penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

22 April 2011

iPhone? fikir 10kali dulu sebelum beli wehh!

oh hai lagi sekali.

kenapa aku tiba-tiba cakap pasal iPhone? aku bencikannya sebab aku tidak seberapa suka benda-benda rumit, canggih, seperti iPhone ataupun handphone model lain dipasarann sekarang ini. aku kutuk-kutuk ni tengok-tengok aku pakai handphone canggih juga, kan? HAHA. takde lah. aku masih lagi menggunakan handphone model 5tahun lepas iaitu Nokia N70 Music Edition. HAHA. aku takde wifi, kamera pun 2MP je. tidak seperti zaman sekarang, kamera sampai 10MP pun ada. damn.

sebenarnya aku agak lari tajuk sedikit daripada apa yang aku nak taip. HAHA. ok-ok. sebenarnya teknologi zaman sekarang ni memang boleh meng-detect korang pun walaupun dimana jua korang berada. apa maksud aku ni? ok. baru-baru ini terdapat sebuah maklumat yang mengatakan bahawa iPhone iaitu telefon bimbit buatan Apple ini menyimpan segala maklumat perjalanan korang secara tersembunyi tanpa pengetahuan korang dan ia menyimpan maklumat-maklumat tersebut ke komputer korang secara synchronize.

read more yo, read more.


korang fikir itu masalah biasa? yup. memang biasa pun. strategi perniagaan bro. semua syarikat di dunia ni simpan maklumat diri kita semua ni tanpa pengetahuan kita pun.. HAHA. tapi yang best nya dalam kes iPhone ini ialah maklumat-maklumat yang dikumpul tadi semuanya disimpan didalam bentuk yang mudah dibuka/dibaca oleh orang lain. aku tak pasti hal ini, mungkin dalam save bentuk "data" ke apa agaknya lah kot. dan lagi menambahkan 'best' nya ialah segala program yang korang guna didalam pc tu pun boleh access maklumat korang tersebut. amacam? seronok? HAHA.


ni gambar maklumat korang ya.


menambahkan ke-best-an pengguna iPhone ialah APPLE kumpul segala maklumat korang tersebut. SEMUA MAKLUMAT, bai. pembekal handphone lain pun lebih kurang macam tu juga, tetapi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya ambil maklumat korang tanpa Surat Perintah dari Mahkamah.

oh ya, kebanyakannya maklumat korang disimpan bila korang on GPS lah. tetapi bila korang off GPS pun maklumat terus disimpan juga. so sama je on or off. HAHA. ni aku share software yang boleh korang gunakan untuk melihat segala maklumat perjalanan yang telah dikumpul kat dalam pc korang tu.

p/s: aku tak pasti kalau hal ini berlaku di Malaysia sebab bukti-bukti yang aku nampak ialah video perjalanan dalam amerika je dan sebelum korang nak download software ni, pastikan korang baca dulu segala info dalam website tu,ok.

credit to Geekologie

2 Comments:

AA said...

iPhone.? haha. tengok je lahhbeli tak mampu~

Izzat said...

hahah. iPhone takde ler mahal mana pun sekarang ni.