penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

23 February 2011

seorang lelaki dari China ditemui mati selepas 3hari berada didalam cybercafe

selamat malam mehh.

berita ini boleh dijadikan pengajaran buat aku dan orang-orang diluar sana mehh. so aku malas nak taip banyak dalam ni. so silakan terus membaca entri ini ya.

ok-ok, ceritanya begini ya; seorang lelaki di China ditemui pengsan sebelum meninggal dunia di cybercafe selepas dia dikatakan terlalu khusyuk bermain online game selama 3hari berturut-turut tanpa tidur dengan hanya minum sedikit air dan menjamah sedikit makanan sahaja. lelaki berumur 30tahun yang tidak dikenali berkenaan dikatakan telah membelanjakan hampir 10,000Yuan (RM4500) hanya untuk bermain game sebulan sebelum kematian beliau dan kes ini juga hampir sama dengan kes yang terjadi pada tahun 2005 di Korea Selatan apabila seorang lelaki berumur 28tahun ditemui mati selepas dia dikatakan bermain online game selama 50jam tanpa berehat.

gambar sekadar hiasan


wow. aku agak terkejutlah sedikit kan dengan berita ni sebab aku ni pun hardcore gamer juga. pernah sekali aku bermain game selama 20jam berturut-turut tanpa berehat sekalipun dengan hanya makan sedikit je makanan masa tu. tapi adalah stop sekejap bila TERPAKSA pergi ke tandas. HAHA

so. berwaspadalah ya. nak main game tu, bawa-bawalah berehat juga. selang satu jam, berehat. apa salahnya? biar otak relaks, mata relaks, badan relaks juga wehh. chowwwww.

*credit to BBC News.

Leave your comment