai sini je lah entri panjang lebar aku ni. ciao.

Apa Sudah Jadi Oiii???

oh hai. selamat petang mehh.

aku tak sedar pula kali terakhir aku update blog ni bulan mac yang lepas dan yang lebih 'mengagumkan' ialah aku baru je update 4 entri untuk tahun ni berbanding berpuluh-puluh entri macam tahun 2012 dan 2011. silap-silap sampai hujung tahun ni aku hanya ada kurang dari 20 entri kot untuk 2013 ni. HAHA.

tapi nak buat camne, aku memang tak busy, tetapi aku cuma ketandusan idea untuk buat entri baru. aku taknak lah update blog ni banyak sangat dalam sehari macam nak update status facebook dan twitter pula kan. kalau ada 30000 follower sekalipun, tapi tiap-tiap kali letak entri bangang pun tak guna juga, kan? nanti orang muak. HAHA.

lagipun blog aku ni bukannya blog hiburan, bukan juga blog laporan berita dunia ke apa mahupun blog murahan letak iklan penuh atas bawah blog ini. blog BILA AKU BERFIKIR ini hanyalah blog biasa, blog yang dipenuhi dengan hasil buah fikiran aku.

malah ada kawan aku minta aku buat facebook page untuk blog aku ni, tapi aku jawab senang je kat dia "selagi blog aku masih belum cecah 500 follower, selagi itulah aku takkan buat facebook page". HAHA. aku saja taknak buat dulu sebab follower blog aku ni baru 119 je, kalau aku buat facebook page sekarang ni, siapa yang nak LIKE hah?

lagipun dah dikira bagus dah kalau aku dapat update 1 entri untuk blog aku ni tiap-tiap bulan sekalipun, kan? HAHA. so sampai sini je lah entri untuk kali ini. ciao.

24 March 2013

Resipi Orang Bujang: Cucur Tepung Gaya Pemalas

Oh hai. Selamat pagi dan selamat bersantai di hari hujung minggu.

Memandangkan kali terakhir aku update blog ini pada 3minggu lepas, jadi aku terasa seperti hendak buat entri baru lah untuk blog aku ni. Tetapi kali ni aku taknak buat entri panjang lebar ke apa. Cuma aku nak berkongsi lah 1 resipi yang aku dah expert buat ni selain resipi masak maggi dan jerang air. HAHA.

Resipi aku ni memang mudah sahaja.... Ehh, silap. Ini bukan mudah, tetapi SANGAT MUDAH. Malah kalau korang baru bangun tidur, boleh terus pergi masak resipi aku ni lah. Tetapi jangan mamai sangat sampai tercelup tangan dalam minyak panas pula. HAHA.

"Cucur Tepung Gaya Pemalas"

1. Minyak masak. (Takkan nak goreng guna air pula, kan?)

2. Tepung gandum. (Nak cuba tepung lain pun boleh, tetapi kalau tak sedap jangan salahkan aku.)

3. Secubit garam. (Takkan secubit je? Bagilah setampar, seterajang sekali.)

4. Sos cili (Sebagai penambah rasa.)


Panaskan minyak dahulu. 
(Maaf, kuali usang.)


Masukkan seberapa banyak tepung & garam pun yang korang suka.
(Kalau nak makan beramai-ramai, letaklah banyak sikit.)


Masukkan air dan kacau dengan sudu sehingga ia kelihatan cair sebegini.
(Tetapi jangan terlalu cair!)


Goreng selama 1-2minit bagi setiap bahagian atas dan bawah.
(Tak perlu lama-lama sebab ini nipis je, bukan tebal macam cucur seketul-seketul tu.)


Selepas siap menggoreng, hidangkan di atas meja dengan sos cili.
Jamahlah hidangan ini sambil minum bersama segelas air teh panas.


Reaksi "Sedap wohhhh!!" terserlah diwajah aku. HAHA.


Kalau korang nak letak ikan bilis ke, cili ke, gula ke, itu ikut suka hati korang lah. Aku tak letak semua tu sebab aku malas. Kalau aku rajin sangat, takde lah aku letak tajuk "Cucur tepung gaya PEMALAS" kan. HAHA. So, sampai sini je lah entri dari aku untuk kali ini. Kalau mood rajin aku datang lagi, aku update lah blog ni lagi ek. ciao.

01 March 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

oh hai. selamat malam mehh.

kali ni aku nak buat entri istimewa untuk diri aku. setahun sekali maaa. apa salahnya. *sobbing*



HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME, 




27 February 2013

Gangster Celop

oh hai. pe kabar mehh?

so kali ni aku nak reviu sikit sebuah filem hasil anak tempatan yang baru masuk panggung wayang minggu lepas. mungkin ramai yang dah menonton atau dah dengar tentang nama filem Gangster Celop ni kan? ok so pagi tadi aku pergi ke The Mines, Serdang dengan niat dihati nak pergi hantar komputer ni untuk dibaiki lah.

celop?

tetapi memandangkan aku ada 3-4jam masa lapang sebelum bas yang seterusnya tiba, jadi aku buatlah keputusan hendak menonton filem. kalau ikut plan sebenar, aku nak menonton filem A Good Day to Die Hard . tetapi memandangkan tiket untuk filem Die Hard ni hanya ada pada waktu petang je, jadi aku pun terpaksalah beli tiket filem yang paling awal disiarkan pada waktu ini iaitu Gangster Celop lah.

aku malas nak taip panjang, tetapi apa yang aku boleh katakan ialah filem Gangster Celop ni CUKUP BODOH + SAMPAH, malah aku rasa IQ aku dah turun 60% lepas habis menonton filem tu tadi. dan rasanya aku gelak-gelak biasa hanya sebanyak 4-5kali je. yang lain-lain tu semuanya adegan yang langsung tidak kelakar, malah kening aku berkerut-kerut masa menonton filem tu sebab memang bodoh, bodoh dan bodoh sekali jalan ceritanya.

sorry to say lah kepada pengarahAhmad Idham, tapi filem kau semuanya sampah-sampah belaka bro. dan kesampahan filem kau ni terserlah sungguh bermula dari filem Senario The Movie: Episod 1 tu, sampailah sekarang dan rasanya antara filem-filem kau dari tahun 2008 sampailah sekarang ni maybe adalah 4-5buah filem je yang boleh diterima penonton. yang lain-lain tu layak masuk drama TV je bro.

dan lagi 1 bro, kalau filem kau tu tak sampai 1jam 30minit pun, better kau siar kat TV je bro. atleast kau boleh letak 30-40minit iklan dalam slot tayangan 2jam tu. tak payahlah filem sependek ini pun nak siar kat panggung wayang. buat semak je oiii. metrowealth buat filem pendek, kau pun nak cabar buat filem pendek juga ke bro? adoiii.

*aku beri markah 1.5/10*
(inilah rating untuk filem yang paling rendah pernah aku berikan.)

dah-dah, sampai sini je lah aku nak taip. ciao

01 February 2013

Ulasan: Ninetology Insight i9430

oh hai. selamat petang mehh.

so kali ni aku nak buat reviu tentang sebuah telefon bimbit berjenama Ninetology. pernah dengar nama ni? mungkin korang pernah dengar kot. tetapi Ninetology ni tiada kena-mengena dengan Scientology ya, harap maklum. HAHA.

Ninetology ni adalah jenama dari MALAYSIA ya. so mengikut website Ninetology ni, setakat ini mereka sudah keluarkan 7 buah handphone dan juga 2 buah tablet. tetapi yang paling terkenal sekarang ini ialah BlackPearl 2, Insight dan juga Stealth 2. tetapi aku beli Insight sebab stok untuk BlackPearl 2 dah habis. cissss.

oh ya, aku beli handphone Ninetology Insight i9430 ini dengan menggunakan rebat RM200 SKMM tu. so harga asalnya RM699, tetapi setelah ditolak rebat SKMM tu, aku beli dengan harga RM499 je. kira ok lah tu, kan?


kotak Ninetology Insight i9430. simple je dengan logo angka 9 yang bapak besar.


belakang kotak tercetak maklumat mengenai spesifikasi phone ini.


mari kita periksa apa isi kandungan kotak tersebut.


aku gembira sebab kotaknya besar. 
tak macam kotak phone mahal yang lain, bayar mahal, tapi kotak kecil gila. puihhh.


segala benda yang penting ada didalam kotak ini. (ofcourse lah kan)


warranty card, DIGI sim card, charger, earphone, USB cable, 
another screen protector, battery, manual book.


charger paling kecil pernah aku tengok. even charger nokia aku pun lagi besar daripada ni.


skrin bersaiz 4.3inci IPS Display, WVGA 800x480 resolution.
agak besar juga. tetapi tidak sebesar skrin Galaxy Note.


kamera belakang 8MP + kamera depan 2MP + dual LED flash = AWESOME.


dapat casing percuma yang berwarna oren. warna lain habis stok. cissss.
oh ya, korang akan dapat screen protector juga. so now ada 2!


handphone touchscreen pertama aku yang berjenama CSL
yang telah berusia lebih dari setahun dan juga handphone
touchscreen kedua yang baru berusia 5hari. HAHA.


dah puas tengok gambar-gambar itu? kali ni aku nak terangkan maklumat mengenai handphone ini pula. kalau korang beli handphone jenama Ninetology ini, berkemungkinan besar phone korang akan disertakan dengan kad sim digi dan kalau korang cabut kad sim tersebut, warranty korang akan void serta-merta.

tetapi kalau ada kedai yang baik hati, mungkin mereka tak peduli pun sama ada korang simpan or cabut sim card digi tersebut. so, Ninetology Insight di install dengan Operating System (OS) Android yang diberi nama Ice Cream Sandwich (ICS) 4.0.4. yup, aku terasa nak makan ice cream sandwich pula sekarang ni. HAHA.

 ok, berbalik kepada soal bateri pula. Insight disertakan dengan bateri sebesar 1800mAh ya. so korang boleh surf internet, main games, mahupun call orang untuk beberapa jam lamanya. tetapi kena ingat, bila dah lama sangat korang guna phone ni tanpa stop, nanti phone ini juga akan mengalami problem cepat panas sepertimana smartphone lain hadapi.

Insight juga dilengkapi dengan kamera belakang 8MP yang mempunyai fungsi HDR, Face Detection, Auto Focus dan juga mode menangkap gambar Panorama. agak sharp juga gambar yang diambil. malah korang juga boleh rakam video HD 720p menggunakan phone ni. so memang puas hatilah dengan harganya yang murah ni kan. lepas tu korang juga boleh mengambil gambar menggunakan kamera depan yang bersaiz 2MP + buat video call. hebat eh?

gambar yang diambil dari bilik aku menggunakan kamera 8MP.

contoh video HD yang dirakam menggunakan Ninetology Insight


selain itu Insight mempunyai CPU dual core processor berkelajuan 1GHz dan ia juga mempunyai internal memory bersaiz 4GB, tetapi boleh up sampai 32GB kalau korang tambah memory card. tetapi sayangnya RAM hanya bersaiz 512MB je. so tak bolehlah nak multitask sangat ke pe. nanti jadi slow, laggy pula phone ni.

GPS dan A-GPS juga telah tersedia ada didalam Insight, tetapi memang tersangat slow. berminit-minit-minit masa diambil untuk lock kedudukan diri. selain daripada GPS, Insight juga mempunyai fungsi WiFi, Radio, Bluetooth. yup, unik sikit lah sebab ada radio. berapa banyak smartphone zaman sekarang ada radio? HAHA.

oh ya, kalau korang ni kaki games, ada good news lah untuk korang sebab banyak new games boleh dimain menggunakan handphone ini. contohnya Need For Speed Most Wanted, Dead Trigger dan juga beberapa lagi nama games yang famous.

antara games yang boleh install ke dalam Ninetology Insight.


antutu benchmark mencecah 6000++ kira ok lah tu.

P/S: kalau nak ambil screenshot, sila tekan butang power + butang 'volume down'

UPDATED: Casing Baru Berwarna Biru.





amacam? cool tak casing ni?
kepada sesiapa yang berminat nak beli aksesori untuk Ninetology Insight boleh beli di SINI.

so rasanya sampai sini je lah reviu dari aku. kalau korang rasa berminat dengan phone ni, cepat-cepatlah beli ya sementara stok masih ada dan jangan lupa LIKE page Ninetology untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang promosi dan update ya. ok ciao.