penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

22 April 2013

Tolong Jangan Biadab

oh hai. selamat petang lagi sekali.

yaaaaa, aku lagi. selang berapa minit je dari entri tadi. HAHA. ok so kali ni aku nak buat 1 entri istimewa untuk golongan 'istimewa + bangang nak mampus' jenis tak tahu nak menjawab soalan dengan sopan santun. tetapi kenapa aku kata begini?

well, sebab kebelakangan ni aku sering terbaca komen-komen didalam group facebook yang aku sertai, dimana ada orang bertanyakan soalan, tetapi spesis bangang yang menjawabnya langsung tiada adab. sudahlah tidak menjawab soalan berkenaan, lepas tu siap perli + kutuk lagi disebabkan orang yang bertanyakan itu tidak 'membaca peraturan', 'tidak membaca file, nota' dan segalan kebabian yang lagilah yang terdapat didalam group berkenaan.

macam ni lah ek, memang salah orang tu bertanyakan soalan berkenaan tanpa membaca & merujuk kepada fail-fail yang terdapat group berkenaan, tetapi itu tidak bermakna orang itu patut dicaci kerana HAL KECIL sebegitu. malah MEMANG ramai orang ada akaun facebook, tetapi itu tidak bermakna mereka betul-betul tahu akan kegunaan facebook ni selain chatting, buat status, upload gambar je.

malah kalau baru 1st time sertai group didalam facebook ni, adakah mereka terus dikira CEKAP menggunakan facebook ni? aku pasti ramai yang join group difacebook, tetapi korang tak akan check satu persatu pun apa yang terkandung didalam group berkenaan.

sama juga macam beli kereta, adakah korang akan baca BUKU MANUALnya? pastinya tak kan? pasti korang akan bertanyakan soalan tentang hal yang korang tak faham tentang kereta itu pada orang yang lebih pakar. tetapi korang akan sakit hati tak kalau 'si pakar kereta' ni tiba-tiba menyindir, mengutuk korang sebab korang tak baca buku manual kereta tersebut sebelum bertanyakan soalan? silap haribulan 'si pakar kereta' tu makan penendang dekat muka sebab buat sikap camtu.

so, kepada sesiapa yang bangang buat camni, aku nasihatkan satu je lah ek. memang korang dah expert, tetapi tidak perlulah nak kutuk, tidak perlu mencaci kepada orang yang kurang pengetahuan itu. kalau korang malas sangat nak jawab pun, sekurang-kurangnya cakaplah dengan sopan. tak perlu biadab. jangan nak jadi 'keyboard warrior' sangat kat dalam facebook tu mahupun website lain sebab kalau korang buat camni depan-depan, memang makan penumbuk kat muka jawab nya.

so, please lah ek, jawab dengan sopan. orang tanya elok-elok, korang pun jawab elok-elok. lainlah kalau yang bertanyakan tu memang biadab, then ikut suka hati korang lah nak jawab camne pun. ini sudahlah korang jawab dengan biadab, lepas tu berani pula nak meniaga jual barangan kat dalam group tu. gila ke? good luck lah ek dapat pelanggan dengan sikap bangang tak sudah korang tu. HAHA.

p/s: kalau malas sangat nak jawab setiap soalan pun, korang copy paste je lah jawapannya. itupun susah sangat ke? cuba bangang tu simpan sikit, jangan tunjuk sangat dekat orang.


golongan macam ni memang buat aku facepalm.

argghhh. sudahlah. sampai sini je lah entri panjang lebar aku ni. ciao.

Leave your comment