penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

24 March 2013

Resipi Orang Bujang: Cucur Tepung Gaya Pemalas

Oh hai. Selamat pagi dan selamat bersantai di hari hujung minggu.

Memandangkan kali terakhir aku update blog ini pada 3minggu lepas, jadi aku terasa seperti hendak buat entri baru lah untuk blog aku ni. Tetapi kali ni aku taknak buat entri panjang lebar ke apa. Cuma aku nak berkongsi lah 1 resipi yang aku dah expert buat ni selain resipi masak maggi dan jerang air. HAHA.

Resipi aku ni memang mudah sahaja.... Ehh, silap. Ini bukan mudah, tetapi SANGAT MUDAH. Malah kalau korang baru bangun tidur, boleh terus pergi masak resipi aku ni lah. Tetapi jangan mamai sangat sampai tercelup tangan dalam minyak panas pula. HAHA.

"Cucur Tepung Gaya Pemalas"

1. Minyak masak. (Takkan nak goreng guna air pula, kan?)

2. Tepung gandum. (Nak cuba tepung lain pun boleh, tetapi kalau tak sedap jangan salahkan aku.)

3. Secubit garam. (Takkan secubit je? Bagilah setampar, seterajang sekali.)

4. Sos cili (Sebagai penambah rasa.)


Panaskan minyak dahulu. 
(Maaf, kuali usang.)


Masukkan seberapa banyak tepung & garam pun yang korang suka.
(Kalau nak makan beramai-ramai, letaklah banyak sikit.)


Masukkan air dan kacau dengan sudu sehingga ia kelihatan cair sebegini.
(Tetapi jangan terlalu cair!)


Goreng selama 1-2minit bagi setiap bahagian atas dan bawah.
(Tak perlu lama-lama sebab ini nipis je, bukan tebal macam cucur seketul-seketul tu.)


Selepas siap menggoreng, hidangkan di atas meja dengan sos cili.
Jamahlah hidangan ini sambil minum bersama segelas air teh panas.


Reaksi "Sedap wohhhh!!" terserlah diwajah aku. HAHA.


Kalau korang nak letak ikan bilis ke, cili ke, gula ke, itu ikut suka hati korang lah. Aku tak letak semua tu sebab aku malas. Kalau aku rajin sangat, takde lah aku letak tajuk "Cucur tepung gaya PEMALAS" kan. HAHA. So, sampai sini je lah entri dari aku untuk kali ini. Kalau mood rajin aku datang lagi, aku update lah blog ni lagi ek. ciao.

1 Comment:

Izzatul Shazni Amram said...

thanks for the recipe !
LOL . :P