oh hai. selamat petang mehh.
aku tak sedar pula kali terakhir aku update blog ni bulan mac yang lepas dan yang lebih 'mengagumkan' ialah aku baru je update 4 entri untuk tahun ni berbanding berpuluh-puluh entri macam tahun 2012 dan 2011. silap-silap sampai hujung tahun ni aku hanya ada kurang dari 20 entri kot untuk 2013 ni. HAHA.
tapi nak buat camne, aku memang tak busy, tetapi aku cuma ketandusan idea untuk buat entri baru. aku taknak lah update blog ni banyak sangat dalam sehari macam nak update status facebook dan twitter pula kan. kalau ada 30000 follower sekalipun, tapi tiap-tiap kali letak entri bangang pun tak guna juga, kan? nanti orang muak. HAHA.
lagipun blog aku ni bukannya blog hiburan, bukan juga blog laporan berita dunia ke apa mahupun blog murahan letak iklan penuh atas bawah blog ini. blog BILA AKU BERFIKIR ini hanyalah blog biasa, blog yang dipenuhi dengan hasil buah fikiran aku.
malah ada kawan aku minta aku buat facebook page untuk blog aku ni, tapi aku jawab senang je kat dia "selagi blog aku masih belum cecah 500 follower, selagi itulah aku takkan buat facebook page". HAHA. aku saja taknak buat dulu sebab follower blog aku ni baru 119 je, kalau aku buat facebook page sekarang ni, siapa yang nak LIKE hah?
lagipun dah dikira bagus dah kalau aku dapat update 1 entri untuk blog aku ni tiap-tiap bulan sekalipun, kan? HAHA. so sampai sini je lah entri untuk kali ini. ciao.
Leave your comment
Post a Comment