penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

27 February 2013

Gangster Celop

oh hai. pe kabar mehh?

so kali ni aku nak reviu sikit sebuah filem hasil anak tempatan yang baru masuk panggung wayang minggu lepas. mungkin ramai yang dah menonton atau dah dengar tentang nama filem Gangster Celop ni kan? ok so pagi tadi aku pergi ke The Mines, Serdang dengan niat dihati nak pergi hantar komputer ni untuk dibaiki lah.

celop?

tetapi memandangkan aku ada 3-4jam masa lapang sebelum bas yang seterusnya tiba, jadi aku buatlah keputusan hendak menonton filem. kalau ikut plan sebenar, aku nak menonton filem A Good Day to Die Hard . tetapi memandangkan tiket untuk filem Die Hard ni hanya ada pada waktu petang je, jadi aku pun terpaksalah beli tiket filem yang paling awal disiarkan pada waktu ini iaitu Gangster Celop lah.

aku malas nak taip panjang, tetapi apa yang aku boleh katakan ialah filem Gangster Celop ni CUKUP BODOH + SAMPAH, malah aku rasa IQ aku dah turun 60% lepas habis menonton filem tu tadi. dan rasanya aku gelak-gelak biasa hanya sebanyak 4-5kali je. yang lain-lain tu semuanya adegan yang langsung tidak kelakar, malah kening aku berkerut-kerut masa menonton filem tu sebab memang bodoh, bodoh dan bodoh sekali jalan ceritanya.

sorry to say lah kepada pengarahAhmad Idham, tapi filem kau semuanya sampah-sampah belaka bro. dan kesampahan filem kau ni terserlah sungguh bermula dari filem Senario The Movie: Episod 1 tu, sampailah sekarang dan rasanya antara filem-filem kau dari tahun 2008 sampailah sekarang ni maybe adalah 4-5buah filem je yang boleh diterima penonton. yang lain-lain tu layak masuk drama TV je bro.

dan lagi 1 bro, kalau filem kau tu tak sampai 1jam 30minit pun, better kau siar kat TV je bro. atleast kau boleh letak 30-40minit iklan dalam slot tayangan 2jam tu. tak payahlah filem sependek ini pun nak siar kat panggung wayang. buat semak je oiii. metrowealth buat filem pendek, kau pun nak cabar buat filem pendek juga ke bro? adoiii.

*aku beri markah 1.5/10*
(inilah rating untuk filem yang paling rendah pernah aku berikan.)

dah-dah, sampai sini je lah aku nak taip. ciao

2 Comments:

Unknown said...

teruk bebenor cite ni kalao rate xcapai 2. haha. mujur tak tengok lagi.

Izzat said...

kalau ikut pendapat saya, cerita ni memang teruklah. tetapi tak tahulah apa pendapat orang lain pula, kan. haha.