setelah hampir 2tahun aku gunakan Ninetology Insight, akhirnya aku upgrade ke telefon bimbit yang jauh lagi better lah dari yang ninetology tu. seriously bro, 2TAHUN aku guna telefon bimbit yang ada 512MB Ram je. sampai satu tahap phone tu dah jadi slow sangat bila install whatsapp wechat. nak buka benda lain pun dah tak boleh. HUH.
nak taknak, kenalah upgrade juga kepada phone baru. so inilah dia, ASUS PADFONE S. phone ni boleh dikatakan terbaik diantara yang terbaik lah. memang terbaik bila korang tengok harga dia yang sangat murah iaitu RM899 je oiii!! (boleh dapat lagi murah kalau beli dari kedai phone biasa)
oh ya, aku terlupa nak beritahu yang Asus Padfone S ni juga ada dock atau tablet nya sekali. tapi aku tak beli pun sebab aku taknak bazir duit. HAHA. dock station untuk phone ni bersaiz 9inci kalau tak silap aku dan baterinya bersaiz 4990mAh. so boleh charge phone lah kalau letak Asus Padfone S ni didalam station. ianya berharga RM499 je.
REKAAN
so inilah kotaknya. kecil je. tak besar macam kotak telefon bimbit dulu-dulu tu.
bila buka, korang dapat baca segala features yang ada dalam Asus Padfone S ini.
didalamnya ada wayar usb, earphone, kepala charger, manual book.