penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

15 January 2015

Ulasan: Asus Padfone S

oh hai. selamat tengah malam dan juga selamat menyambut tahun baru 2015 walaupun dah lepas 15hari. HAHA.

setelah hampir 2tahun aku gunakan Ninetology Insight, akhirnya aku upgrade ke telefon bimbit yang jauh lagi better lah dari yang ninetology tu. seriously bro, 2TAHUN aku guna telefon bimbit yang ada 512MB Ram je. sampai satu tahap phone tu dah jadi slow sangat bila install whatsapp wechat. nak buka benda lain pun dah tak boleh. HUH.

nak taknak, kenalah upgrade juga kepada phone baru. so inilah dia, ASUS PADFONE S. phone ni boleh dikatakan terbaik diantara yang terbaik lah. memang terbaik bila korang tengok harga dia yang sangat murah iaitu RM899 je oiii!! (boleh dapat lagi murah kalau beli dari kedai phone biasa)

oh ya, aku terlupa nak beritahu yang Asus Padfone S ni juga ada dock atau tablet nya sekali. tapi aku tak beli pun sebab aku  taknak bazir duit. HAHA. dock station untuk phone ni bersaiz 9inci kalau tak silap aku dan baterinya bersaiz 4990mAh. so boleh charge phone lah kalau letak Asus Padfone S ni didalam station. ianya berharga RM499 je.


REKAAN
so inilah kotaknya. kecil je. tak besar macam kotak telefon bimbit dulu-dulu tu.


bila buka, korang dapat baca segala features yang ada dalam Asus Padfone S ini.
didalamnya ada wayar usb, earphone, kepala charger, manual book.


skrin 5inci je, so tak besar manalah.


aku dah lama ada phone ni, so dah install macam-macam jenis app lah.
so jangan nak buat-buat pelik pula kenapa ada whatsapp wechat dalam ni.


rekaannya tidaklah senipis sesetengah telefon bimbit 
yang ada dipasaran sekarang ni. tapi sedap dipegang lah.


mempunyai corak seperti aluminium di keliling telefon ini.
sangat cool yooo!! awesomeeeee.


belakang kira ok lah, ala kadar je.


so apa pendapat korang setakat ni? ok ke rekaan Asus Padfone S ni? pada pendapat aku kira ok lah kot. cuma belakang memang buruk sikit lah. but it's ok. boleh je pasang casing kan.



ANTARA MUKA (INTERFACE)
ok. so interface nya menggunakan icon yang minimal je, tak over sangat.


dialpad yang besar. juga boleh dikecilkan.


rekaan didalam menu music nya pun kira ok lah juga.
(sila guna earphone kalau nak dengar lagu. terbaik oii)


keyboard yang sedia ada  dalam phone ni sangat teruk.
aku asyik tertekan je butang hujung tu. annoying dohh.


so aku pun install lah keyboard lain yang kelihatan kemas bagi aku lah kan.


haa. so interface yang terdapat di dalam Asus Padfone S ini dipanggil ZenUI. memang simple je, so tak lah semak mata ni sangat bila pandang screen phone ni. maaf, aku tak banyak sangat buat screenshot. kalau nak tau lebih lanjut memang korang kena belilah phone ni. HAHA.

oh ya. aku boleh katakan kualiti gambar dan kamera yang terdapat didalam Asus Padfone S ni memang terbaikkkkkkk. kalau korang suka bergambar, memang patut sangatlah beli phone ni memandangkan kamera belakang 13MP manakala kamera depan pula 2MP. malah ada anti shake pula. so kalau tangan korang menggigil sikit ketika ambil gambar tu memang gambar korang takkan jadi kabur lah.

bukan calang-calang kerana kamera belakangnya juga mampu mengambil video 4K wehhh. video 1080p lagilah takde hal kan. malah korang boleh guna video stabilization, tapi fungsi itu hanya boleh digunakan pada rakaman video 720p je lah.

dibawah ni aku paparkan beberapa gambar yang aku ambil guna Asus Padfone S ni;



KAMERA (PixelMaster)
aku tengah tunggu lrt waktu ni.
(*sila klik untuk paparan yang lebih besar.)


waktu ni tengah melantak sarapan kat kfc sebelah sogo dengan abang aku.
(*sila klik untuk paparan yang lebih besar.)


saja je nak tunjuk contoh gambar perbezaan fokus dekat dan jauh.
(*sila klik untuk paparan yang lebih besar.)


peluang ambil gambar makanan semestinya tidak akan dilepaskan. HAHA.
(*sila klik untuk paparan yang lebih besar.)


maaf, muka tak hensem. aku cuma nak tunjuk kehebatan kamera depan ni je.
bukan senang nak ambil gambar selfie dan masih lagi boleh 
nampak betapa detail nya dibahagian belakang tu kan?


inilah dia yang membezakan taraf kamera phone Asus dari kamera phone jenama lain.
fungsi low-light didalam kamera phone Asus memang terbaik dohh!
aku ambil dua gambar tempat yang sama TANPA GUNAKAN FLASH.
tak tak tak, aku bukannya on off lampu bilik ni pun. memang bawah meja ni gelap.


amacam?? aku pasti korang yang suka sangat ambil gambar selfie, pemandangan alam semulajadi atau apa pun je lah akan sukakan kualiti gambar dan segala features yang terdapat didalam kamera Asus Padfone S ni kan?? ada macam-macam lagi fungsi dalam kamera ni, tapi korang kena belilah kalau nak try semua tu kan. HAHA.

ok selain tu kalau korang suka main game didalam phone pun tak jadi hal. GPU Adreno 330 yang terdapat didalam Asus Padfone S ni boleh handle segala game tanpa sebarang masalah lag ke apa. well, tak semua lah. game terbaru mungkin boleh beri kesan sikit, but it's not a big problem.


boleh cecah lebih 40ribu dalam antutu benchmark dah kira bagus dah tu.
tak ada apa makna pun, tapi ni bermaksud segala isi perut Asus Padfone S 
ni dikira powerful lah. boleh masuk top 10 telefon bimbit terbaik (buat masa ini) 


so kali ni aku nak senaraikan segala hardware software yang terdapat dalam phone ni pula ek;

1. skrin 5inci, FULL HD. tak mainlah skrin beresolusi 720p dan ke bawah ni lagi. HAHA. 

2. kamera 13mp belakang dan 2mp depan, (PixelMaster) memang terbaik. 

3. NFC, GPS apa semua tu ada lah. memang kira cukup lah apa yang patut ada dalam phone powerful camni. tapi kalau terasa nak guna stylus or pen camtu silalah beli Galaxy Note ye. sebab Asus Padfone S ni memang takde stylus pen camtu.

4. GPU Adreno 330, boleh handle kebanyakan game yang terdapat dalam Google Play sekarang ni.

5, gunakan Snapdragon 801 berkuasa 2.3ghz dan juga 2GB ram. so bolehlah install macam-macam app yang korang nak tanpa takut phone ni jadi slow ke apa.

6. bateri 2300mAh je. tapi ni bateri Lithium Polymer (Li-Po) bukannya Lithium Ion (Li-Ion) macam bateri phone yang lain. katanya Li-Po lagi tahan lama dan mahal untuk dihasilkan. 

7. ada LTE. tu yang penting. so boleh berinternet dengan pantas sekarang ni. takde lah naik marah bila loading website jadi slow je sebab masih tersangkut dengan line 3G or Edge or ke bawah tu. HAHA.

8. muatannya 16GB je. tapi boleh sumbat memory card bersaiz 64GB kat dalam phone ni.

well, ada macam-macam lagi yang ada dalam Asus Padfone S ni, tapi aku tak ingatlah. HAHA. 

oh ya, kali ni aku nak senaraikan pros dan cons yang terdapat dalam phone Asus Padfone S ni ek. sila baca dan korang buatlah keputusan untuk membeli phone ni ke tak selepas itu.

PROS
1. skrin dan kualiti yang dipaparkan sangat lawa. tak tahu kalau-kalau ni sebab aku first time guna skrin Full HD ke apa kan. HAHA.

2. kameranya memang terbaik. toksah cakap lah kan. sekali dah guna, pasti tak terfikir nak guna kamera phone lain dah.

3. aku ni suka main videogame. so memang happy lah dapat install dan main macam-macam jenis game dalam phone ni tanpa sebarang masalah.

4. interface ZenUI yang menampilkan minimal icon je ni memang menarik hati aku. the best!

CONS
1. bateri 2300mAh je. walaupun ada fungsi battery saving, tapi aku rasa tak cukup lah.

2. banyak sangat app yang tak penting telah di install oleh pihak Asus sendiri, nak buang tak boleh dan hanya sesetengah app je boleh disable fungsinya.

3. speaker teruk dohh. aku rasa guna Asus Padfone S ni speaker mono je, bukannya stereo. malah speaker Ninetology Insight aku pun lagi bagus daripada ini. HUH. tapi dengar cerita speaker tablet nya memang terbaik. so kalau korang nak layan lagu or movie, silalah beli tablet nya sekali ataupun korang gunalah earphone or headphone je.

so sampai sini je lah ulasan aku untuk Asus Padfone S, maaf kalau korang rasa ulasan aku ni macam mengarut je sebab ni bukanlah ulasan profesional ke apa. ni memang ikut suka hati aku je nak taip macam mana pun. HAHA. kalau korang berminat nak guna, silalah beli di kedai telefon berhampiran. kalau tauke kedai tu jual lebih dari rm900, korang blah je ke kedai lain. HAHA, 

oh ya, terima kasih kalau korang betul-betul baca semua yang aku taip ni sampai habis. korang memang the best ok! ciao bye.

Leave your comment