so kali ni aku nak buat reviu tentang sebuah telefon bimbit berjenama Ninetology. pernah dengar nama ni? mungkin korang pernah dengar kot. tetapi Ninetology ni tiada kena-mengena dengan Scientology ya, harap maklum. HAHA.
Ninetology ni adalah jenama dari MALAYSIA ya. so mengikut website Ninetology ni, setakat ini mereka sudah keluarkan 7 buah handphone dan juga 2 buah tablet. tetapi yang paling terkenal sekarang ini ialah BlackPearl 2, Insight dan juga Stealth 2. tetapi aku beli Insight sebab stok untuk BlackPearl 2 dah habis. cissss.
oh ya, aku beli handphone Ninetology Insight i9430 ini dengan menggunakan rebat RM200 SKMM tu. so harga asalnya RM699, tetapi setelah ditolak rebat SKMM tu, aku beli dengan harga RM499 je. kira ok lah tu, kan?
kotak Ninetology Insight i9430. simple je dengan logo angka 9 yang bapak besar.
belakang kotak tercetak maklumat mengenai spesifikasi phone ini.
mari kita periksa apa isi kandungan kotak tersebut.
aku gembira sebab kotaknya besar.
tak macam kotak phone mahal yang lain, bayar mahal, tapi kotak kecil gila. puihhh.
segala benda yang penting ada didalam kotak ini. (ofcourse lah kan)
warranty card, DIGI sim card, charger, earphone, USB cable,
another screen protector, battery, manual book.
charger paling kecil pernah aku tengok. even charger nokia aku pun lagi besar daripada ni.
skrin bersaiz 4.3inci IPS Display, WVGA 800x480 resolution.
agak besar juga. tetapi tidak sebesar skrin Galaxy Note.
kamera belakang 8MP + kamera depan 2MP + dual LED flash = AWESOME.
dapat casing percuma yang berwarna oren. warna lain habis stok. cissss.
oh ya, korang akan dapat screen protector juga. so now ada 2!
handphone touchscreen pertama aku yang berjenama CSL
yang telah berusia lebih dari setahun dan juga handphone
yang telah berusia lebih dari setahun dan juga handphone
touchscreen kedua yang baru berusia 5hari. HAHA.
dah puas tengok gambar-gambar itu? kali ni aku nak terangkan maklumat mengenai handphone ini pula. kalau korang beli handphone jenama Ninetology ini, berkemungkinan besar phone korang akan disertakan dengan kad sim digi dan kalau korang cabut kad sim tersebut, warranty korang akan void serta-merta.
tetapi kalau ada kedai yang baik hati, mungkin mereka tak peduli pun sama ada korang simpan or cabut sim card digi tersebut. so, Ninetology Insight di install dengan Operating System (OS) Android yang diberi nama Ice Cream Sandwich (ICS) 4.0.4. yup, aku terasa nak makan ice cream sandwich pula sekarang ni. HAHA.
ok, berbalik kepada soal bateri pula. Insight disertakan dengan bateri sebesar 1800mAh ya. so korang boleh surf internet, main games, mahupun call orang untuk beberapa jam lamanya. tetapi kena ingat, bila dah lama sangat korang guna phone ni tanpa stop, nanti phone ini juga akan mengalami problem cepat panas sepertimana smartphone lain hadapi.
Insight juga dilengkapi dengan kamera belakang 8MP yang mempunyai fungsi HDR, Face Detection, Auto Focus dan juga mode menangkap gambar Panorama. agak sharp juga gambar yang diambil. malah korang juga boleh rakam video HD 720p menggunakan phone ni. so memang puas hatilah dengan harganya yang murah ni kan. lepas tu korang juga boleh mengambil gambar menggunakan kamera depan yang bersaiz 2MP + buat video call. hebat eh?
gambar yang diambil dari bilik aku menggunakan kamera 8MP.
contoh video HD yang dirakam menggunakan Ninetology Insight
selain itu Insight mempunyai CPU dual core processor berkelajuan 1GHz dan ia juga mempunyai internal memory bersaiz 4GB, tetapi boleh up sampai 32GB kalau korang tambah memory card. tetapi sayangnya RAM hanya bersaiz 512MB je. so tak bolehlah nak multitask sangat ke pe. nanti jadi slow, laggy pula phone ni.
GPS dan A-GPS juga telah tersedia ada didalam Insight, tetapi memang tersangat slow. berminit-minit-minit masa diambil untuk lock kedudukan diri. selain daripada GPS, Insight juga mempunyai fungsi WiFi, Radio, Bluetooth. yup, unik sikit lah sebab ada radio. berapa banyak smartphone zaman sekarang ada radio? HAHA.
oh ya, kalau korang ni kaki games, ada good news lah untuk korang sebab banyak new games boleh dimain menggunakan handphone ini. contohnya Need For Speed Most Wanted, Dead Trigger dan juga beberapa lagi nama games yang famous.
antara games yang boleh install ke dalam Ninetology Insight.
antutu benchmark mencecah 6000++ kira ok lah tu.
P/S: kalau nak ambil screenshot, sila tekan butang power + butang 'volume down'
UPDATED: Casing Baru Berwarna Biru.
amacam? cool tak casing ni?
kepada sesiapa yang berminat nak beli aksesori untuk Ninetology Insight boleh beli di SINI.
so rasanya sampai sini je lah reviu dari aku. kalau korang rasa berminat dengan phone ni, cepat-cepatlah beli ya sementara stok masih ada dan jangan lupa LIKE page Ninetology untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang promosi dan update ya. ok ciao.
177 Comments:
eh macam comel je phone ni ! hahaha thanks for the reviu ? haha kbye
eh memang phone ni comel. tetapi tidak secomel tuan punya phone. (sila muntah) kthxbye.
Saya ade beli enset ni....tp nk video call x boleh....mcmane ye nk seting video call....
saya juga masih belum lagi berpeluang untuk menggunakan fungsi panggilan video kerana tiada orang pun yang gunakan panggilan video sekarang ini. semuanya sibuk dengan BBM lah, Twitter lah, Facebook lah, Whatsapp lah. HUH. jadi, saya tidak pastilah bagaimana hendak setting kan ia.
huhu.. syaa pon baru beli 2 hari fon ni... jatoh cinta pandang pertama ngn dia...bulan lepas jumpe fon ni.. mmg dah suke.. mula2 pkir nak beli antara samsung ke nine ni... sekali pikir.. nine ni pon rase worth it.. so x trus beli.. so far okey.. n suke design dia yg petak tuh... nmpak sharp n smart.. so far 2 hr pakai.. rase berbaloi..kamera cantek.. sound best.. screen sensitivity ok.. cume satu aje.. RAM512mb..alahai... slow.. mm boleh upgrade ke eh... ???
dh beli tp percuma sim card + casing xdapat.huhu
@Hanis: RAM memang kecil, tak boleh nak upgrade. Harap Ninetology boleh keluarkan phone yang ada atleast 1GB RAM lah dikemudian hari.
@Arizan: Tak dapat casing? Pelik tu. Sepatutnya dapat kot sebab kalau nak beli casing nya memang mahal.
salam..beli dkat mane boleh dpt casing?
@Nina: Saya beli di The Mines, Serdang. Kebanyakan kedai phone di tingkat atas memang ada bagi free casing. Awak boleh cuba beli disitu.
Salam. =)
Baru je beli ni tadi. Nk tnya, macamana nak aktifkan M-Warranty tu?
Thanks
wa'salam.
Setahu saya, tuan punya kedai phone tu yang akan tolong aktifkan m-warranty. Tetapi kalau tak, rasanya kena on internet dulu, lepas tu baru awak boleh aktifkan sendiri. Rasanya camtu lah kot.
Saya pn kedai tu dia x aktifkan M-Warranty..Sebab dia kata tenet dia slow sgt..So, Saya balik umah n try guna Unifi pulak.still x boleh submit untuk M-Waranty tu..ni pun still try lagi..
@mohammad fikri
ehh yeke? tetapi rasanya tak perlu aktifkan pun takpe sebab saya sendiri pun dah disable app m-warranty ni. saya disable kan sebab dia guna ram yang tinggi + buat phone jadi slow. so saya disable m-warranty, qqdoctor & qqbrowser, radio fm dan semua app yang ada GO kat depan namanya.
mana nk dapat casing nine stealth II ? ade sape2 tahu?
@bunga
tak pastilah pula sebab stealth 2 ni agak kurang terkenal berbanding black pearl 2 dan insight ni. jadi, kebarangkalian untuk jumpa kedai jual casing stealth 2 ni agak rendah.
salam, hi..b4 this mmg plan nk bli smartphone, tp baj620et mmg dlm rm600 ke bwh la. td bru amik xperia miro. rm620 tp kamera 5mp. nmpk gak ninetology ni tp mcm xyakin sgt. tp ble tgk kt blog ni nmpk cun lak. kamera 8mp kot... fon sy b4 this 8mp gak tp da ilang. sbb tu bli fon bru. klu tau ninetology ni msti rembat 1 td. :(
@kin
wa'salam, hai. xperia miro tu ok juga tu sebab skrin kalis calar. dan lagi satu ya, walaupun kamera Insight ni 8MP, tetapi tidaklah sharp sangat gambarnya. camera Made In China je kan. HAHA. jadi, kamera Insight ni mungkin 8MP, tetapi kualitinya mungkin sama je dengan kualiti kamera xperia miro tu.
lagipun kena ingat, kamera dari handphone Sony ni mempunyai kualiti yang sangat bagus berbanding jenama terkenal yang lain seperti Apple mahupun Samsung. Sebab itu handphone CyberShot Sony dulu sangat terkenal bagi orang yang suka mengambil gambar.
jadi, jangan bersedih. enjoy your new phone. :)
Hye bro..nak tanya sikit..storage dia berapa sebenarnya..tauke kedai kata 4..website ninetology kata 4.. tapi saya check ada 2 saja.. macam mana nak check atau buka lagi 2 gig tuu...thanks
@ben
saya pun perasan storage nya hanya 2GB saja. tetapi rasanya 2GB lagi tu mungkin digunakan untuk install OS Android ke dalam phone ini. mungkin begitulah agaknya. tetapi tak perlu risau apalah kot sebab boleh letak memory card sehingga saiz 32GB kedalam phone ninetology ni.
thanks bro...at least ada sikit info pasal handphone nie...thanks
@ben
ehh takde hal lah bro.
salm..sy bli sebulan lepas..so far ok la gune kan..cume skrang sy nk download game ar..erm..knpe erh? try gune google play kan..die instilling je memanjang..huuuhu..leh bantu ar beb?
@tampo laju2
wa'salam. boleh je kalau awak nak install game dari website yang lain selain daripada google play store tu. tetapi kena pastikan phone kamu tu ada anti-virus lah.
mungkin juga ia ambil masa lama nak install sebab connection internet kamu slow agaknya.
ok beb..nanti kwn try,tqvm.
@tampo laju2
ehh takde hal lah.
salam.. saya nk tnye.. sy ade gune gak fon ni..die free simkad digi kn..? kbetulan simkad sy sendiri digi jgk.. ble sy msukkn due2 simkad digi tu lm 1 fon tu.. msj xsampai2.. so..sy kne offkn fon tu.. n on kn blik.. bru msj sampai.. tp.. tggu kejap2.. msj xsmpai lak.. kne off n on blik.. trus2 brulang yg same.. boleh bantu x? :(
@honesty honey
wa'salam. sebenarnya saya pun tak tahu cara untuk selesaikan masalah ni sebab didalam phone saya ni memang ada 2 simkad, tetapi yang digi tu untuk online internet dan maxis pun untuk kegunaan lain.
jadi, saya cadangkan awak off saja simkad yang awak taknak gunakan.
Assalamualaikum..nak tanya hp ni ada jual spare part dia x?? mcm battery, earphone, charger dia?? sbb benda2 ni klw rosak mana nak cari in case emergency..lagi satu, apps apa yg boleh install kat hp ni.. thanks :)
@hany rara
waalaikummusalam. rasanya mungkin ada, tetapi kena check lah dekat service centre dia sebab kedai biasa tak jual barang-barang ninetology ni, mereka jual 1pakej penuh.
boleh dikatakan banyak app yang terdapat di Play Store tu boleh di install ke dalam phone ni. ya, mungkin boleh install semua, tetapi tidak bererti emua app tu berguna untuk phone ini. mungkin ia hanya akan membuatkan phone jadi semakin slow.
Knp x ley dwnload dr playstore ea?? Ape prob kalu cm 2?? Lg 1.. ley ke tkar dr ICS ke jelly.bean??
@Amir Z
Insight saya tiada masalah untuk download dari PlayStore. Yang penting kena login guna email Google lah kalau nak guna PlayStore tu.
Berkenaan Jelly Bean tu, kena tunggu pihak Ninetology lah umumkan bila tarikh untuk update Jelly Bean. Saya pun dah tak sabar hendak mencuba Jelly Bean.
enset nine insight, stealth ii n black pearl mana elok lg r??? enset ni ada saiz galaxy s3 x??
@amIn IX
kalau tanya pasal mana yang elok, sudah tentulah saya cakap Insight yang elok sebab dah 2bulan saya pakai Insight ni, memang tiada masalah lah.
kalau tanya pasal perbezaan, memang tiga-tiga ada perbezaan banyak. tetapi kalau belum biasa pakai Android lagi, lebih baik beli Black Pearl 2 je lah sebab murah, tak besar sangat, malah banyak website berkongsi tips menggunakan Black Pearl 2 ni. BP2 memang tengah HOT sekarang ni, nak jumpa stok pun susah.
tetapi kalau nak saiz besar bagak macam S3, baik beli Stealth 2 je lah sebab saiz skrin pun hampir sama besar dah tu. skrin S3 4.8inci. saiz Stealth 2 pula 5inci.
SALAM , HAI .
nak tanya.. kalau nak on9 tu ok ke internet dye ?
@Nurrul Azmi
Wa'salam, hai.
kalau nak online guna phone ni, memang ok je, tiada masalah. tapi tengok area awak online tu juga lah. ada sesetengah area ok je kalau nak surf internet, ada sesetengah lagi area yang bad connection. jadi, ini semua memang bergantung pada kawasan dimana awak berada lah.
Install Ram Booster dari google play store utk free kan lbh bnyk memori kat dlm RAM. Sy gune RAM Booster utk tablet murah buatan taiwan ok. tablet x jd lagging sgt wlaupun bnyk main game. RAM die 512mb jgk. Kat RAM booster boleh set utk auto boost. cntohnya pegi kat setting pastu jmpe auto boost setting pastu cari RAM threshold. ade setting auto-boost will be activated if RAM is less then: pilih sendiri
bro area ampang ada tak? or area berhampiran ampang....
@hmsgsHAFIZ
rasanya dah banyak dah kedai yang jual ninetology ni. tetapi kalau kau nak cari Black Pearl 2, mungkin ada masalah sikitlah sebab sekarang ni phone ni agak HOT dipasaran. so stok tu selalu takde.
tetapi kalau nak beli Insight or Stealth 2 mungkin tiada masalah lah. stok berlambak.
kalau kat area ampang aku tak pasti kat mana, tetapi yang aku tahu Service Centre ninetology ni dekat Axis Atrium, ampang.
bagus izzat wat review + jawab semua soalan...
esok sy CONFIRM rembat insight hehe
dah 2 kali ilang sematpon fobia nak beli mahal dah...
stealth II xde stok huhuh
@Emy Tak Kecik
haha. terima kasih. kita semua kenalah saling bantu-membantu kan.
lagipun dah 2-3bulan dah saya pakai Insight ni, jadi setakat ni bolehlah jawab soalan-soalan yang diberikan. :)
semoga berjaya dengan phone baru nanti. :)
sekarang ada masalah google play service la. siapa tahu nak solvekan problem ni? nak sign in youtube,foursquare xlepas.Katanya 'google play service is missing from your phone". Lepas donlod benda tu pun xlps lg nak isntall. Katanya"Incompatible with shared user Id"
Salam .. nak tnya cmna nak jmatkan pnggunaa bateri , bateri cepat abis jaa . Ada kena gna apps battery saver ke or buang apa2 yg ptot ? 3
@Shahrul Naim
alamak, saya tak pasti pula macam mana hendak selesaikan masalah itu. ada root atau install rom lain ke sampai jadi camtu? cuba search disini untuk jawapannya; http://support.google.com/googleplay/bin/answer.py?hl=en&answer=2651361
@N-fiq
wa'salam. cuba awak off internet. lepas tu disable radio, m-warranty, go launcher, qqdoctor & qqbrowser. tak perlu install battery saver pun sebab app camtu yang akan buat battery lagi cepat habis.
Salam saya bru juga beli tepon 9logy nie so far tak de masalh,just video call x tahu nk setting dgn phone cepat panas.. waktu 1st time cas lagi mmg cepat sngt panas..tkot juga mula2 tu kang meletop kang mampos aku.. bru pakai dalam 2-3 hari.. tp bkan ade org nk video call pn skng nie.. hehhe.. tp cm ne nak disabble sesetengh apps.. sebab bila tekan dekat running app--bnyk sngt apps yg running tp x bukak pon.. and lg 1... gps 9logy nie yg mne 1 yer..rasanye dlm tepon nie ada google maps je..cer bagi nama gps u tu..nk chek jap..
Uke tq. Nak disabled kena bkak apa ye .. sama mcm uninstall tu ka , ka cemana . . Sory ye , masih blom mahirr ..
murni afiqah---
and i nak tlg jawap untk m-waranty..
waranty tu kne buat 24 jas slpas beli..kene ada internet connection,dan ter amat senang je nk buat.. just isi apa sahaja yang die nak.. then ada tulis dekat situ dealer/seller name-tulis la alamat atau nama kedai yg u beli.. cam saya..saya tulis TWG THE STORE SG BULOH... simple sangat...try buat yer..
@Nuri Hanani & N-fiq
cara nak disable & uninstall senang je;
1. masuk 'Settings'.
2. pilih 'Apps'.
3. dekat atas tu ada tertulis 'Downloaded, SD Card, Running' kan? sebenarnya korang boleh slide 'Running' tu ke sebelah kanan, nanti akan muncul lagi 1 ayat iaitu 'All' pula.
4. so tekan 'All' itu pula lah kan.
5. bolehlah pilih mana-mana app yang nak di uninstall atau disable.
6. yang penting disable m-warranty, qqdoctor & qqbrowser, youtube, gmail, facebook, radio, dan segala app yang ada nama 'GO' itu.
p/s: tak perlulah disable youtube, gmail, facebook & radio tu kalau korang gunakannya. saya cadangkan guna default theme je berbanding Go Launcher sebab lagi ianya lagi lawa. tetapi kalau korang sukakan GO Launcher tu, tidak perlulah disable.
berkenaan charger tu, saya dah gunakan charger jenama lain sebab saya juga menghadapi masalah phone cepat panas apabila tengah charge.
kalau nak setting 3G untuk video call tu, senang je;
1. masuk 'Settings'.
2. tekan 'SIM management'.
3. pilih 'Video call'.
4. pilihlah simkad yang mana satu hendak digunakan untuk buat video call itu.
p/s: saya tak pernah buat video call menggunakan phone ini, jadi tidak pastilah sama ada perlu on data connection atau tidak perlu. tetapi kalau perlu, kenalah on data connection itu dulu sebelum buat panggilan video.
Sy baru je seminggu guna hp ni. Mmg dia cepat panas ea? Even xmsj game surf intrnet pun still panas. Kenape ye? Mslh sy skrg bateri cepat sgt out. Paling lame pun sehari. Btw mcm mne ni disabled M-warranty, go launcher tu semua. huhuhu
Satu lagi nak tanya. Kenape ye kalau gune internet WIFI punya, dia xberape nak dpt connection. akan jd mcm gune kt lptop limited connection. Ad boleh setting kt mana2 ke? TQ :)
NAAM- betoi2 betry out dalam sehari atau kurang dari sehari. sy hadapi masalah yang sama.. letak dalam poket or beg pon mmg terasa panas nyer tepon nie.. huhu.. sy sampai rasa nk beli power bank or betri spare jer.. tp data connection mmg selalu on je sy on sbb pakai we chat n whatapps..klu ttp data connection x smpai plak msj kan.. poning den
Nuri Hanani - Kireny awak on data connection tu lah ea. Itu lah sy gune wechat dgn whatapps jgk punya lah lmbt nk smpai kdg esok harinya baru sampai. huhuhu. Ada tips2 terbaru x lg? :D
@naam & Nuri Hanani.
kalau selalu on data connection, memang phone panas sikit lah sebab ini perkara normal. mana-mana smartphone pun akan panas bila terlalu lama on data.
kalau taknak phone panas, off saja data connection tu. tetapi kena fahamlah, ini phone murah, jadi kualiti penebat haba nya tidak lah sebagus jenama pengeluar phone terkenal yang lain-lain itu.
berkenaan bateri pula, sebenarnya boleh bertahan 1hari tu sudah dikira bagus dah sebab saiz baterinya 1800mAh je.
bateri phone Nuri habis cepat habis sebab selalu on data connection lah tu. cuba off data untuk panjangkan hayat bateri.
berkenaan WIFI pula, mungkin perlu periksa modem WIFI itu sendiri lah sebab phone saya memang tiada masalah untuk connect mana-mana WIFI pun.
naam boleh check komen saya yang sebelum ini tentang cara-cara untuk disable dan juga uninstall apps.
Oke dah bace. Tq izzat :)
@naam
mesej whatsapp lambat sampai? mungkin awak terlupa nak on 3G kot, itu yang kelajuan internet awak hanya ditahap EDGE mahupun GPRS.
cara nak on 3G;
1. masuk 'settings'.
2. tekan 'More...'
3. pilih 'Mobile networks' pula.
4. klik pada '3G service'.
5. pilih 'Enable 3G'
6. pilihlah simkad yang mana satu yang awak nak aktifkan 3G.
kalau 3G dah memang on, tetapi mesej di whatsapp masih lagi lambat sampai, mungkin internet connection di kawasan awak teruk kot.
naam-tp nani pny wechat and whatapp x der la smpai ke esokn nye msj bru sampai kan.. heheh.. nani pakai umobile laju intrnet n unlimited
- betoi2 brkenaan wifi tu pon nani x der mslah pon..heheh
ni nak tny gps tu nani pny ader goggle map jer..
tq yer izzat
@Nurinanirodzi.
berkenaan maps tu memang saya tak dapat nak bantu sebab saya tak pernah guna pun, malah dah disable dah. tapi memang dalam phone ini hanya ada google maps je and you're welcome :)
bole tahan ramai gak komen dlm ni...hohoho...as for me, hp ni mmg layak la dgn harga dia...tp sape yg dah beli tu jgn la gatal2 mulut nak bandingkn dgn apple or samsung galaxy...mmg la jauh beza...tp utk org yg baru nk belajar pakai android, bole la mulakan dgn ninetology nih...harga xde la mahal pun...saje2 gatal nk beli aritu sbb ngah jalan2, trnampak plak hp ni...trus la beli...harga pun murah sgt bbanding dgn hp branded dr luar...
*baca secara rambang n xtrlalu detail...
-xperlu onkn data connection utk wat videocall, juz pastikan ade line 3g kt coverage area
-phone mmg akn panas kalau gunakan trlalu lama tnpa henti lg2 kalo hp yg murah nih...bkaitan dgn processor & battery...
-bateri xtahan lama? jgn bandingkn hp skrg dgn hp dulu..hp lame bateri tahan sbb org pakai utk call n sms.tp hp skrg org gunakan utk fb, email, news feed, social network dll...sume tu perlukan data connection, kalo data connection xidop then xley la pakai...try la matikan data conection, bole tahan 3-4 ari...tp bole call n sms je lar...
-storage space. internal mmg dia ade 4g, tp dah gunakan dlm 2g utk OS n system android. usually system android brsaiz 1.5-2gb (bergantung pd OS)
-warranty tu elok la aktifkn cepat, tp sy xpki pn...sbb 3 ari lpas bli hp ni, trus format n tukar OS sbb rsa cam kureng sket la pd system dia...huhuhu...batery pn tukar high performance so tahan lama...anyway, currently pakai custom rom JellyBean :-p
hai..salam izzat..saya guna black pearl pnya,saya ada baca pasai betry pnas tu..lega la kalau mcm tu..risau jgak sbb asyk pns..hari2 saya bwak charger pegi tmpat keja..pkul 12 mmg kenan charge dah..koz dah abes..saya nak tnya
1-bila saya slide kebwah dari screen menu dia ada kluar QQ DOCTOR
2-Saya touch pada QQ DOCTOR-OPTIMIZATION-MANAGE RUNNING APPS-then dia keluar mcm2..line la,game,whatsApp..
tapi saya dah tutup smua tu..apa maksud dia ha?kelabu mata jugak nk phm phone ni..lagi satu mcm mn saya nak off running apps tu..
trima kasih kalau sudi mjawab:)
salam,,
saya pon pngguna insight, tp kenapa hp saya takda line ye? maksudnya bar celcom tu kejap2 1 bar, kejap2 2 bar, sdgkan area saya mmg celcom kuat... kawan2 saya pon pakai celcom line penuh.. harap boleh bantu saya.. maybe tersalah setting ke... tq...
dgr cite,ncet ninetology nie bleh dpt wifi free?adew spew2 taw x nk buad cmne?
sy beli yg I9400..bateri mmg cpt abis even xon pn wifi, internet..cthnye kalo cas mlm ni, pg esk bgn, tgk dh tgl 50% je..padahal xgune pn..risau tkt org kedai 2 tipu..simkad digi 2 pn br sy perasan yg dia mmg dh lame aktifkn..jd bkn name sy..casing sy kene beli harga rm75, screen protector pn kene beli..persoalannya adakah sy mmg dh kene tipu???huhu..
Salam knp insight sy dia xdetect sd card? Padahal ada 8gb. Pastu selalu force close. Pastu bila amek gmbr, walau da safe jadi xde kt gallery.
@nur amirah
wa'salam amirah. sorry lambat jawab. sebenarnya saya pun tak pasti dengan QQDoctor tu sebab saya sudah pun disable benda tu daripada phone saya ni. tetapi kalau awak nak off running apps tu, awak tekan butang HOME yang kat tengah tu lama-lama sikit, nanti dia akan keluar senarai apps yang awak pernah buka. bila awak dah buat camtu, awak slide je apps tu ke kiri or kanan untuk off kan nya.
@CikDaroyd
wa'salam. phone saya ni tidak pula mengalami masalah takde line ni. sebab kalau awak masuk bahagian setting sim management pun, pastinya voice call & messaging sudah di set pada simkad celcom awak. dan rasanya ini tidak berkaitan dengan 3G service juga. mungkin awak patut hantar phone awak tu ke service centre ninetology.
@thaqimezzie
wifi percuma? rasanya tak mungkin. tetapi kalau dapat simkad internet percuma tu memang betul lah.
@jie
yup. awak memang dah kena tipu sebab casing & protector memang diberi percuma dan black pearl 2 ni memang mempunyai masalah bateri. so awak kena hantar ke service centre ninetology supaya mereka boleh update OS phone awak tu ke V17 sebab kemungkinan besar phone awak tu masih lagi belum di update.
awak beli bila ya? kalau masih baru, mungkin model yang dijual pada awak tu ialah model yang lama. entah-entah 2nd hand punya phone sebab awak kata simkad digi tu sudah pun berdaftar kan.
@AmalinaRahim
wa'salam. mungkin juga memory card awak tu sudah corrupted. cuba awak masukkan memory card lain pada phone awak tu. kalau masih tak detect juga, mungkin phone awak sebenarnya yang ada problem.
sy beli bulan februari 2013..sy ade pergi kedai 2 balik tnya tokey kedai 2 pasal bateri 2..bleh plak dia nak tukarkn bateri 2 dgn bateri yg die tgh cas kt tpon lain..sy tgk belakang bateri 2, tgk dh ade sticker kecik yg dh di tanda..sticker bulat yg slalu di tampal bile kite anta hpon tuk direpair..so, sy xjadi la tukar bateri..sy guna je bateri yg dh sedia ada ni..sy balik dgn hampa n geram ngn tokey 2..
Salam izzat. nak tanye. game yg need for speed most wanted tu awk donlond dari play store kn? ape nama keluarannya tu? kwn saya donlod asyik dapat yang set as wallpaper je.. sian die.. nk main game tu xdpt2. huhu
ust nak share -- insight phone..my experiment --
1-kalau pakai phone ni betry boleh tahan up to 3 days tp off data connection just guna untk sms dan call shj...
2-then kalau tngh cas betri sila off data connection..nt cas lambat masuk@lambat full..
3-kalau on data connection ketika anda bosan sahaja.or ketika mmg nk guna sahaja..betry boleh tahan hampir 2 hari..
4-semnjak off@disable few apps this phone still jgak panas tp dh berkurangan..
tq kepada semua penasihat22
@jie
confirm tokey kedai tu tak kan bagi yang baru. awak kena hantar phone awak tu ke service centre ninetology sebab mereka akan tukar bateri baru, itupun kalau warranty phone awak tu masih ada lagi lah kan.
@Hasrita Lalik
wa'salam Hasrita. errr... sebenarnya saya download game NFSMW tu dari website yang 'tidak bertauliah' dan saiz game tu sebesar 1.9GB ya.
@Nurinanirodzi
terima kasih sebab share. errr. kalau boleh, waktu tengah charge tu jangan guna phone tu langsung lah ya sebab bateri phone boleh rosak kalau guna waktu tengah charge.
ok. thanx ye. :)
@Hasrita Lalik
you're welcome. :)
Sy rasa sd card tu yg problem kot. Sy guna brand apacer. Le brand ni x support dlm ninetology? Asyik suruh format je. Gambar sume corrupt.awk guna sd card brand apa ye?
Salam bro.. sya pngguna nine black pearl.. na tnya ttg version la.. mcm mna na check.. n agk2 bleh x updte sndri.. please reply dkt email sya.. rax2606@gmail.com
@AmalinaRahim
apa cerrrr? HAHA. sebenarnya saya tak pasti tentang support atau tak, mungkin juga memory card awaj tu bukan ori, tu pasal corrupted. saya gunakan memory card jenama SanDisk bersaiz 16GB. pastikan awak beli yang original lah kalau nak tahan lama. inipun saya perhabiskan hampir RM50.
@Rinki
wa'salam bro. kalau nak check version;
1. masuk 'settings'
2. masuk 'About phone' pula.
3. bawah sekali akan tertulis tentang Build Number. itulah cara nak check version
version yang terkini untuk BP2 ialah "V17", tetapi tak pastilah pula akan tertulis V17 ke tak dekat Build Number tu sebab saya tidak menggunakan BP2. buat masa ni, belum ada cara untuk update sendiri, memang kena hantar ke service centre ninetology untuk update.
Ok.. da check.. mg v17..
Mgkin bttry dia yg kurg power.. dan stu g, cmne nak mange apps yg runng sndri.. da ttup pn nt dia akn on blik.. ap softwre tum mnge auto app nie
@Rinki
mengikut forum yang saya baca, bateri BP2 boleh dikatakn ok selepas update ke V17, ada banyak sangat apps yang awak running kot, tu yang bateri habis cepat.
mungkin juga ada sesetengah apps memang perlu running walaupun dah off. maybe awak perlu disable apps tu terus kot.
macam mne na selesai kan masalah lagg bile play video full HD??
Tula.. mslhnyj da stop pn,runng blik.. skrg sya cuma netqin mble securty sbb ad optimize dgn easy bttry saver dn easy task killer.. sbb easy task killer ad auto optimize.. neway thank 4 info
@semangkuk_pinggan
kalau play video HD 1080p memang akan laggy sikit lah. phone ni play tahap 720p je ok lah.
@Rinki
pernah cuba disable app terus? takut netqin mobile security yang awak install tu membuatkan bateri phone lagi cepat habis je.
Izzat, sekarang pakai charger apa yg boleh kurangkan kepanasan hp? kalau panas tu sebenarnye bahaya tak?
Owh.. Tp mse first2 ble org kedai ckp ley play full hd.. Haih... Xpe2.. Btw thanks.. Hahha
owh mmg bleh tukar eyh kalo gi center die..xkene cas ke??ikut yg tokey 2 kate, warranty ade slagi sy xbukak sticker kt sim digi 2..kt mn service center die??
Saja nak share ...
Aku ad jmpa 1 cra tuk mngrgkn pnggunaan memry dgn cra mnghadkan kpd bbrpa process app shja..
1.pergi ke stting
2.pergi ke Develepor
3.slide ke bwh smpai jmpa ruangn apps
4.pastu anda akn jmpa bckground app procesa klo xslap.. option yg pertma dia tick pda stndrd lmit kn.. dri stu kurg ubh pda plihan yg ad di bwh tu... pling mksimum pn 4 process app sja yg bleh.. plih sja mna2 dn cba lht perbzaan dia k..
@semangkuk_pinggan
ntah-ntah tokey kedai tu pun tak tahu full hd tu camne. 720p memang dah dikira hd, tetapi full hd sebenarnya ialah 1080p. HAHA.
@jie
ya, kebanyakan komen yang saya baca di fb, mereka kata memang pihak SC(service centre) memang akan tukar bateri or charger tanpa dikira bayaran. sila baca diwebsite ni untuk ketahui SC yang terdekat ---> http://www.ninetology.com/malaysia/service_network.html
@Rinki
thanks sebab share.
@AziMeLon
sebenarnya bateri boleh meletup atau merosakkan phone kalau panas sangat. sekarang ni saya gunakan charger phone lama jenama CSL je.
dan memang saya tak recommend orang guna charger ninetology ni sebab memang boleh menyebabkan phone jadi panas. tak tahulah kenapa.
so saya cadangkan orang guna charger jenama lain je lah. Samsung punya charger pun bagus juga. charger Apple saya tak pasti, tapi dengar kata power yang digunakan lebih kuat, takut nanti bateri phone ni overcharge pula.
Assalamualaikum encik. Nak tanya, macam mana encik contact dengan dealer jelly case yang warna biru tu ? Kena ada account dekat forum Lowyat tu eh ? Dealer tu ada Facebook tak ?
@SitiNurHuda
Waalaikummusalam. kalau nak diikutkan memang saya contact dia menggunakan account di Lowyat tu lah. tetapi jangan risau, dealer tu boleh di contact menggunakan facebook.
cuba hantar private message pada inbox dia. https://www.facebook.com/SoonKwongLiew?fref=ts
okess, dah jumpa. thanks ;)
you're welcome :)
mmg fon nie cpt hbis brty erk....sape blh tlong sy mcm mna nk bt than lma btry..:)
@WaN BaShA
tak juga. saya tak charge selama 2hari pun masih berbaki 26% kuasa bateri ni. saya hanya gunakan phone ni untuk SMS dan buat panggilan je.
mungkin awak patut cuba off data ataupun beli je PowerBank je untuk digunakan pada waktu penting.
salam nak tanya..sy baru beli hp black pearl 2 mgu lepas, mslhnya saya x dpt nk install whatsapp..knpa erk?
@Amal Insyirah
wa'salam. awak tak dapat install langsung ke apa? guna google play tak? manalah tau kot awak download dari website lain ke.
awak beli ninetology insight gune rebate nie kat mane???
@Hana Haziman
saya beli Insight di pusat membeli belah The Mines, Serdang. ada banyak kedai phone di tingkat teratas.
mereka pamerkan papan tanda "boleh guna rebate disini" pada kedai mereka.
ok...terima kasih...
sama-sama :)
aslmkm.nk tnya after kita da buat screenshot kat mana dia store gmbr screenshot kita tu.cari2 kat gallery x jumpa pun.
@Yang Nadazariah Ab.Wahap
wa'salam. awak pasti awak dah berjaya ambil screenshot tu? sebab sepatutnya memang gambar screenshot boleh di akses melalui gallery.
tetapi kalau tak boleh pula, cuba guna teknik ini;
1. masuk 'File Manager'.
2. klik pada folder 'Pictures'.
3. dekat situ nanti awak akan jumpa folder 'Screenshots'.
4. awak boleh tengok semua screenshots yang awak dah ambil di situ lah nanti.
harap ini boleh membantu awak :)
Salam.. lama xjenguk blog bro ni.. haha..
Byk jgak info yg mnrik ni..
Tgk msh ad lg ttg mslh bttry ea.. ok.. sya pn dlu ad mslh bttry tp akhirnya sya wat root pd bp 2 sya dn kptsannya mg trbaik... 2 hri gna tnpa cas bttry msh lg brthan..
Pasl chrgr dia, mg xok ke ? Guna chrgr laen mcm smsung pnya dia lmbt full la... tp sya xpnh lak rasa hp sya pns bla cas.. huhu.. sja na discuss..
@Rinki
wa'salam. selamat kembali. HAHA.
tentang charger tu, saya tak pastilah sebab 1st time pakai dulu, tak sampai 10minit guna saya dah off tukar dengan charger jenama lain sebab memang phone ni tiba-tiba jadi makin panas. risau juga nak biar lama.
so sekarang ni saya pakai jenama CSL je. tak pasti pula tentang lambat full ke tidak sebab phone ni ambil masa hampir 3jam jugalah dari bateri 0% nak ke 100%.
sy da try buat mcm yg awk ckp " masuk 'File Manager',klik pada folder 'Pictures' tp dia kata screenshots sy empty. kiranya screenshots yg sy amik 2 x jd..so mcm mana nk amik screenshots sebenarnya. sy try byk kali..tekan power, lps tu volume down tp xda apa2 effect pun.
sy da try buat mcm yg awk ckp " masuk 'File Manager',klik pada folder 'Pictures' tp dia kata screenshots sy empty. kiranya screenshots yg sy amik 2 x jd..so mcm mana nk amik screenshots sebenarnya. sy try byk kali..tekan power, lps tu volume down tp xda apa2 effect pun.
@Yang Nadazariah Ab.Wahap
awak pasti ke awak dah ambil screenshot? sebab kalau betul, pasti akan tertulis "Screenshot Captured" di bahagian atas tu. lepas tu baru boleh check di Gallery.
kena tekan butang power dan butang volume down serentak. tekan dalam 2-3saat, nanti akan keluar ayat "Saving Screenshot..."
tetapi kalau tak boleh juga, better awak tengok video youtube cara nak ambil screenshot ni.
http://www.youtube.com/watch?v=DzlUB5X7Cgs
Kalau henfon ini RAM 1GB, memang Aina belilah. Memandangkan Aina ini jenis yang suka multitask, tak dapeklah beli henfon ni. T^T
@Aina Hanani
banyak je phone china lain yang murah, tetapi ada 1GB hingga 2GB ram. tetapi kalau ada problem, susahlah nak cari kedai yang boleh membaikinya.
tetapi dengar cerita tahun ni Ninetology nak keluarkan phone yang ada 1GB ram dan Quad Core.
salam.. casing color biru tu awk beli kat mana? rasa berminatlah tp nak color putih n hitam.. kat sabah ni susah nak dapatlah.. tq
@Ijai Hasni
wa'salam. saya beli dengan mendaftar di website ini --> https://forum.lowyat.net/topic/2717501
malah banyak aksesori yang lain untuk Insight pun ada juga didalam website itu. selamat membeli :)
Izzat, nak add whatsapp boleh? Or wechat kee, nk sembang pnjang sikit pasal hp nii :) can ? :)
bila baca post ni dh jd serba salah,,nk beli insight ke nokia asha y qwerty tu,,, >,<
@izzsyamzah
boleh, tetapi saya ni jarang on internet phone ni hah. HAHA. add je lah kalau nak wechat id izzat1390.
@cik Aisyatul
dalam dilema ke? HAHA. beli ikut kemampuan lah. kalau nak beli ninetology yang murah, bolehlah cuba beli Black Pearl 2. RM299 je selepas rebate. malah aksesori untuk Black Pearl 2 pun jauh lagi banyak daripada aksesori Insight mahupun Stealt 2.
tetapi kalau awak suka bergambar, bolehlah beli Insight ataupun Stealth 2 sebab kedua-duanya menggunakan kamera 8MP, manakala Black Pearl 2 hanya 5MP sahaja.
well, setiap phone ada pro & cons lah kan.
salam izzat..saya nak tanya la, saya dh try nak wat screenshot tu smbil tekan butg power serentak dgn volume down..tapi still x bleh..mcm mana eh?
-ainil-
@i-nieyl hawanie
wa'salam. masih tak boleh buat? saya dah try banyak kali, tapi ok je.
mungkin awak patut tengok video youtube ini kalau masih tak boleh buat juga.
http://www.youtube.com/watch?v=DzlUB5X7Cgs
Salam bro..
nk tnya.. button volume ngn on tu..
mmang longgar eahh?
salam izzat..maknenyee lau guna ninetology nie kena guna sim kad digilh..alaa sygnyee,,xkn nak buang sim kad lamer..
@izzat hazman
wa'salam. perghh. nama kau dah dekat sangat dengan nama penuh aku tu. HAHA. butang longgar? aku punya ok je. takde pula masalah longgar ke apa ni.
@akar cinta
wa'salam.
ehh, bukan macam tu.
boleh pakai semua simkad (maxis, celcom dan lain-lain) juga. cuma bila beli pakej guna rebat RM200 ni, dapat simkad digi internet percuma. itu je.
tetapi dengar kata kalau nak beli ninetology sekarang ni dah tak dapat percuma simkad digi tu lagi dah.
lagipun Insight ni boleh masuk 2 simkad.
okey..done..selama ni saya tekan sat sgt tu yg dia x dan nk screenshot tu..btw, thanks izzat..
@i-nieyl hawanie
so, awak dah dapat ambil screenshot? baguslah. you're welcome :)
dh dpt screenshot dh..krja dok wat screenshot ja la ni..credit to u..thnks again..erm, slalu awak cas fon maximum berapa jam eh? just curious sbb saya cas smpai dh nak 4 jam..mmg lama cmtu ke?
@i-nieyl hawanie
sebenarnya saya gunakan charger phone CSL lama saya tu. jadi dari 0% ke 100% penuh ambil masa lebih kurang 2jam lebih sikit je lah.
saya tak berani nak gunakan charger yang ninetology ni bagi sebab bila saya charge guna ninetology punya charger, phone saya ni jadi panas. takut meletup ke apa pula nanti kan. HAHA.
oh samalah saya punya fon pun cepat panas gak..sbb tu saya kalo cas fon saya akan letak jauh dari saya..sebab takut meletup..hahahaha..tapi pernah dgr org kata x elok sgt kalo pkai charger fon lain..tkut x sesuai dan cepat rosak fon tu..sbb tu x berani..pdhal fon xperia lama sesuai je..tp betul ke yg saya dgr tu? awak pkai fon ni dah lama kan?
@i-nieyl hawanie
ni dah nak masuk bulan ke-5 lah saya pakai Insight ni. sejak dari 1st day lagi dah guna charger phone lain. ok je tengok.
bateri Insight saya ni bolehlah tahan 2hari lebih kalau saya hanya buat call & sms dan berinternet untuk beberapa minit je dalam sehari.
tapi mungkin juga bateri boleh cepat rosak kalau terguna charger yang bervoltan tinggi seperti charger dari jenama Apple tu dan bateri juga boleh rosak kalau charge terlampau lama.
hp jenama csl yg awk punya satu lagi tu ok x ea??sebab saya kat sini ada hp jenis csl ja yg boleh pakai rebate tu..huhu
@city_asthma
errr. CSL saya tu mmg ok, tapi itu model tahun 2009 punya kot. dah dikira outdated dah tu. malah model CSL yang baru pun takde lah top sangat spesifikasi nya.
mungkin awak patut cuba pergi survey ke kedai lain? dekat Selangor & KL ni memang berlambak kedai terima rebate tu.
Assalamualaikum... saya bru 2 hari guna phone ni... masalah nya nak connect wifi x bleh... walaupun line full.. camna ek... phone lain sume bleh...
@Noorshahidah Hani
Waalaikummusalam. awak pasti awak dah on wifi didalam Insight awak tu? sebab kalau dah on, tapi masih tak boleh nak connect wifi, mungkin awak perlu hantar phone awak tu ke kedai yang awak beli. mungkin ia ada masalah disitu.
ok tq
slm.. tumpang tnye.. beli kat mane insght tuh.. taw x kedai yg jual tuh dekat lembah keramt.. thx..
@Farhan Pauzi
wa'salam.
saya beli di The Mines. saya tak pasti pula kedai mana yang jual di lembah keramat, tetapi yang pastinya kebanyakan kedai jual handphone sekarang ni pasti ada jual ninetology juga sebab phone ninetology ni memang agak HOT sekarang ni.
tetapi kedai-kedai handphone tepi jalan tu mungkin takde lah jual kot. kena pergi kedai-kedai macam kat dalam shopping complex juga lah.
so bolehlah datang ke The Mines, Serdang ni sebab memang banyak kedai di tingkat teratas ni jual ninetology. tapi kalau rasa jauh, bolehlah cari kat LowYat.
salam.. nk tnya, cm ne cara utk beli casing kat lowyatforum? saya dh rgister tp xtau cara cm ne nk order.. TQ.
@Nor Asma'
wa'salam. awak boleh tinggalkan je pesanan tentang apa yang awak hendak beli didalam forum tu.
nanti penjualnya iaitu luna121245 akan hantar private message kepada awak tentang cara pembayaran apa semua tu.
oh..ye ke.. ok. terima kasih izzat. bpe lama utk smpai brg tu dekat kita?
@Nor Asma'
sama-sama nor asma. dulu saya kena tunggu lebih kurang 3minggu lah baru sampai rumah sebab dia order barang tu daripada China. so memang lama sikit lah.
tetapi kalau kebetulan dia ada stok barang tu, mungkin esok lusa pun dia boleh kirimkan terus ke rumah.
assalam....
sy baru jer beli insight ni... tp app tuk qqdoctor,qqbrowser n antutu benchmark tu xda pula sy jmp d home... kalo xda qq sy x kesah sgt cuma sy nak app tuk antutu ... any idea...
makasih
@tatie anwar
waalaikummusalam. sebenarnya antutu benchmark tu tak penting pun. tetapi kalau nak juga, awak bolehlah download dari google playstore.
Assalamualaikum, nk share kt sini.. sape2 yg nak beli casing utk hp ninetology ni, insight ke bp ke stealth 2 ke. Boleh la ke laman web ni. sy da beli, barang ok, sampai pun cepat.. http://funkgarage.com/
boleh la tgk2 n lau berminat boleh la order. cara order, tgk user guide kt situ.
@Hasrita Lalik
waalaikummuaslam. terima kasih sebab share. tetapi saya terkejut harga yang ditawarkan didalam website yang awak share itu jauh lebih mahal daripada website yang saya beli sebelum ni.
walaupun lebih murah, tetapi saya nak kena tunggu sampai 3-4minggu yang letih tu. HAHA.
apa-apa pun, terima kasih. :)
Assalamualaikum,saya pun ada produk yang sama mcm anda juga. Tapi,masalahnya sekarang ni,battery nya cepat sangat drain sedangkan saya baru cas dia sampai penuh. Ada apa-apa cadangan untuk masalah ni tak?
@Danial Hasif
waalaikummusalam.
cuba off wifi, off gps, off data mahupun off segala jenis app yang tengah running di background. lepas tu cuba low kan brightness kepada 20%-30% je.
kalau masih mengalami masalah yang sama, sila bawa ke ninetology service centre yang berdekatan untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.
mungkin mereka akan update phone anda ke firmware yang terbaru ataupun tukar bateri baru terus.
salam, saya ingat nak beli fone insight ni.okay tak?banyak prob ke?
@nasirah haziqah
wa'salam.
alhamdullilah setakat ni Insight saya tiada masalah besar pun, cuma saya baru je hantar phone ni ke service centre kerana ada masalah kamera yang disebabkan oleh kecuaian saya sendiri. HAHA.
bagi saya, phone ni memang sangat okey bagi orang yang belum pernah guna touchscreen phone. ianya juga mempunyai kamera depan dan belakang yang sangat bagus kalau awak suka bergambar.
malah kalau bajet awak tak lebih dari RM700 contohnya, phone ini boleh jadi milik awak. malah mungkin harganya dah turun banyak kot sebab Ninetology baru lancarkan model terbaru, kan.
phone ni kluar tahun bila?
agknya skrng boleh dpt brape ratus?
@rahman flynn
phone ni keluar awal tahun ni (2013). memandangkan sekarang ni ninetology dah keluarkan model phone yang terbaru, mungkin harga insight sekarang lebih murah dari sebelum ni lah agaknya. harga asal RM699, sekaang ni tak pastilah.
salam...saya baru beli handphone ney semalam taw... tapi bile saya nak setting internet pe semue menggunakan simcard digi,dy tulis aturan tidak tersedia.. kenape erk? tolon tolon.. ~~
@Kampung Kid
wa'salam.
tahniah sebab baru beli Insight. berapa ek harga terbaru?
tentang fungsi internet setting tu saya tak berapa pasti sebab waktu beli dulu, tauke kedai tu yang tolong setting kan segala-galanya untuk saya.
tetapi yang saya pasti ialah kena buat first call dulu menggunakan nombor digi tu untuk aktifkan fungsi yang terdapat dalam simkad digi tu. mungkin kamu boleh cubalah teknik ini.
kalau masih tak boleh nak setting juga, sila komen didalam ini ya. apa-apahal cuba teknik yang saya nyatakan tadi dulu tu.
terbaru eaa... terbaru dalam 6rat jep.. terbaek handset ney... sebijik mcm sony z.. haha
Saya nak beli casing hp insight ni la,.. saya da tguk photo di website nyer,..tolong saya,. Sory, saya kurang mahir pasal sume ni,..bru nk bljar :)
@nana
errr...saya pun tak tahu nak tolong awak macam mana. apa yang awak boleh buat ialah awak daftar dulu didalam website berkenaan. lepas tu awak boleh hantar mesej pada 'luna121245' untuk order barang-barang yang awak hendak beli itu.
Tp saya tak tawu nk dftar kt website tu,.huhu..
Salam izzat. Nak tanye sikit ni. Cane nak tukar guna GO Launcher EX. Dah bosan gune yg launcher biase. Dah pernah buat sebelum ni tp sy lupa. Bila back home je dia akn terus tuka ke launcher even dah tuka ke go launcher tu.
@Nadhiera Akmal
wa'salam. maaf lambat reply. saya ingatkan sudah tiada orang nak tanya soalan tentang phone ni lagi. hehe.
sebenarnya saya tak berapa faham soalan awak ni. awak nak guna launcher biasa saja ataupun nak guna Go Launcher EX tu?
kalau awak nak guna GO Launcher EX tu, awak kenalah clear 'launch by default' dulu.
1. pergi ke 'settings'.
2. pilih 'apps'.
3. dekat atas tu ada tulis 'downloaded, sd card, running dan all' kan? kalau tak tahu mana nak cari 'all' tu, awak hanya perlu scroll je ke sebelah kanan.
4. lepas tu scroll ke bawah pula cari 'launcher' ya.
5. bila dah pilih 'launcher' tu, awak scroll ke bawah lagi dan pilih 'clear defaults'.
tadaaaaa. lepas tu bila awak back to home, bolehlah pilih sama ada nak guna Launcher biasa saja ataupun GO Launcher EX tu.
kalau dah bosan guna Go Launcher EX tu, bolehlah guna teknik ini semula untuk tukar ke Launcher biasa pula.
hee boleh dah. tq izzat.
Tak puas hati dengan cover dia....peh jenis lekat je....sapelah yang cipta cover tu.....mmng tak boleh diterima ...
Tak puas hati betul dengan cover dia yang pakai tampal je tu....rimas dan sering tertanggal...sapelah punye idea buat cover mcm tu ye...memang tak masuk dik akal....peh...tak boleh diterima
salam nak tnye kan...fon ni mmg xde LED die ea..n even lau msej masuk pun..skrin xkan nyala..kene tekan button power atas tu...baru tahu ade msej,miskol,wechat n everything...ke cmne? muehehehehe..new user ni :D
salam nak tanya mcm mana nak setting ringtone utk telefon nie menggunakan mp3
keyla: pegi dekat music die...music player tau..bukan file manager tu..playlist lagu2 tu...n then tekan lame ckit kt lagu yg awk nak tu...ade set for phone ringtone...=)
alamak, baru 2-3hari terlupa login, tiba-tiba masuk banyak komen. maaf sebab terlambat jawab.
@AFAR
nak buek camno lagi. tu memang cover paling murah yang mampu dihasilkan agaknyo.
@Lieya.Lieyana
wa'salam, terima kasih kerana tolong menjawab soalan keyla kyla itu dan yes, Insight memang tiada LED seperti kebanyakan phone zaman sekarang ni.
Nak Beli casing Nii , kat sini susah nak jumpa :/
@Qeela Here
kat Malaysia ni memang tiada orang jual aksesori untuk Insight kot. malah terpaksa order dari China baru boleh dapat.
awak boleh masuk ke website ini https://forum.lowyat.net/topic/2717501 untuk beli casing tahan lasak macam saya gunakan sekarang ni. RM10 tak termasuk harga kos penghantaran.
tetapi kena daftar dululah untuk membelinya. tak susah pun nak daftar. bila dah selesai daftar, boleh terus contact penjual 'luna121245' ni tentang pembelian barang-barang aksesori Insight yang awak mahukan.
Ouhh , Okayy-2 , Thanks :)
@Qeela Here
you're welcome. :)
Salam, nak tny..macam mana nak tukat setting/function butto home dari task manager ke home je? Sbb sblum ni sy tekan button tengah mmg trus ke home. Tapi tatau knapa tiba2 tekan button tengah keluar task manager. Rasa mcm ad org godek. Hmm..macam mana nk tukar setting balik? Sy guna insight.
Tq!
@runnitaf
wa'salam. sorry lambat reply. busy hadiri majlis kahwin sepupu selama 2-3hari ni.
so, dah settle ke belum masalah kamu ni? kalau belum, bolehlah baca penerangan saya yang terdapat dibawah ini;
ok, so setelah saya membaca beberapa website tentang masalah sama seperti yang awak hadapi sekarang ni, kebanyakannya menjawab awak perlu restart phone awak tu dulu.
masalah ini mungkin akan selesai buat sementara waktu sahaja dan kemungkinan besar ianya akan timbul semula apabila awak on terlalu banyak app serentak.
kena ingat, phone ni hanya ada 512MB ram sahaja, bukannya 1GB,2GB mahupun 3GB ram seperti kebanyakan phone yang didalam pasaran sekarang.
kalau buka terlalu banyak app serentak, mungkin boleh menyebabkan phone jadi semakin slow dan juga boleh crash dan juga beermacam jenis masalah lain lagi.
hope penerangan saya ni boleh menyelesaikan masalah awak.
salam.. nak tanya saye ade gune hp 9tology ni bru 2bulan pakai hp ni tapi dh ade masalah hp ni x dpt nk detec sdcard ape nak buat ea?
hai..i recently lost the 3g celcom signal for quite sometimes.. i already check for APN setting, location and sim its all fine..its just i lost the VPN setting for celcom 3g...do you mind to share the VPN setting if ur celcom3g user? thanks
Salam cm mne sy nak bli cassing tu..x blh nk.bli lh..dah lme sy cari saya bli dgn awak.blh x sy akn byar
blh taw x accessories..kedai die dkt lowyat yang mane satu?
Assalamualaikum,
maaf nk tanya..knp ek whatapp xleh nk d/load kat hp insight ye?installing je..tp xbleh...minta bantu...tq
bro nak tny ni.. boleh hp insight ni nak root. ada cra yg betul tak .. boleh tnjuk kn link or something.. 1 lgi nk screenshot guna cra yg kmu ckp button on/off n volume down xdpt knp ??
Asus zenfone 6 terbaik la...lg best...
@Phong Hahax
wow. really? mungkin kau tak sedar yang post ini wujud pada awal tahun 2013. waktu tu zenfone6 pun tak wujud lagi.
kenapa tak kata je Note3 lagi best?
Assalamualaikum Izzat. Masih guna insight lagi ke selepas 2 tahun? Saya dah tengok blog awak dari awal beli smartphone ni 2 tahun dulu tanpa tinggalkan apa2 komen. Sangat puas hati dengan kamera fon ni sbb tu dapat bertahan walaupun fon banyak kelemahan, tak dapat nak install banyak apps. tapi lepas la nak buka fb, whatsapps,n instagram. Tapi sejak akhir2 ni, fon dah jadi slow sbb ram dah full. Walaupun dah reboot 4 kali, ram tetap penuh. Banyak apps dah uninstall. Music pun dah takde dlm fon ni. Sd card mmg kosong. Mungkin ada background process yang tak dapat ditengok. Fon ni xdpt slide running apps ke kanan. so dah xboleh nk uninstall apps. Ada cadangan tak macam mana nak jadikan ram ni clear balik?
Assalamualaikum izzat phone insight saya kadang2 keluar notification Moderm log is stopped. Apa maksudnya tu ?
Asalamualaikum izzat .sy ad fon sbjik mcm awak tp
Sy pelik sgt dgn Rom sy ni.. awak kata rom fon nine ni 2gb/4gb tp sy punya rom 503mb je skit sngt. Nk downld mcm2 pon xbleh sbb space kurg sgt. Cmne nk besar kn rom ye?kite bleh besarkn rom sndri kan tak? Atau dikedai fon je bleh besarkan rom?sy harap awak bleh bantu untuk besarkan ROM(phone memory/internal storage) sy ni.
@Ainnur284
waalaikummussalam. maaf lambat gilaaaa reply. dah lama tak jenguk blog ni. haha.
pada pendapat saya, tak ada apa yang boleh awak lakukan lagi. hanya ada pilihan format je.
@Aliff Pauzi
waalaikummussalam. sebenarnya tu utk kumpul info data internet yang awak guna. takde beri kesan apa2 pun pada phone awak.
@Megapunch Lyoko
waalaikummussalam. tak boleh nak besarkan lagi rom tu. ianya terjadi kalau awak install semua app ke dalam rom awak. awak perlu pindahkan sikit app awak tu ke dalam meomory card juga untuk menjimatkan rom tu.
salam...saya nk tanya..kat mane ek nk beli batery handfon nine kat seremban..please...=(
salam...saya nk tanya..kat mane ek nk beli batery handfon nine kat seremban..please...=(
@wan farhanah
wa'salam.
alamakkk. saya tak pasti pula kalau kat area seremban ni. selalunya memang kena turun ke LowYat lah kalau nak beli apa-apa aksesori seperti bateri untuk jenama ninetology ni.
Post a Comment