penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

23 December 2012

Astro Chat @15 (channel 109)

oh hai. selamat pagi mehh.

hari ni hari ahad. sepatutnya hujung minggu ni ialah hari untuk berehat, aktiviti membuat taik mata sampai ke tengah hari. HAHA. tetapi entahlah, boleh terbangun awal pula. bila dah bangun ni, dah tak ada idea nak buat apa dah. so aku rasa better aku buat entri baru je lah. lagipun dah 2 mggu tak update blog ni.

untuk entri kali ni aku nak ceritakan sikit pasal Astro @15 ni. aku pasti sesiapa yang ada astro dirumah pasti pernah buka siaran @15 di 109 astro ni. ianya sebuah channel yang memaparkan rancangan-rancangan yang pernah disiarkan samada di Astro Ria or Astro Prima. maybe dari channel lain pun ada. I don't care. HAHA. oh ya, kalau tak silap aku namanya dulu Chat @15. lepas tu tukar ke Astro @15 pula.


logo @15


so apa yang special sangat dengan Astro @15 ni? lerrr. kalau dah korang pernah tengok, pastilah korang dah tahu bahawa Chat @15 ni ialah tempat untuk berborak selama 24jam samada menggunakan SMS mahupun MMS. kalau tak silap aku lah harganya 50sen + caj telco untuk setiap SMS. manakala MMS pula akan dicaj RM1 + caj telco untuk setiap gambar yang disiarkan kat channel tu.

ya-ya, memang agak mahal kan. tetapi bagi aku berbaloi jugalah sebab boleh cari ramai kawan baru + awek baru kat sana. HAHA. waktu aku join dulu, facebook belum famous lagi. so sebab itulah ramai orang join berborak di @15 ni. sekarang dah tak ada orang join sejak facebook famous, malah @15 pun dah ditutup pada 2 Mei 2012 yang lepas.

aku masih ingat lagi betapa "Hot Stuff" nya aku di @15 pada sekitar tahun 2006 dulu bila ramai gadis hantar Private Messages (PM) nak minta nombor handphone aku. HAHA. tapi itu dulu lah. malah aku masih ingat SMS pertama yang aku hantar kat @15 tu ialah "Izzat/M/16/Selangor". tup tup terus masuk 10 PM kat handphone aku selepas tu! gila babi seronok rasa hati aku waktu tu. HAHA.

itu belum kira lagi bila aku hantar MMS muka aku comel waktu muda mudi kat @15 tu lagi. terus ada yang puji cute lerr, hensem lerr, nak kenal dengan aku lerr. memang kembang bontot terkoyak spender dibuatnya waktu tu. HAHA. tapi mahal sial. aku pernah habiskan topup RM30 dalam masa tak sampai sejam dok MMS, lepas tu balas PM orang lain pula. HAHA.

oh ya, baru aku teringat lagi satu channel yang aku rajin chat guna SMS ini ialah di 8TV. tapi sekarang aku tak tahulah ada lagi ke tak SMS chatting kat channel tu sebab aku dah bertahun-tahun lama tak buka 8TV. HAHA. tapi tu lah. aku rajin chatting antara 2006 hingga 2008 je. lepas tu terus stop sejak masuk universiti ni. dah tak ada masa nak perhabiskan duit & masa macam waktu sekolah dulu lagi dah.

nickname aku memang tak boleh blah lah kot sebab ye lah bajet feeling comel dulu tu kan. HAHA. so aku letak lah "beruang90" sebagai nama kat @15 tu. cute? comel? memang rasa nak termuntah bila aku fikirkan balik sekarang. what the fuck was I thinking? HAHA. oh ya, memang bermula dari @15 ni lah aku gunakan nama Izzat sebagai nickname aku.

ehh baru aku perasan. entri kali ini memang betul-betul macam ditaip khas untuk puji diri sendiri je. HAHA. apa-apa pun, Chat @15 ni memang penuh nostalgia bagi aku. walaupun aku dapat banyak kawan, skandal mahupun awek di @15 ni HAHA tetapi aku dah terputus hubungan dengan semua orang didalam tu. hope boleh bertemu balik lah dengan kawan-kawan lama suatu hari nanti.

so sampai sini je lah entri aku kali ini. ciao.

06 December 2012

6 Tips Membeli Barangan Aksesori Untuk Laptop

oh hai. selamat pagi mehh.

aku sebenarnya dah malas nak update blog ni. tetapi disebabkan pagi ni aku tiada benda yang nak dilakukan, so rasanya better update lah kot lagipun aku dah berbulan-bulan tak masuk blog ni.. so untuk entri yang pertama di bulan disember ni aku nak share sedikit tips untuk membeli barangan aksesori untuk laptop.


contoh barangan aksesori untuk laptop


aksesori laptop ni ada macam-macam jenis seperi didalam gambar tu dan selain itu korang kena fikirkan macam-macam faktor sebelum hendak membeli sesuatu aksesori sebab setiap barangan ada baik dan buruknya. so mehh aku share 6 tips untuk beli aksesori laptop ni;

  1. Waranti: oh ini penting sebab KEBANYAKAN barangan aksesori laptop ni memang tiada waranti pun. tetapi kalau jenis yang branded tu mungkin ada waranti lah. oh ya, jangan lupa minta resit, nanti boleh pulangkan semula kalau ada problem.
  2. Kewangan: ehh sebelum nak beli sesuatu barangan tu periksalah dulu oii yang korang ni ada fulus ke takde. kalau takde, better beli jenama yang murah dulu je lah ya atau tak payah beli langsung.
  3. Spesifikasi: yang ini pun penting. korang kena periksa dulu spesifikasi sesuatu barangan tu sesuai untuk laptop korang ke tak. contohnya: laptop korang saiz 15.6", tetapi korang pergi beli cooler pad yang boleh muat saiz 14" dan ke bawah je. tak ke membazir duit namanya tu? HAHA.
  4. Cari Maklumat Tepat: jangan lupa untuk bertanya ataupun buat survey dulu sesuatu barangan tu. manalah tahu barangan tu local cap ayam ke. pakai seminggu dah jahanam. HAHA.
  5. Pastikan ianya penting: yang korang ni pun satu, sebelum nak beli tu pastikanlah yang korang memang betul-betul perlukan ke tak barangan tu. kalau tak, buat apa nak beli? membazir duit je tu kan.
  6. Kualiti: yang ini paling penting, kualiti perlu diperiksa. jangan anggap barangan branded tu semuanya berkualiti baik. so make sure yang korang suruh pekedai tu buka kotak barangan tu dulu dan periksa ok ke tak benda tu. 
ok so sampai sini je lah entri aku kali ini. aku pun malas nak taip panjang-panjang ni. baik aku golek-golek atas katil sambil tengok movie je. HAHA.