penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

26 June 2012

Gambar Biasa? Gambar DSLR? HUH?

oh hai. selamat awal pagi mehh.

setelah seminggu aku tak update blog bengong aku ni, jadi kali ni aku nak buat entri tentang application kesukaan yang sering aku gunakan di handphone CSL MI300 aku ni iaitu AfterFocus.

aku malas nak taip panjang lebar waktu ni. mehh layankan aje gambar yang aku sediakan;




aku pilih gambar yang paling kacak sekali. HAHA. 
sila muntah sekarang ya.


mula-mula tekan 'Focus', dan pilih bahagian yang korang nak fokus kan.


lepas tu tekan 'Mid' untuk hilangkan area yang korang tak perlukan waktu fokus nanti.


selepas itu tekan anak panah warna biru di atas tu.
ok, lepas tu mulalah edit camne pun yang korang nak.
aku cuma edit background supaya ianya di jadi lebih kabur.


kalau taknak edit blur sangat, boleh terus masuk mod 'Filter' je.
ada berbagai-bagai jenis filter disini.


aku pilih mod Vintage untuk gambar aku ni.


lepas tu pilih vignetting pula untuk buat sekeliling gambar aku menjadi agak gelap.


lepas tu terus save je.


inilah hasilnya. ada macam INSTAGRAM tak? HAHAHAH.


amacam ok tak? HAHA

oh ya, yang aku guna ni versi untuk Android ya. aku tak berapa pastilah tentang iPhone ataupun pengguna perisian Windows phone mahupun Nokia. kalau ada, silalah beli ya. tak mahal pun. yang aku guna ni versi free je. kalau guna versi Pro, lebih banyak filter boleh digunakan dan saiz gambar yang boleh di save pun lebih besar. aku tak beli versi pro sebab aku malas nak on internet handphone aku ni. mahal gila kena caj untuk itu aje. HAHA.

so sampai sini je entri aku pagi ni. ciao.

16 June 2012

Popeyes

oh hai. selamat awal pagi mehh.

kali ni aku nak buat entri tentang POPEYES. oh no no no no. bukan kartun Popeye tu dohh. tapi ini adalah sebuah restoran makanan segera yang seangkatan dengan KFC dan MCD tu. orang-orang yang duduk kawasan selangor & kuala lumpur mungkin pernah dengar lah kot nama restoran POPEYES ni.


logo restoran POPEYES


so apa yang special tentang POPEYES ni ek kalau dibandingkan dengan KFC dan juga MCD dan juga restoran-restoran makanan segera yang lain? oh well, setiap restoran adalah keunikan yang tersendiri kan. kalau MCD terkenal dengan burger nya yang sedap + tapi agak bersepah dengan sayur tu. HAHA.

KFC pula terkenal dengan ayam goreng dan juga zinger burger nya yang sungguh lazat sehingga menjilat ibu jari kaki sendiri. HAHA. PIZZA HUT sudah tentulah terkenal dengan berbagai jenis piza nya kan, tak kan lah terkenal dengan burger pula. HAHA.

jadi, apa pula yang istimewanya dengan POPEYES ni? mehh aku citer kan ya. restoran POPEYES ni dah tentu lah berasal dari luar negara kan dan ia mula muncul di Malaysia ni pada hujung tahun 2010 kalau tak silap aku lah sebab rasanya aku pernah makan POPEYES ni dengan bro aku waktu kedai ni buat promosi sempena pelancaran nya di The Mines dahulu.

aku belum pernah rasa lagi lah burger nya atau pun resipi yang lain sebab sekarang ni aku tak habis-habis beli set makanan nya yang ada ayam goreng + fish&chips gitu + 2 scoop nasi bersama kuah dan juga mashed potato nya. HAHA. sedap dohh! You must try it!

ada orang samakan mashed potato nya dengan KFC punya. tetapi pada pendapat aku lah, mashed potato POPEYES ni lah yang terbaik sebab dia macam ada pedas sikit, lepas tu ada something lagi lah dalam tu yang menambahkan sedap nya sampai boleh membuatkan aku makan sampai licin bekas nya itu. mashed potato KFC sudah terlalu mainstream sekarang ini. HAHA.

oh ayam goreng nya pula istimewa juga lah bagi aku sebab aku rasa ia juga sangat sedap. tetapi dalam hal ini, sudah tentulah KFC juara nya.  dah nama pun Kentucky FRIED CHICKEN kannnn. HAHA. ok kalau nak di cakap tentang harga nya pula, errrr, hampir sama mahal macam KFC dan juga MCD lah kot. HAHA.

tapi aku rasa lah, walaupun harganya hampir sama mahal macam restoran lain, tetapi aku rasa lagi kenyang lah makan POPEYES ni sebab ayam goreng nya besar juga lah, lepas tu fish&chips juga besar dan juga aku tengok saiz burger nya pun besar juga lah.

sekarang ni boleh dikatakan seminggu sekali dua lah aku akan makan POPEYES di The Mines, Serdang ni. makanan yang menjadi pilihan aku sudah tentulah SET D yang mengandungi seketul ayam goreng, seketul fish&chips, 2 scoop nasi + kuah dan juga semangkuk kecil mashed potato. kalau korang taknak mashed potato, boleh ditukar dengan coleslaw atau beberapa lagi side dish yang lain.

aku berikan markah 6.5/10 kepada restoran POPEYES je lah kerana layanan krew yang peramah, makanan sedap dan juga deco restoran simple tetapi menarik. tetapi kurang 3.5 markah sebab aku tak faham kenapa sudah hampir pukul 11pagi, tetapi segala makanan masih belum siap di masak walaupun kedai nya dah nak dekat sejam buka agaknya. aku rasa better diorang buka lambat je, kalau makanan belum siap. HUH.

oh ya, kedai ni ada 5 cawangan je sekarang ni iaitu di The Mines, Wangsa Walk, e@Curve, Mid Valley dan juga Sunway Pyramid je. even KLCC dan juga Pavi pun takde restoran ni. HAHA. aku rasa cawangan POPEYES di The Mines ni yang pertama di Malaysia kot sebab ianya tersenarai di atas sekali di dalam website POPEYES Malaysia. oh ya, sila like page facebook POPEYES Malaysia juga ya.

yang best nya tu, POPEYES juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. see, hebat tak? baru 5 cawangan dah ada servis cam ni. walaupun just boleh hantar di kawasan selangor dan kuala lumpur je, tetapi lagi bagus lah daripada KFC kan. HAHAHAHAHA. So Good konon. *facepalm*

sampai sini je entri aku. so, ciao sayonara selamat tinggal assalammualaikum.

14 June 2012

Tagged VS Facebook

oh hai. selamat malam mehh.

so, kali ni aku nak menaip tentang 2 'laman sesawang' (website. HAHA) yang aku sangat suka di saat ini iaitu Tagged dan juga Facebook. oh well, aku tak suka facebook sangat sebab disana aku banyak kawan yang boleh aku kata kan sebagai "Somebody that I used to know" je lah. HAHA.

mengikut pendapat aku yang dah menggunakan Tagged hampir 6tahun dan juga pengguna Facebook hampir 3tahun ni, setiap social website pasti lah ada pro & contra masing-masing kan. jadi disini aku nak list kan beberapa lah pro & cons website yang aku suka & tak berapa suka sangat ini;

TAGGED
pro:

  1. macam yang aku taip di atas ni lah, sebab semua status boleh dibaca oleh para pengguna Tagged yang lain, jadi tak perlu add pun tak apa. tu yang seronok.
  2. oh ya, background boleh diubah dengan apa cara yang korang nak pun. malah boleh guna background yang bergerak-gerak lagi tu.
  3. korang juga boleh guna pic bergerak-gerak seperti yang aku gunakan sebagai default pic di akaun Tagged aku tu.
  4. boleh beri GIFT, LUV, TAGS dan juga boleh 'beli' para pengguna Tagged ni dengan bermain PETS. aku punya value sekarang ni $10Billion kalau tak silap lah. HAHA.
  5. yang ni paling best! korang boleh tahu kalau ada orang stalk profile korang dengan melihat bahagian "My Viewers". 
cons:
  1. pengguna akaun Tagged memang tak seramai pengguna akaun Facebook lah kan. HAHA.
  2. banyak sangat orang salah guna status yang diboleh oleh orang ramai itu dengan mempromosi 'sex service'.
  3. banyak sangat 'virus' yang melanda bahagian komen. tak pasal-pasal bahagian komen dipenuhi dengan gambar-gambar merepek.
  4. tak usah lah nak dok cari sepupu-sepapat atau kawan-kawan sekolah lama korang sebab diorang tak guna Tagged pun. HAHA.
  5. agak berserabut juga bila background profile ni dipenuhi dengan bermacam gadget sampah. HUH
  6. ramai sangat spesis lelaki gersang di Tagged. so aku pasti para gadis di Tagged pasti agak tak berapa selesa tentang yang ini.


FACEBOOK
pro:
  1. kat sini lah website yang sesuai nak cari kawan lama, sepupu-sepapat lama korang sebab confirmed diorang guna facebook. HAHA.
  2. korang yang kurang 'kasih sayang' dan 'perhatian' tu pasti suka bila ramai orang LIKE status korang kan? HAHA.
  3. kalau nak main online games, kat sini ada macam-macam lah jenis game dari jadi pekebun di 'farmville' sampailah boleh jadi pemilik restoran didalam 'cafe world'. 
  4. design nya yang sangat simple dan juga kemas. tak sakit mata sangat sebab ada warna biru dan putih je kan.
  5. well, sekurang-kurangnya facebook tak buat status jenis open for public kan. jadi korang tak perlu baca status yang bangang-bangang dari facebooker yang lain. cukuplah baca status bodoh dari kawan-kawan korang tu je. HAHA.
cons:
  1. disebabkan design nya yang terlalu simple tu lah buat aku muak, rasa nak muntah tengok dua warna ni je kalau cuba online facebook lebih dari 3minit.
  2. TIMELINE? oh come on! berserabut aku tengok bahagian komen aku kejap kiri, kejap kanan. ingat aku tengah chat guna iPhone ke?
  3. tak boleh letak .GIF pictures. :(
  4. Facebook pun banyak virus sama macam yang melanda di Tagged juga.
  5. korang takkan tahu kalau ada orang stalk profile korang.
  6. ramai sangat orang bergaduh guna facebook ni. korang pernah dengar kes orang bergaduh guna Tagged? HAHA.


so aku nak cakap dalam 'perlawanan' antara Tagged dan juga Facebook ni berkeputusan dengan markah seri. HAHA. so setiap social website ada best dan tak best nya kan. so pandai-pandai lah buat keputusan ya. jadi, sampai sini je entri dari aku. ciao, sayonara.

08 June 2012

Laptop Baru Ku

oh hai. selamat tengahari mehh.

dah hampir 2 minggu kot aku tak update blog sampah ni sebab ketandusan idea. lagipun sekarang ni tengah cuti sem, so otak aku pun tengah didalam mod 'hibernasi' agaknya. tu yang slow + blur je aku sepanjang 2 minggu bercuti ni. HAHA.

ok, ceritanya macam ni. minggu lepas aku beli laptop baru ek. aku beli pun sebab laptop lama aku terlalu banyak sangat di serang Blue Screen of Death. so dengan 'kepandaian' aku menggunakan Google untuk search laptop yang bagus di internet pun bermula lah.

setelah berjam-jam aku buat survey, akhirnya aku terjumpa satu laptop yang bagus, tetapi masih lagi berharga bawah RM3000. so ini lah dia laptop baru aku. aku perkenalkan Acer Aspire V3-571G kepada korang semua. HAHA.

lawa tak? lawa tak? HAHA


yup, memang sangat terang skrin nya sampai sakit mata aku tengok.


oh ya, aku suka laptop ni sebab spesifikasi nya sangat bagus bagi laptop yang berharga tak sampai RM3000. aku kira kalau jenama laptop lain ada spesifikasi macam ini, mau kena RM3000 lebih agaknya. HAHA.

so ini lah spesifikasi laptop aku;
  • i7-3610QM 2.3GHz yang boleh meningkat sehingga 3.3GHz dengan Turbo Boost. paling terbaru.
  • Nvidia GeForce GT 640M 2GB DDR3. ini pun model yang paling baru juga.
  • 15.6 HD LED LCD. sangat terang, tetapi kena hati-hati sebab LED cepat rosak.
  • 8GB DDR3 Memory! HAHA. sebenarnya 4GB DDR3 je, tetapi aku upgrade jadi 8GB terus.
  • 1000GB = 1TB HDD! itu belum masuk 500GB external HDD aku lagi tu. HAHA.
  • USB 3.0 yang sangat penting sekarang ni sebab transfer file akan jadi lebih laju berbanding USB 2.0
  • Webcam aku ni versi HD, jadi gambar lagi cantik lah kalau nak Skype atau YM ke.
  • yang paling best sekali keyboard nya kelihatan seperti keyboard Apple MacBook tu. HAHA.
  • oh ya, yang paling tak best sebab beratnya 2.6KG! itu belum termasuk charger, wayar nya apa semua tu. oh ya, tu belum termasuk kepanasannya boleh meningkat menjadi hampir 80'C kalau main game. HUH


so kalau korang berminat nak beli, try lah survey tempat korang ya. aku memang plan nak beli dekat LowYat sebab confirm boleh dapat murah punya. tetapi disebabkan ayah aku tak sihat sangat, jadi kitorang pun pergi ke shopping mall yang tak ramai orang sangat lah iaitu kat The Mines, Serdang ni je.

ok kalau ikut harga yang ditunjukkan kat dalam website Acer malaysia, ia sepatutnya berharga RM2899. tetapi disebabkan banyak pekedai-pekedai ni pun just bagi waranti setahun je pun, itu belum termasuk free gift yang entah apa-apa tu, tu yang boleh dapat murah. HAHA.

so aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada ayah aku kerana masih lagi belikan barang-barang yang mahal untuk anaknya yang dah berumur 22tahun dan sepatutnya dah ada kerja dan boleh beli laptop sendiri ni. HEHE. ok, sampai sini je lah entri dari aku ek. ciao.