penulis blog yang cukup bergaya. HAHA

My photo
gua taip segala benda yang terlintas kat otak gua ni. kalau otak gua blur, memang benda merepek lah yang gua akan post. HAHA.

30 December 2011

perihal maharaja lawak mega

oh hai

susah betul nak menaip guna Samsung Galaxy Tab 10.1 ni ek? HAHA. ok, aku pasti ramai tengah tengok MLM sekarang ni. but aku just lepak dalam bilik ni  je coz tak minat sangat nak tengok MLM. biasalah, aku ni dah lama sangat tak tengok tv, so memang aku dah tak berminat nak tengok mana2 channel hiburan KECUALI channel berinformasi seperti Discovery Channel, History Channel & National Geographic. tetapi kalau balik rumah, sempatlah tengok MLM ni sekejap untuk 5-6minit je.

berdasarkan berita2 yang aku baca di blog hiburan semenjak dua menjak ni, aku perhatikan nama Datuk Chef Wan agak "HOT" dihimpit berbagai kontroversi dengan peserta2 MLM ni ek. mula2 aku tengok entah apa nama mamat dari kumpulan Bawel Power tu keluarkan statement tak puas hati pada DCW. lepas tu Adlin suam2 kuku tu pula kutuk DCW after dia tersingkir dan malam tadi Afdlin Shauki "OTAI BESOR" pula keluarkan statement 'kutuk dalam diam' kepada DCW, kononnya nak back-up kawan2 dia yang dah tersingkir dari MLM. cehhhh.

tapi aku memang nak tergelak tengok gelagat 3 orang manusia ni sebab masing2 langsung tak nampak professional bila keluarkan statement begitu. kononnya PELAWAK OTAI, but langsung tak boleh terima kritikan pedas daripada DCW. bila dah tak kelakar tu, maknanya tak kelakar lah oii. lainlah kalau para juri tu dah diberi rasuah untuk memuji korang walaupun korang buat lawak bangang tahap dewa sekalipun. aku sempatlah tengok beberapa babak DCW beri komen pada peserta2 MLM ni, but you know what? aku setuju dengan segala komen yang dia berikan. komen2 yang dia lontarkan memang tepat sekali dengan apa yang aku fikirkan dalam kepala otak berjambul aku ni.

oh ya, aku bukanlah nak back-up DCW ke apa, but aku just sokong dengan apa yang dia kata kan je dan DCW pun tak patut ler bagi komen panjang lebar selepas pertandingan tu habis walaupun pihak astro beri arahan untuk berbuat demikian. just bagi komen pendek, tetapi penuh info kira bagus dah. ini dia menaip macam nak buat essay. LOL. lagi satu, aku rasa DCW ni dah terlalu lama sangat menggunakan bahasa inggeris kan sampai segala komen yang dia berikan pasti 50% BM + 50% BI. tak pernah full BM. HAHA.

btw, aku rasa ADLIN sangatlah bangang dengan cuba mengajak DCW bergaduh ayat di facebook. BANGANG, BANGANG, BANGANG bak kata Sokernet. aku tak pastilah samada Adlin betul yang ajak atau admin page Adlin tu yang cuba nak "berperang", tetapi yang pasti dengan buat camtu memang membuatkan kebangangan nya sungguh terserlah. oh ya, baru aku perasan, sewaktu episod dimana Adlin & Bawel Power terkeluar, aku tertanya2 juga kenapa Adlin & BP tiba2 je beri kata2 terakhir mereka di pentas MLM tu dengan menggunakan bahasa inggeris, adakah ini bertujuan untuk menyindir DCW yang selalu menggunakan "Bahasa Rojak" ketika memberi komen? *FACEPALM


p/s: Samsung Galaxy Tab 10.1 sangat best dohh!


UPDATED:
OSBON menang. aku tak tahu apa jenis jenaka yang diorang buat, tetapi kira ok lah tu. OSBON lebih layak sebab mereka sangat COOL, kan? tidak seperti Afdlin yang "berani mati" memberi komen tentang DCW sehari sebelum pertandingan akhir MLM ni. lepas tu berani pula peluk DCW didalam pertandingan tu tadi. BANGANG, BANGANG, BANGANG. so, selepas ini AFDLIN "OTAI BESOR" pasti akan keluarkan statement DCW yang buat team Boboi kalah di facebook nanti. just wait and see saja lah. LOL.

2 Comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

eeeeeeehhhhh..afdlin shauki ada cakap ape plakkk pasal DCW sehari sebelum pertandingan Akhir tuh ?

boleh sila jelaskan ?

Izzat said...

ada2.

kena search dekat BeautifulNara or RotiKaya lah kalau nak tahu info lebih lanjut.