so kali ni aku nak reviu sikit sebuah filem hasil anak tempatan yang baru masuk panggung wayang minggu lepas. mungkin ramai yang dah menonton atau dah dengar tentang nama filem Gangster Celop ni kan? ok so pagi tadi aku pergi ke The Mines, Serdang dengan niat dihati nak pergi hantar komputer ni untuk dibaiki lah.
celop?
tetapi memandangkan aku ada 3-4jam masa lapang sebelum bas yang seterusnya tiba, jadi aku buatlah keputusan hendak menonton filem. kalau ikut plan sebenar, aku nak menonton filem A Good Day to Die Hard . tetapi memandangkan tiket untuk filem Die Hard ni hanya ada pada waktu petang je, jadi aku pun terpaksalah beli tiket filem yang paling awal disiarkan pada waktu ini iaitu Gangster Celop lah.
aku malas nak taip panjang, tetapi apa yang aku boleh katakan ialah filem Gangster Celop ni CUKUP BODOH + SAMPAH, malah aku rasa IQ aku dah turun 60% lepas habis menonton filem tu tadi. dan rasanya aku gelak-gelak biasa hanya sebanyak 4-5kali je. yang lain-lain tu semuanya adegan yang langsung tidak kelakar, malah kening aku berkerut-kerut masa menonton filem tu sebab memang bodoh, bodoh dan bodoh sekali jalan ceritanya.
sorry to say lah kepada pengarahAhmad Idham, tapi filem kau semuanya sampah-sampah belaka bro. dan kesampahan filem kau ni terserlah sungguh bermula dari filem Senario The Movie: Episod 1 tu, sampailah sekarang dan rasanya antara filem-filem kau dari tahun 2008 sampailah sekarang ni maybe adalah 4-5buah filem je yang boleh diterima penonton. yang lain-lain tu layak masuk drama TV je bro.
dan lagi 1 bro, kalau filem kau tu tak sampai 1jam 30minit pun, better kau siar kat TV je bro. atleast kau boleh letak 30-40minit iklan dalam slot tayangan 2jam tu. tak payahlah filem sependek ini pun nak siar kat panggung wayang. buat semak je oiii. metrowealth buat filem pendek, kau pun nak cabar buat filem pendek juga ke bro? adoiii.
*aku beri markah 1.5/10*
(inilah rating untuk filem yang paling rendah pernah aku berikan.)
so kali ni aku nak buat reviu tentang sebuah telefon bimbit berjenama Ninetology. pernah dengar nama ni? mungkin korang pernah dengar kot. tetapi Ninetology ni tiada kena-mengena dengan Scientology ya, harap maklum. HAHA.
Ninetology ni adalah jenama dari MALAYSIA ya. so mengikut website Ninetology ni, setakat ini mereka sudah keluarkan 7 buah handphone dan juga 2 buah tablet. tetapi yang paling terkenal sekarang ini ialah BlackPearl 2, Insight dan juga Stealth 2. tetapi aku beli Insight sebab stok untuk BlackPearl 2 dah habis. cissss.
oh ya, aku beli handphone Ninetology Insight i9430 ini dengan menggunakan rebat RM200 SKMM tu. so harga asalnya RM699, tetapi setelah ditolak rebat SKMM tu, aku beli dengan harga RM499 je. kira ok lah tu, kan?
kotak Ninetology Insight i9430. simple je dengan logo angka 9 yang bapak besar.
belakang kotak tercetak maklumat mengenai spesifikasi phone ini.
mari kita periksa apa isi kandungan kotak tersebut.
aku gembira sebab kotaknya besar.
tak macam kotak phone mahal yang lain, bayar mahal, tapi kotak kecil gila. puihhh.
segala benda yang penting ada didalam kotak ini. (ofcourse lah kan)
warranty card, DIGI sim card, charger, earphone, USB cable,
another screen protector, battery, manual book.
charger paling kecil pernah aku tengok. even charger nokia aku pun lagi besar daripada ni.
agak besar juga. tetapi tidak sebesar skrin Galaxy Note.
kamera belakang 8MP + kamera depan 2MP + dual LED flash = AWESOME.
dapat casing percuma yang berwarna oren. warna lain habis stok. cissss.
oh ya, korang akan dapat screen protector juga. so now ada 2!
handphone touchscreen pertama aku yang berjenama CSL
yang telah berusia lebih dari setahun dan juga handphone
touchscreen kedua yang baru berusia 5hari. HAHA.
dah puas tengok gambar-gambar itu? kali ni aku nak terangkan maklumat mengenai handphone ini pula. kalau korang beli handphone jenama Ninetology ini, berkemungkinan besar phone korang akan disertakan dengan kad sim digi dan kalau korang cabut kad sim tersebut, warranty korang akan void serta-merta.
tetapi kalau ada kedai yang baik hati, mungkin mereka tak peduli pun sama ada korang simpan or cabut sim card digi tersebut. so, Ninetology Insight di install dengan Operating System (OS) Android yang diberi nama Ice Cream Sandwich (ICS) 4.0.4. yup, aku terasa nak makan ice cream sandwich pula sekarang ni. HAHA.
ok, berbalik kepada soal bateri pula. Insight disertakan dengan bateri sebesar 1800mAh ya. so korang boleh surf internet, main games, mahupun call orang untuk beberapa jam lamanya. tetapi kena ingat, bila dah lama sangat korang guna phone ni tanpa stop, nanti phone ini juga akan mengalami problem cepat panas sepertimana smartphone lain hadapi.
Insight juga dilengkapi dengan kamera belakang 8MP yang mempunyai fungsi HDR, Face Detection, Auto Focus dan juga mode menangkap gambar Panorama. agak sharp juga gambar yang diambil. malah korang juga boleh rakam video HD 720p menggunakan phone ni. so memang puas hatilah dengan harganya yang murah ni kan. lepas tu korang juga boleh mengambil gambar menggunakan kamera depan yang bersaiz 2MP + buat video call. hebat eh?
gambar yang diambil dari bilik aku menggunakan kamera 8MP.
contoh video HD yang dirakam menggunakan Ninetology Insight
selain itu Insight mempunyai CPU dual core processor berkelajuan 1GHz dan ia juga mempunyai internal memory bersaiz 4GB, tetapi boleh up sampai 32GB kalau korang tambah memory card. tetapi sayangnya RAM hanya bersaiz 512MB je. so tak bolehlah nak multitask sangat ke pe. nanti jadi slow, laggy pula phone ni.
GPS dan A-GPS juga telah tersedia ada didalam Insight, tetapi memang tersangat slow. berminit-minit-minit masa diambil untuk lock kedudukan diri. selain daripada GPS, Insight juga mempunyai fungsi WiFi, Radio, Bluetooth. yup, unik sikit lah sebab ada radio. berapa banyak smartphone zaman sekarang ada radio? HAHA.
oh ya, kalau korang ni kaki games, ada good news lah untuk korang sebab banyak new games boleh dimain menggunakan handphone ini. contohnya Need For Speed Most Wanted, Dead Trigger dan juga beberapa lagi nama games yang famous.
antara games yang boleh install ke dalam Ninetology Insight.
antutu benchmark mencecah 6000++ kira ok lah tu.
P/S: kalau nak ambil screenshot, sila tekan butang power + butang 'volume down' UPDATED: Casing Baru Berwarna Biru.
amacam? cool tak casing ni?
kepada sesiapa yang berminat nak beli aksesori untuk Ninetology Insight boleh beli di SINI.
so rasanya sampai sini je lah reviu dari aku. kalau korang rasa berminat dengan phone ni, cepat-cepatlah beli ya sementara stok masih ada dan jangan lupa LIKE page Ninetology untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang promosi dan update ya. ok ciao.