oh hai, selamat pagi.
baru aku sedar rupanya dah 3bulan lebih aku tak update blog sampah aku ni. kalau sampah betul dibiarkan selama 3bulan, mau berulat = jadi lalat/lipas + berkulat agaknya. oh ya, pagi2 ni aku bukan nak bercerita tentang ulat sampah. takut nanti ada yang termuntah atas keyboard pc masing2 pula.
aku sebenarnya nak biarkan je blog ni terkubur begitu saja, tapi entahlah tiba2 je pagi ni datang satu idea untuk buat entri baru. nothing special sebenarnya. aku guna title "cinta muka buku" ni sebab lagu ni tengah famous sekarang ni kan walaupun aku hanya tengok video + dengar lagu dia tak sampai 20saat. (geli bulu ketiak tengok budak2 bercakap tentang cinta walaupun sekolah pun tak habis lagi. lol)
aku agak slowpoke sikit pagi2 ni sebenarnya, mata tak tidur lagi dari semalam sebab sibuk main GT4 di PS2 sampai ke waktu subuh tadi. lol. oh btw, apa yang aku nak katakan disini ialah setelah bertahun2 aku buat akaun di laman sosial seperti Tagged, Myspace, Friendster, Facebook dan lain2 ni kan, aku perasan bahawa 85% orang2 yang sibuk 'menjaja' kisah cinta sendiri di profile masing2 akhirnya akan putus. tetapi dalam hal ni, aku merujuk pada Facebook a.k.a MukaBuku je lah ya. ok, so setelah aku amati selama ni, kebanyakan orang yang letak 'in a relationship with bla bla bla bahlol' @ "married to bla bla bla samdol" dalam profile masing2 akhirnya putus, clash, break-up dan yang bahasa sewaktu dengannya.
yang letak gambar pakwe/makwe dalam profile masing2 pun lama-kelamaan akhirnya putus. apa sudah terjadi? aku tidak pasti. tetapi teori aku mengatakan bahawa bila bercinta/bercouple/berpasangan ni, kita kena bersederhana saja. tidak perlulah hendak heboh dalam fb dengan meletak gambar BF/GF kamu, bangga pergi holiday sana-sini dengan yang tersayang lah kononnya. tidak perlu semua itu. ini tidak, pergi makan dengan si dia pun nak bergambar bagai. kalau makan candle light dinner ke, bolehlah accept juga. ini gambar makan dekat restoran fastfood je pun, lepas tu upload dalam fb guna BlackBerry lah, iPhone lah, apa lanciao mehh? alahai. ni memang confirm jenis attention seeker. nak cuba cari berapa banyak like kamu boleh dapat ek? ptuihh.
btw, aku nak bagi nasihat sikit lah ya. silalah bersederhana je ya bila 'bercinta' dalam facebook ni. tak perlulah sepanjang masa nak buat status jiwang2 utk kekasih masing2. takut nanti jodoh tak panjang, kamu pula yang rasa malu sebab selalu sangat kecoh2 tentang GF/BF tersayang, tetapi diakhirnya clash. dan lagi satu, tak perlulah nak 'in a relationship' sangat lah kan, macamlah ada orang peduli pula kalau kamu ni in a relationship pun. yang like2 status/relationship kamu tu pun dikalangan bestfriend kamu je. yang budak2 guna 'married to .....' tu lagilah bullshit.